Monday, March 3, 2014

Sabtu dan Ahad

Salam readers...

Hari Sabtu lepas aku kena bangun awal.
Kena jaga Alya.
Dah lama tak jumpa dia. Nasib dia ingat aku lagi.
Maklum la bebudak ni kekadang cepat lupa.
Nampak dia rindu kat aku.
Asik peluk-peluk... cium-cium...
Aku acah nak balik rumah je, mesti dia nangis.
Dia cakap dia taknak balik rumah dia.
Dia taknak duk dengan mama dan papa dia.
Dia cakap dia nak duduk dengan umi.
Hahaha...
Menyirap je parent dia dengar.

Pagi Sabtu, FZ bawak aku pergi kolam Bangsar.
Dia ada kelas swim.
Tapi last-last kelas cancel sebab takde air.
Uihh, krisis air meruncing sekarang ni kan.
Aku jenjalan pergi tengok Tasik Titiwangsa dan Tasik PJ tu, nampak air surut.
Surut gile!
Kat rumah, aku memang dah start simpan air.
Takung air dalam baldi bertutup dan dalam botol-botol air.
Sediakan payung sebelum hujan katanya....
Susah ohh takde air.
Takde elektrik aku boleh tahan lagi sebab memalam boleh guna lilin.
Tapi kalau takde air, hazabb hoihhh.

Tak period takpe.
Kalau takde air time period? Acaner??
Time sembelit ke ape?? Acaner??
Time cirit birit??
Nak flush jamban tu kena guna air banyak... ha, cane??
Kena instinjak la jawabnye...
Seksa hoiiihhh...seksa!

Kelas cancel, FZ bawak aku dan Alya jenjalan kat GMPlaza.
First time aku pergi situ.
Nak parking, kereta kena naik lif sampai tingkat lapan.
Alya ketakutan sampai peluk aku ketat-ketat.
Hahah... sian betul.
Nasib pergi awal pagi.
So, parking adalah banyak.

GM Plaza ni lebih kurang cam Kenanga Wholesale tu.
Tapi Kenanga tu lebih selesa la..
Ate tempat baru kann...
GM Plaza ni sarat sikit tapi kalau nak beli barang-barang murah, kat sini memang berlambak la...
FZ belikan aku baju tido.
Baby Alya pulak beli jam 5 hengget.
Ok la tu jam 5 hengget.
Beli yang mahal-mahal pon, nanti rosak jugak.

Pastu kitorang jenjalan kat tepi jalan Chow Kit tu.
Masuk kedai mainan.
Menggelupur Alya sebab tengok barbie penuh dalam kedai tu.
Aku la kena layan karenah dia yang tetibe rambang mata.
Kelakar ok tengok dia menggelupur mintak beli itu ini...
FZ pulak sibuk duk tengok racing car.
Lelaki kannn.... itu je la minat diorang.
Racing..racing...racing...

Tengahari, balik rumah rehat.
Lagipun panas sangat cuaca kat luar.
Dah macam duk kat padang pasir panasnya.
Bahang sampai berpeluh-peluh belakang badan aku.

Petang sikit, baru kitorang kuar balik pergi Checkers kat PJ.
Aku shopping barang-barang dapur sikit.
FZ pun ada jugak beli barang-barang rumah dia.

Then, time to hantar Alya balik.
Pastu baru FZ hantar aku balik rumah.
Rehat pulak...
Penat dah jalan-jalan.
Aku pulak lately memang tak berapa sihat.
Badan cepat penat je.
Buat kerja sikit je penat...
Kadang-kadang bila duk santai kat rumah, urat-urat badan pun rasa sakit je.
Adoiii...

Ahad baru boleh bangun lewat sikit.
Rehat, kemas bilik, masak megi untuk lunch.
Dah lama dah tak makan megi kari.
Nyum nyummmm...

Petang sikit baru kuar pergi MV dengan FZ dan Alya.
Aku nak cari kasut sebenarnya.
Kasut yang biase aku pakai tu tak nampak buruk je.
Pelapik dalam tu dah koyak-koyak dah.
Tapi luaran nampak ok lagi.
But still rasa segan nak pakai.
So pergi cari kasut.
Ingat nak cari yang ada brand sikit.
Yela, kasut yang buruk tu aku beli dari jenama Guess.
Aku beli kat butik dia kat The Garden. Tak sale pulak tuu... RM299.
Mampu??
Terdesak sangat time tu, sebab tu beli jugak.
Kali ni ingat nak beli Guess jugak tapi takde pulak yang flat.
Tengok kat Lewre pun sama.
Takde yang menarik.
Last-last pergi kat Vincci.
Ok, ada yang berkenan.
Terus grab. RM54.00 je.
Masuk Jelly Bunny. Wangi betul kedai tu ye.
Ada yang aku berkenan tapi tak sale pulak.
New arrival.
Harge RM99.
Takpe, tunggu sale nanti la... sekarang kan kena jimat.
Harga barang sekarang semua mahal-mahal.
So, mana yang boleh jimat, kite jimat.

FZ bagitahu dia lapar.
Dia belanja kitorang kat Kenny Rogers.
Dah lama jugak aku tak makan KR ni.


Baby Alya.
Sekarang dah tak baby dah.
Nakal hoihhh.... asik kena marah dengan aku je.


Asal nampak kamera je, sibuk posing gedik.
Lantak ko la, dik.
Gedik takpe, jangan nakal sudah.


Muka FZ nampak penat je kann...
Dia memang penat pon.
Penat layan karenah kengkawan.
Sekejap nak gi situ sini..
Tunjuk bengkel la, ape laa...
 Tensi aku!


Baby Alya cenggitu la perangai dia...
Hidung besauu..


FZ order ni mushroom chicken soup ni.
Aku tak sempat rasa pulak.
FZ kata sedap.


Ni aku punya. Quarter meal.
Side dish aku mintak macaroni cheese, aromatic rice dengan mashed potato.
Ayam tu Alya suka betul.
Nasib baik aku amik original gravy.
Takde la pedas sangat.
Mulut dia asik cakap, "wow, sedapnya!"

Yela, makanan mahal semua dia suke.......



Yang ni FZ punya...


Aku ingat nak amik gambar sensorang.
Last-last terpakse jugak amik gambar dengan dia.
Dan-dan je memula dia duk dengan FZ, pastu bila tahu FZ nak amik gambar aku, dia turun pergi duduk dengan aku pulak.
Sawan kamera dia nih!


Duk kacau FZ makan.
Yang suap dia makan adalah aku.


Tengok la tu...
Sempat dia nak posing.
Aku bajet nak amik gambar candid je.



He snap my photos.
Gile busuk muka aku dalam gambar-gambar ni...

Dah makan, kasut pun dah beli....
Kitorang singgah Cosmic Bowl pulak lawan boling 2 games sorang.
1st game aku menang.
2nd game FZ menang.
Tapi point banyak FZ laa...

Alya pulak takde buat perangai time main boling tu...
Dia terjerit-jerit je la bagi sokongan...
Pastu give five bila semua pin jatuh.
Dia dah besar, so dengar cakap jugak.
Cuma aku dan FZ kena peratikan dia je la sebab mase tu dalam pusat boling tu gelap.
Hilang anak orang kang, susah pulak...

Dah dekat maghrib, barulah kitorang balik.
Bawak-bawak berehat la pulak...
Lagipun Isnin kije.


2 comments:

Mimy Hamid said...

eh alya dah girlish...nana dah jaga balik ye..suka la dia tu

diana aziz said...

Dr dulu lg mimy dia camtu... cume skrg ni tmbh aksesori nana belikan..