Tuesday, March 11, 2014

Kisah Feb

Salam readers...

Ni citer bulan Feb lepas tapi baru nak kongsi.
Hehehe...
Maklum la virus malasss melanda diri. Tengok tajuk pun dah tau dah tahap kemalasan aku.
Tahu je la aku kannn...
Diana dan malas memang tak dapat dipisahkan. ngeeeeee...

Memandangkan on that day aku kena jaga Alya, seperti biase FZ akan bawak kitorang jalan-jalan kat MV.
Bawak budak kecik ni memang payah sikit nak pergi tempat lain.
Kat MV ni kan serba-serbi ada.
So senang...

Hari tu kitorang bawak Alya pergi ke Toys R' Us.
Saje je la kan bawak dia pergi tengok mainan kat situ.
Lagipun mak Alya dah pesan, belikan barbie untuk dia sebab Alya sekarang suka sangat dengan barbie.
Duit pun dah diberi.

Ok la..ok la...
So mari kite tengok barbie dalam kedai permainan itu.

Punyalah rambang mata minah cinonet tu nak pilih barbie.
Semua dia nak.. semua dia nak beli..
Hoih.... untung laaaaa...
Aku dulu ada sekor je patung barbie. Nama Annie.
Itupun daddy belikan sebagai hadiah aku dapat nombor 1 dalam kelas.
Lepas tu tak dapat-dapat lagi dah barbie.
Kalau daddy beli mainan pon, dia beli set masak-masak.
Nak suruh anak dia minat masak la tuh...
Padahal sampai ke sudah anak reti sangat masak. heheh...

Akhirnya dapat jugak patung barbie yang Alya berkenan.
Susah betul la budak ni...
Macam-macam patung barbie yang aku tunjuk.
Dia asik nak yang mahal jekkk...
Haih!

Dah bayar semua, kitorang singgah kat Gelato Fruity.
FZ teringin nak makan aiskrim kat situ.


Punyalah suka dapat barbie sampai dia tak layan aiskrim yang sedap tu.
Kemain kann...


Kalau bab posing memang serah kat dia je la...
Takyah diajar pun.





Itulah patung barbie nye.
Lawa la jugak.
Yang penting, mesti ada kaler pink...
Pengsan aku layan karenah cinonet ni!

3 comments:

emi mohamad said...

pndai posing sngguh semek ni nana

diana aziz said...

Tu la.. dia ni mmg gedik semacam, emi.. :)

Anonymous said...

Kopak duit bli barbie tu