Tuesday, March 25, 2014

Jamuan makan unit

Salam readers...

Last week keluarlah result SPM bagi student tahun 2013.
Ramai yang dapat result yang memberangsangkan.
Alhamdulillah.
Yang dapat result biase-biase je tu, jangan putus asa.
Masih ada harapan untuk berjaya.
Rezeki kan ada dimana-mana untuk sesiapa saje.
In sha ALLAH.

Salah seorang anak staff unit aku adalah antara student yang dapat keputusan cemerlang.
Memang cemerlang sungguh laaaa anak dia tu.
Sejuk perut mak mengandung. :)

Maka, hari Jumaat lepas staff unit aku menganjurkan jamuan kesyukuran.
Dia just bagi duit aku kat aku dan aku kena arrange nak makan ape.
Atas request ramai, diorang bersetuju nak makan nasi berlauk.
Oleh kerana para lelaki kena pergi solat Jumaat, maka staff pompuan 4 kerat ni la yang kena bertungkus lumus pergi membeli lauk-pauk.

Dan inilah hasilnya :-


Macam-macam kuah ada...
Macam-macam lauk ada.


Pengat pisang pon ada.
Ayam seketul tu special request from one of my staff.
Dia tu memang gedik sikit.
Itu ini tak makan...


Kari kambing ada, kari daging pon ada...


Pajeri terung ada, asam pedas ikan pari pon ada...
Pilih je nak kuah apa...


Terung masak sambal pon ada.


Aneka jenis sos pencicah.
Tapi yang paling sedap is kicap pedas tuuu...



Menu yang palingggg laku..
Ayam kampung goreng.
Makan panas-panas, cicah dengan kicap pedas.... fuuuhhhh, terangkat!


Yang belah hujung kiri berbungkus dalam daun pisang tu ikan kembung bakar.
Beli sikit je sebab ayam kampung tu dah beli banyak.



Ni antara staff unit aku yang tengah makan.
Masing-masing baru balik dari solat Jumaat.


Farid lebih senang makan kat tempat sendiri...
Aku pun makan kat tempat sendiri jugak.


Maziah tengah amik makanan..
Malu-malu pulak dia.. hehehe...


Ezzat. Admin unit aku.

Masing-masing kelaparan sebab lunch lewat sangat...
Bos aku time ni takde sebab dia pergi jumpa bigboss.
Kesian bos aku makan paling lewat...

Tapi sangat puas hati makan camni.
Better makan camni dari beli fast food.
Tak sampai RM150 pon belanja.
Kenyang pon kenyang...


7 comments:

Mimy Hamid said...

nana korang beli dr pak abu ke semua ni heheh

diana aziz said...

Merata2 mimy.. ada yg dr ting.3, pak abu, riverside... hehe...

RedLife2Love said...

bagus la menu camni. puas makan kan? dpt rasa semua.

diana aziz said...

Tahu takpe @redlife2love. Tapi jenuh la nk mmbeli kat merata2 tmpt lauknya.. hehe

shafiqashafie said...

apa??adakah itu admin yg dimaksudkan..jeng3

diana aziz said...

Shafiqashafie : kenal ke?

shafiqashafie said...

sy kenal mlalui pnulisan2 awk la..hehe..yg mlas wat keje..hahaha