Friday, March 28, 2014

Spring cleaning

Salam readers...

Hari ni hari Jumaat.
Aku tunggu je pukul 5.00 petang sebab nak balik rumah cepat-cepat.
Minggu ni agak memenatkan walaupun bos takde kat opis.

Aku memang plan nak buat spring cleaning time bos takde.
Yela, kalu buat time bos ada payah jugak.
Dibuatnya tengah duk mengemas, pastu tetibe bos bagi kerja penting, terus aktiviti mengemas tu tergendala.
Aku ni jenis suke buat kerja satu-satu...
Siap satu, baru buat kerja lain pulak.
Aku tak suka buat kerja setengah jalan.
Kalau buat A, aku akan fokus sampai kerja A tu siap.
Pastu baru aku beralih buat kerja B pulak.
Gitu la kekdahnya.

So sepanjang seminggu bos aku takde, aku hanya fokus spring cleaning.
Mana files yang dah tak relevan, aku suruh admin aku pergi hantar kat stor.
Banyak jugak rupanya file lama yang ada dengan aku.
Barang-barang lama pun banyak yang aku dah buang.
Rupanya tempat aku ni dah macam tukun muzium dah.
Serba-serbi ada.
Barang-barang secretary lama pun still ada but now semuanya aku dah hantar kat stor.

Ada ketika masa aku tengah mengemas, tetibe kepala aku terhantuk bucu meja.
Ya ampunnnn... rasa berdengung kepala aku.
Terus duduk kejap atas kerusi.
Nasib tak berbonjol dahi aku ni.

Semalam, semua dah settle.
Workstation aku pun dah bersih sampai kebanyakkan staff tegur meja bersih.
Hahah,.. nampak nau selama ni workstation aku semak.
Bawah meja aku ni pun dah kosong.
Sebelum ni bawah meja aku ada banyak kotak besar-besar.
Lepas ni boleh la tido bawah meja.
Hehehe..



Disebabkan dah berhari-hari mengemas, maka setiap hari bila aku balik rumah, aku melepekk je atas katil.
Time mengemas tu tak rasa lenguh sangat.
Tapi bila balik rumah, mulalah aku rasa letih semacam.
Kaki pun macam kebass je.

Disebabkan keletihan melampau, semalam aku demam sampai ke saat ni pun aku demam lagi.
Lemah je badan.
Opismate suruh aku amik mc je.
Aku malas la pulak nak amik mc sebab bos takde kan. Rugi je.
So, diorang suruh aku rehat dan tido.
Boleh je nak tido tapi aku kena siapkan statistik dulu.
Selagi kerja tak siap, selagi tu la hati aku ni tak tenang.
Tapi sebenarnya badan aku ni rasa cam dah tak larat sangat dah.
Mata ni asik berair je dari tadi.
Batuk pun dah makin teruk.
Nak sembang pun takde mood sangat... Tekak rasa perit.

Ok la.. setakat ni je dulu.
Nanti kalau aku rasa gagah sikit, aku sambung membebel lagi eh.


No comments: