Monday, March 3, 2014

Entri ini buatmu, adikku

Salam readers...

Shahril Izuan.
Adik kedua bongsu.
Adik yang rajin dan boleh diharap.

Last week, pergimu ke Langkawi.
Demi mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga.
Tetapi perlu menghadiri kursus selama 2 bulan sebelum memulakan karier di KLIA.

2 bulan Kak Ngah tak boleh menghubungimu atas tuntutan kursusmu.
Sebelum ini, paling tidak sebulan sekali pasti Kak Ngah akan menelefonmu.
Tak apa....
Nanti-nanti kita boleh bersembang lagi bile kita berjumpa.

Jaga dirimu baik-baik.
Habiskan kursusmu dengan jayanya.
Masa depanmu terletak disini, adikku.
Sekarang bukannya waktu untuk bermain-main.
Masih ramai yang tidak mempunyai pekerjaan.
Tapi kamu adalah antara yang bertuah.

Lakukan yang terbaik.
Jangan hampakan harapan mummy dan daddy.
Dan juga harapan adik beradik lain.
Kita berjaya sama-sama ya.
Nanti kita sama-sama boleh bantu mummy dan daddy.
Bagi orang tua kita hidup senang selagi mereka masih hidup.




Gambar-gambar terakhirmu sebelum berkursus di Langkawi.
Gambar-gambar ini dikirimkan oleh Abang Yu melalui FB.

Semoga berjaya, adikku.



4 comments:

emi mohamad said...

Insya Allah semuanya ok :)
nanti dekat la ngan emi..hihihi

diana aziz said...

Emi : tu la.. senang sket dgn sedara. boleh la dia g jln rumoh emi kekgi.. hehe

emi mohamad said...

boleh je..no problem...nk mtk tlg apa2 kabo la..

diana aziz said...

emi : in sha ALLAH. Trime kasih, emi...