Monday, March 17, 2014

Hanya kerana watering can...

Salam readers...

Aku ni ada tabiat pelik.
Sebelah bantal aku mesti aku akan letak botol penyembur air yang kecik tu.
Ala, botol yang kite guna untuk sembur air time gosok baju tuuu...

Sekarang ni kan musim panas.
Kalu tido tu, mesti aku pusing kiri kanan sebab tak selesa.
Kipas dah pasang sampai nombor 3 tapi still panas.
So, kekadang aku renjis-renjiskan air dari watering can tu atas kaki aku ke, tangan dahi aku ke...
Bila dah kena air, kurang la sikit rasa panas tuu..
Hehehe... pelik kan.
Well, aku tak kisah pon sebab aku tahu semua orang ada tabiat pelik jugak.
Bezanya nak bagitahu kat orang ke tak jee...

Semalam watering can aku tu rosak.
Ntah kenapa tetibe je dia rosak.
Geram pulak hakak ni kannn...

Terus aku bagitahu FZ.
Bagitahu aku nak cari botol penyembur tu.
Tak kire la...kena cari jugak.

FZ bawak la girlfren dia yang gile ni ke Aeon Big Bangsar South.
Menggelupur cari botol penyembur tu..
Pusing 2 kali tempat yang sama, baru la jumpa...
Fuhh... legaaaa..

Mission accomplished!
Perut pulak rasa lapar.
FZ bawak aku pergi makan kat Tappers Cafe.
Kitorang order fish & chips je tapi kongsi 2orang sebab FZ dah kenyang.
Aku pulak pesen tak suka makan sensorang.
So, kitorang share.
Rase macam romantissss pulakk makan share share... hehehe... lempang kang!


Aku pakai baju yang memang dah digosok. Muke tak make up.
Pastu pakai selipar jepun... sempoiii...
 FZ kata aku selekeh malam tuu...
Haisshhhh..... sukati makk la nak selekeh ke ape.
Dengki tul.


Dia ni kemain lagi dengan baju Polo, beg Polo, jeans romp dengan kasut polo bagai...
Mane laa aku tahu dia pakai kemas camtu... 
Kalau aku tahu, mesti aku dress malam kaler merah ngerlip-ngerlip ada berlian.... T___T


Restoran makanan murah. Hehee..


Goo leng peng.. Nama kemain. Padahal sirap bandung je pun..
FZ order teh o panas.
Tetibe dibawaknya teh o takde gula.
Kelat gile.. Hahah..


Ni je yang kitorang makan semalam.
Diet katanye....

Ok, tu je aku nak citer.
Hahaha... babai!



1 comment:

Mimy Hamid said...

hahah ye ke nana sembur sembur..pelik