Tuesday, March 11, 2014

Barulah nampak kemas desktop saya! Sukeee...

Salam readers...

Aku ni kan secretary.
Secretary ni kena pandai dalam menguruskan hal-hal filing sebab secretary ni biasanya menyimpan banyak fail-fail sulit dan tak sulit mengenai unit atau jabatan.

Aku memang tak berapa reti nak kemas desktop sendiri.
Bila tengok desktop pc aku, aku sendiri pon boleh pitam.
Berselerak fail uollsss...
Gambar-gambar pun merata-rata.
Folder sampai nak penuh skrin.
Bila orang suruh cari fail je, aku menggelabah.
Yela, sebab tak tahu nak uruskan cemana.

Kadang-kadang, bila aku ada masa free aku akan kemas desktop aku.
Barulah ok...
Pastu takdan 2-3 hari, berselerak balik.
Pastu kemas balik...
Pastu 2-3 berselerak balik.
Pastu...pastu..pastuuu.... buat ulang kali...
Huh!

Semalam, opismate aku Farid bagitahu ada 1 software yang sangat best.
Software untuk mengemas desktop supaya tak padat.
Bila dia bagitahu je, terus aku install.


Desktop aku padat penuh sarat lebih kurang camni la...
Mana tak menggelabah bila orang suruh cari fail.
Maunya makan masa.

Setelah install software itu, desktop aku terus jadi kemas seperti ini :-


Tadaaaaa!!!

Kemas kannn....
Senang nak cari fail ikut tajuk.
Comel pulak tuu...
Ni pun aku tengah godek-godek kot-kot boleh buat kaler-kaler.
Hahaha...
Takde kije kann...

Nak tahu software ape?

Fences.

Search kat google : fences software free download.
Berlambak-lambak ada.
Tapi aku download kat cnet.

Ok, selamat mengemas desktop anda.


1 comment:

Mimy Hamid said...

nkj buat jugak sebab serabut desktop hahaa