Sunday, March 23, 2014

Live update- kolam pusat sukan bangsar

Salam readers....

Sekarang aku berada di kolam Pusat Sukan Bangsar.
Saje la lepak kat sini dengan FZ. 
Ramai gile orang mandi manda....
Penuh 2 bijik kolam kat sini.

Bekerja untuk public ni memang payah kan...
Ada je manusia yang jenis tak ikut peraturan.
Dah datang nak mandi kat kolam, harus la pakai swim suit.
Ini tak, ada yang degil nak pakai t-shirt biasa.
Ingat mandi kat sungaii ke ape.
Aku yang nengoknya pun sakit mata.

Bila FZ tegur, siap marah-marah FZ balik.
Deyy minachi, ini kolam ada peraturan maa...
Staff hanya buat kerja saje.
Aiyoo yoooo.....

Aku try upload gambar tapi tak dapat plak.
Esok la aku upload.
Lagipun aku tak biase update blog guna tab ni...
Nak menaip pun payah jugak ni. Kekok.

______________________________________________________________

Update : 25 March 2014

Baru ada masa nak upload gambar.


Orang ramai datang mandi on that day.
Macam-macam kaum ada.
Melayu, Cina, India, Omputih... orang Myanmar pon ada.

Tu FZ yang pakai baju oren tu.
Dia duk perati je sesape yang langgar peraturan.
Kekadang orang ramai ni tak paham.
Nak masuk tempat orang, kena la ikut peraturan.
Tak boleh la main langgar je.


Aku pulak seronok tengok budak-budak mandi.
Berlari sana-sini dengan mulut becoknya...
Hahah...


Buah hati saya...
Tetibe hari tu dia tegas sikit buat kerja.
Biasenya dia abaikan je sesape yang langgar peraturan.


Me of the day.
Kepanasan hoihh temankan dia kerja.
Siap on kipas letak depan muka lagi. Heheh...


Ni salah sorang yang langgar peraturan.
Muka kena crop ye...
Orang kata jangan pakai seluar pendek biase, dia pergi pakai jugak.
Padahal kat situ ada je seluar tight untuk disewa.
2 hengget je pon.

Kadang-kadang aku menyirap jugak dengan orang yang tak reti bahase ni.
Ada jugak yang jenis poyo tak bertempat.
Tegur sikit, nak marah.
Padahal ada sebab la kenapa dia ditegur.
Lagi taknak mengaku salah.

Bila aku perati, kaum yang paling suka bawak masalah ialah kaum K.
Korang paham-paham je la ye kaum K tu kaum ape.
Kang nanti aku dituduh racist pulak.

Diorang ni kebanyakannya jenis pentingkan diri dan keras kepala.
Tatau la kot-kot diaorang ni tak paham bahasa Melayu ke ape.
Tapi diorang ni pesen takleh ditegur.
Bila ditegur je, melenting.
Pastu marah kite balik kononnya dia tu tak salah.

Pastu diorang jenis poyo tahap gaban jugak.
Tak reti berenang, tapi bajet nak berenang kat tempat dalam.
Kolam Bangsar ni dalamnya kira-kira 4 kaki hingga 12 kaki.
Diorang takdenya nak mandi kat 4 kaki tu...
Diorang terus pergi kat 12 kaki.. bajet la katekan.

FZ kata diorang ni la yang ramai lemas kat kolam 12 kaki tu.
Nasib tak mati je...
Haihhh...

Tapi sebenarnya tak kisah sape-sape pun, kaum mana sekalipun, kita ni same je.
Ada yang elok perangai. Ada yang poyo.
Ada yang baik. Ada yang degil.
Pokok pangkal adalah hati dan akal fikiran.
Cuma 1 je la.
Kita ni diajar untuk hormat tempat orang.
Nak buat ape kat tempat sendiri, buat la...
Tapi kat tempat orang, kite kena hormat dan jaga perlakuan diri.
Jangan main hentam je.


2 comments:

Anonymous said...

Haha....kelakar je syg ni on.....

Anonymous said...

salam sis
ada x nombor coach untuk ajar berenang di sini