Monday, March 10, 2014

Flight MH370

Salam readers...

Sekarang ni memasing sibuk amik tahu berita perkembangan mengenai flight MH370.
Entah apa nasib yang menimpa mangsa. Wallahualam.
Aku ni pun tak penah-penah tercongok depan tv semata-mata nak tengok berita.
But disebabkan peristiwa ini, aku boleh bangun awal, on tv terus cari channel yang tayang berita tentang ini.
Jarang sekali aku bukak tv1, tapi semalam 1 hari aku bukak.
Aku nak tahu perkembangan kes ini.

Sedih. Terkejut. Takut.
Itu perasaan yang aku rasa ketika dapat tahu mengenai misteri kehilangan flight tersebut.
Sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa dan keluarga mangsa.
Semoga tabah semuanya.
Terkejut sebab tak sangka kejadian macam ni boleh berlaku.
Malah ianya sangat misteri.
Flight hilang macam tu tanpa dapat dikesan!
Takut.... ya, aku takut.
Air transportation yang dikatakan paling selamat, boleh hilang camtu je.
Bukan salah sesiapa. If ALLAH said, "Kun fa ya kun", semuanya boleh berlaku dalam sekelip mata.
 Ianya sudah ditakdirkan.

Paling tak puas hati bila orang-orang kita sesuka hati speculate macam-macam.
Aku sendiri pon tak paham dengan orang-orang kite ni.
Suka sangat jadi "attention seeker".
Bukan dapat award pun kalau ape yang korang speculate tu diterima orang...

Ada yang speku, flight hijacked by terrorist la.
Ada yang speku, flight kena bom la..
Paling takleh blah bila ada yang kaitkan dengan politik.
Ba alif ngang! Masing-masing sibuk nak jadi wartawan lantik sendiri.
Sikit pon takde nak fikir perasaan ahli keluarga mangsa yang mengharapkan berita baik.
Ntah pape je kan.
Ni la manusia kite. Manusia yang dikurniakan akal tapi tak guna.
Manusia yang suke buat perkara yang sia-sia.

Apa yang kita sepatutnya buat ialah berdoa.
Berdoa supaya mangsa-mangsa semuanya selamat.
Berdoa supaya mangsa-mangsa boleh kembali kepada keluarga masing-masing.
Jika sebaliknya, berdoa supaya ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi ujian ini.
Berdoa juga supaya semua mangsa ditemui dan boleh diuruskan dengan baik.

Sekarang ni pun aku still mengikuti perkembangan peristiwa ni.
TV takde... yang ada hanya internet.
So, aku follow yahoo news... (klik sini).
Kena refresh sebab berita akan di update dari masa ke semasa.
So far yang aku tahu, belum dijumpai apa-apa bukti lagi.
Takpe... in sha ALLAH dalam masa terdekat kita akan tahu juga.
Sabarlah dengan percaturan ALLAH swt.







No comments: