Tuesday, February 4, 2014

Tragedi-tragedi dahsyat di Malaysia

Salam readers...

Kali ni aku nak kongsi dengan korang tragedi-tragedi dahsyat yang pernah berlaku dalam negara kita.
Jangan tatau negara kite pun pernah tercatat tragedi-tragedi ngeri yang kite pun tak sangka pernah terjadi.
Moga-moga selepas ini tiada lagi tragedi-tragedi seperti ini akan berlaku.
Amin.

Tragedi Pondok Pak Ya

Tragedi yang berlaku pada 22 September 1989 dimana terkorbannya 27 para syuhada di dalam kebakaran yang besar.
Tragedi kebakaran ini memusnahkan hampir ke semua 8 blok asrama puteri di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau dikenali dengan nama Pondok Pak Ya.
Antara subjek yang diajar di pondok ini ialah Feqah, tafsir, hadis, tasawwuf, nahu, balaqah, qirat dan subjek-subjek lain.

Kejadian ini dipercayai berlaku kerana lilin yang menyambar tilam asrama dan ianya terjadi ketika para penghuni asrama sedang lena dibuai mimpi.
Keadaan asrama yang daif, dapur menggunakan minyak tanah dan dibina dengan papan menyebabkan api cepat merebak.
Takziah kepada keluarga-keluarga mangsa.
Perginya mereka dalam keadaan syahid kerana mereka pergi ketika menuntut ilmu.
Al-fatihah.




Runtuhan Highland Tower

Berlaku pada 11 Disember 1993 pada 1.35 petang di Blok 1.
Peristiwa ini berlaku setelah hujan 10 hari berturut-turut dan berlakunya gelongsoran tanah di bawah blok yang runtuh itu.
Seramai 48 orang terkorban di dalam tragedi ngeri itu.
Difahamkan sistem perparitan dan saliran yang tidak sistematik juga menjadi punca runtuhan ini.

Dikatakan pada waktu kejadian, cuaca sangat elok setelah 10 hari hujan berturut-turut.
Tiada siapa menyangka kawasan yang mewah itu akan mencatat sejarah ngerinya sendiri.
Oleh sebab hujan, banyak air yang diserap ke dalam tanah dan mengakibatkan runtuhan tembok di bahagian depan dan belakang bangunan.
Disebabkan itu juga gelinciran tanah berlaku dengan mudah kerana tiada sokongan dan halangan daripada tembok berkenaan.
Gelinciran itu menyebabkan struktur bangunan menjadi rapuh dan sekaligus runtuh menyembah bumi.

Dan kini, masih ada 2 buah blok yang masih tinggal.
Namun Highland Tower mempunyai kisah seramnya yang tersendiri.
Malah ianya dikatakan antara kawasan paling seram di Malaysia.

Sape berani pergi sane?
Aku tak beranii....



Tsunami

26 Disember 2004, tercatat sejarah di negara kite dimana berlakunya tragedi tsunami yang mengorbankan banyak nyawa.
Kuala Muda Yan, Kuala Muda Langkawi dan Batu Feringghi terkena tempias tsunami yang berlaku di Acheh.
Kebanyakkan mangsa di Malaysia ialah mereka yang sedang berkelah dan memancing di Batu Feringghi dan Balik Pulau dan ketika itu ombak mengejut melanda mereka dalam keadaan cuaca baik kira-kira pukul 1.30 petang.
Ombak itu dipercayai setinggi 6 meter atau 3 tingkat bangunan.
Ramai yang terkorban disebabkan lemas ditarik ombak hingga ke laut dan ada yang terperangkap di dalam rumah yang ranap.



Orang yang tahu swim pun belum tentu selamat...
Sangat menakutkan.
Takziah kepada keluarga mangsa.

Letupan kilang mercun

Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada 7 Mei 1991 di Sungai Buloh, Selangor.
Tragedi ini mengorbankan 21 orang  dan mencederakan lebih dari 83 orang.
Letupan dari 200 tan belerang dari sebuah kilang mercun sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga 7 kilometer dari tempat kejadian.
Tragedi ini juga dikenali sebagai 'Hiroshima Sungai Buloh' kerana ia diibaratkan seperti bom yang jatuh dari pesawat Amerika ke atas wilayah Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Peristiwa tragis ini terjadi kira-kira pukul 3.45 petang.
Kekuatan letupan tersebut menggegarkan kawasan sekeliling sehingga banyak rumah yang runtuh dan terbakar. Kenderaan penduduk di kawasan berdekatan juga banyak yang musnah.

Tragedi ini dipercayai berpunca daripada ujikaji ke atas mercun dilakukan diluar tempat khas yang menyebabkan percikan bunga api terkena ke atas longgokan bunga api yang lain dan sekaligus mencetuskan letusan yang dahsyat.



Dah jadi macam ni pun, still ada jugak yang sibuk main mercun terutamanya menjelang musim perayaan.
Tak reti serik betul.
Bila bersepai jari tu, barulah nak menyesal.


Runtuhan Bukit Antarabangsa

Tinggal di kawasan mewah, belum tentunya selamat bukan?
Itulah ibaratnya seperti tragedi di Bukit Antarabangsa.

Kejadian berlaku pada 6 Disember 2008 pada jam 3.50petang.
4 terkorban, 15 cedera dan 14 buah banglo ranap dalam tragedi itu.
Tanah runtuh ini dipercayai berpunca dari pergerakan air bawah tanah.

Kejadian ini terjadi lebih kurang seperti kejadian di Highland Tower.
Malahan lokasi kejadian diantara kedua-duanya tidak jauh, hanya 1.5 kilometer saja jaraknya.

Pendek kata, area situ tak selamat untuk diduduki kot...
Bagi aku, baik la beli rumah kat tanah rata je..
Takyah duk area bukit-bukit sangat. Cari penyakit namanya tuu...



------------------------------------------------------------------------------

Pendek kata, bala atau ujian ALLAH SWT tak siapa yang tahu bila dan bagaimana.
Semoga kita dilindungiNYA selalu dari bala ujian yang besar.
Amin.



No comments: