Friday, March 14, 2014

bizi...bizi...bizi...

Salam readers...

Hari ni ai is totally busy since morning...
Nak tengok internet pon susah.
Ni pun selit kejap sebab kije dah hampir siap.

Banyak benda yang kena settle on the same time.
But so far, aku boleh manage lagi.

Pagi tadi busy dengan statistik.
Plus aku manage email dalam outlook.
Terlalu banyak spam email. Junk email pun banyak.
Email email yang tak penting aku dah delete semua.
Semak okeh.
Setakat ni aku dah sort out semua email yang penting masuk dalam folder.
Alhamdulillah settle.

Kerja sebagai secretary ni sebenarnya susah jugak.
Serba-serbi, kanan kiri kerja datang.
Aku la technician, aku la tukang photostate, aku la tea lady, aku la cleaner, aku la itu, aku la ini.......
Hoihhh, patah pinggang aku.

Lunch tadi sempat berlari jap pergi Aeon Big Bangsar South beli barang-barang pantry.
Nasib opismate, Leen dan Min join sekali.
Boleh la teman dan tolong angkat barang.
Kalau harap aku sorang je, memang patah bahu aku.

Balik opis, sambung buat kerja-kerja opis pulak.
Opis aku ada projek next month.
Aku one of the committee in the project.
Memang banyak kerja walaupun kerja senang.
1 kerja dah settle.
Tunggu next week pulak nak pergi check barang dan amik quotation.
Hopefully semua akan berjalan lancar.
Lagipun masa dah suntuk sangat ni...
Masih banyak preparation kena buat.
Semua orang rushing...

Ohh, 1 more thing aku realize dalam kerja ni.
Kebanyakan orang yang berpangkat tinggi atau menjaga orang-orang yang berpangkat tinggi akan menjadi kerek.
Yes, kerek. Bukan cerek ya.
Sometimes dalam kerja, kita tak perlu untuk menjadi kerek.
Sebab kerek ni adalah menyusahkan.
Memang ia tak menyusahkan diri sendiri tapi ia menyusahkan orang lain.
Kerja yang senang akan jadi susah.
Kerja yang simple akan jadi complicated.
Dan ya, biasanya orang tak suka dengan orang yang kerek.

Aku ni dah biase deal dengan orang yang kerek.
Tahun lepas aku penah deal dengan orang yang terrr sangat la kerek.
Naik pening kepala aku.
Dah la bos aku time tu jenis tak penyabar...
Si kerek ni pulak lagiii laaa menyusahkan kerja aku.
Last-last si kerek ni kena sound.
Terus dia insaf... tapi dengan unit aku je la..
Dengan unit lain dia kerek lagi kot..

Sometimes kita tak perlu nak menyusahkan orang camtu.
Tak salah kalau kita nak jaga reputasi dan ke'ekslusif'an kita.
But kite fikir la.... ape yang kita buat ni efek orang lain tak?
Apa yang kite buat ni buat orang terasa hati tak?
Kite tak fikir kan?
Orang lain pun ada kerja dia.
Orang lain pun ada masalah dia.
Benda yang senang, yang dia boleh settle kan cepat tu, kita bantu la..
Jangan menyusahkan.
Kita tak tahu dia ada banyak lagi komitmen lain yang dia kena buat.
Kadang-kadang bila kita tolong orang, 1 day nanti Insha ALLAH Tuhan akan bantu kita balik.
Ok, renung-renungkan.

Sekian saje nasihat dari pakar saiko-loji (psikologi) yang saiko... :)
heheh..








No comments: