Friday, March 7, 2014

Dilanda demam mengejut

Salam readers...

Semalam aku EL.
EL yang sepatutnya MC.
Aku dilanda demam tonsil.
Sepatutnya semalam aku pergi klinik mintak ubat dan mc, tapi ate sakit kann...
Mana larat nak bangun keluar rumah bagai.
Maka, aku berkuak lentang je atas katil seharian.
Langsung tak kuar rumah.

2 hari lepas aku ada beli cheese kek kat bawah opis aku ni.
Time lunch, aku makan cheese kek tu.
Mungkin lepas makan tu aku tak minum air, so cheese tu melekat kat tekak.
Maka, tonsil membengkak la...
Dan-dan tu jugak suhu badan aku naik.

Malam tu aku dah melepek dah atas katil.
Tapi still boleh sembang lebat dengan housemate aku, hana tuu...

By the time bangun pagi esok nak pergi kije, aku memang dah lemau sangat...
Bulu roma ni tegak je... seriau...
Suhu badan memang naik mencanak.
Mata pun nak terpejam je... padahal bukannya ngantuk pon.
Lemah kononnye.

Whatsapp bos bagitahu nak mc.
Bagitahu whatsapp group opis jugak.
Takde la nanti diorang tercari-cari aku.

1 hari rehat kat rumah.
Tido, tengok tv.. tido tengok tv...
Rasa gagah sikit, aku kemas dapur.
Pastu sambung tido.
Kul 3 lebih, FZ datang rumah hantar makanan.
1 hari kot aku tak makan apa-apa.
Dia hantar nasi beriani ayam madu beli kat Mahbub Bangsar tu.
Pastu dia beli jugak teh ais...

Syabbasss betehh... syabbasss!
Elok je tonsil tengah bengkak, dia boleh bawah teh ais??
Nak suruh tonsil aku makin bengkak ke hape?

Tapi aku layankan aje.
Lagipun aku memang addict teh ais mahbub tu.
Sedap kauuu!

Dah makan semua, badan aku rasa kuat sikit.
Larut malam, badan panas balik.
Ingat nak mintak mc lagi tapi taknak la cari pasal.
Opis aku ni semacam sikit.
Mc lama-lama nanti ada mengata belakang pulak.

Pagi tadi, aku bangun tonsil ada lagi tapi dah macam surut sikit.
Tengahari tadi pun macam ok je...
Aku aktif la jugak.
Cuma saat aku menaip ni, suhu badan aku naik balik...
Tadi dah pergi klinik mintak ubat.
Hopefully, demam aku akan sembuh cepat.

Demam mengejut ni..
Mengejut sebab makan cheese kek.
Boleh??

1 comment:

Mimy Hamid said...

nana get well soon...musim demam nana...banyakkan minum air