Tuesday, March 25, 2014

MH370 - Berakhirnya satu persoalan

Salam readers...

Aku baru dapat tahu tentang progress terbaru flight MH370 pagi tadi yang dikhabarkan berakhir di Selatan Lautan Hindi.
PM dah umumkan semalam tapi aku tido awal. So tak sempat tengok pengumuman itu.
Aku tahu pun awal pagi tadi melalui status kawan-kawan dalam FB.
Terkejut, sedih...
Dan aku yakin seluruh dunia juga terkejut dengan berita yang memilukan ini.
No miracle happened as everybody wish, my dear.. >__<''

Pagi tadi juga sempat aku tengok astro awani.
Suasana sedih menyelubungi keluarga yang terlibat.
Ada keluarga yang kelihatan redha dengan berita itu.
Ada juga keluarga yang masih sukar untuk menerima.

Sekarang ni apa yang aku harapkan, penemuan semua mangsa-mangsa yang terlibat dan kotak hitam.
Biar satu dunia tahu ape sebenarnya yang berlaku.
Ya ALLAH, permudahkanlah urusan mereka. Amin.

Apapun, salam takziah dari saya, Nuradiana kepada keluarga-keluarga mangsa.
Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang beragama Islam.
Condolence kepada mangsa-mangsa beragama lain.



DariNYA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali.
Percayalah pada percaturanNYA.
DIALAH sebaik-baik perancang atas sesuatu kejadian.
Ada hikmah disebaliknya.
Wallahualam...


2 comments:

Mimy Hamid said...

sedih hiba...tak dapat nak bayangkan jatih kedalam lautan tu..Ya Allah ..nangis

diana aziz said...

Kann... kite yg x mengalami pun rse takut.. mangsa2 yg duk kat dlm tu, entah mcmana keadaan diorg mase kejadian... ya ALLAH...