Monday, March 31, 2014

Yang banyak berkorban itu adalah yang selalu dipinggirkan

Salam readers...

Dari kecik sampai besar, aku tak pernah mintak apa-apa dari sesiapa pun.
Apa yang diberi, aku terima.
Kalau tak diberi, aku simpan je dalam hati.
Teringat masa kecik dulu daddy bawak family datang KL untuk shopping baju raya.
Pergi Sogo dan sekitar Jalan Tar.
Tengah shopping tu, aku ternampak mainan barbie terbaring dalam stroller kecik.
Aku tenung je mainan tu sambil fikir, "kan best kalau ada duit banyak..."
Memang aku nak sangat mainan tu.
Tapi aku tak mintak kat daddy suruh belikan.
Aku diam je.
Sampai bila aku dah ada duit sendiri, mainan yang lebih kurang sama aku belikan kat Alya.
Baca kat entri ini [klik sini].

 Even masa aku belajar kolej, pernah duit saku aku tinggal 2 ringgit je.
Bila ada pakcik yang jual sate ikan lalu depan rumah, aku teringin sangat nak makan sate tu.
Tapi aku tahan je sebab duit ada sikit je kann...
Nanti kalau aku beli sate tu, dinner aku nak makan ape?
Itupun aku tak mintak duit sesape...
Kalau bebudak lain, duit tinggal 50 hengget pun dah menggelabah call mak ayah mintak duit.

Sekarang alhamdulillah, ALLAH swt beri aku kerja yang bagus, gaji yang bagus.
Sekurang-kurangnya ape yang aku ada boleh disalurkan kat family jugak.

Memang dari dulu aku dah tak sabar nak bekerja.
Aku nak pegang duit sendiri, aku nak belajar berdikari.
Plus yang paling penting, aku boleh bantu family aku.
Aku la satu-satunya anak yang tak pernah lupa untuk hulurkan duit setiap bulan pada mummy dan daddy.
Tak kiralah time tu aku terdesak duit ke, makan ke tidak, tapi duit bulanan untuk family tu yang aku utamakan.
Aku tak shopping pon takpe.

Ya, family adalah keutamaan aku.
Usik la family aku, korang akan tengok cemana aku mengamuk.
Jangan susahkan family aku sebab aku akan susahkan family korang pulak lepas tu.
Orang nak kutuk aku, cerca aku, nak mengata macam-macam..katalah.
Tapi jangan buat kat ahli keluarga aku sebab aku pun aku turut rasa tempiasnya.
Bila salah sorang ahli family aku susah, aku jugak akan rasa susahnya.
Orang kata cubit peha kanan, peha kiri pun terasa.

Aku biasanya akan jadi orang tengah dalam family.
Bila adik beradik susah, dia akan cari aku.
Bila adik beradik nak mintak pertolongan, dia akan cari aku.
Bila adik beradik gaduh dengan B, dia cari aku jugak untuk bambu balik si B.
Banyak kali benda ni berlaku walaupun lepas tu alih-alih aku yang kena attack balik.

Aku tak kisah sebab aku buat semua tu untuk family aku.
Walau apepun yang aku buat untuk family, masih ada suara ahli keluarga yang berkata, "siapa kata ko anak yang baik??"

Ape yang aku buat untuk family, tak cukup untuk membuktikan aku anak yang baik.
Sedangkan adik beradik lain tak perlu buat apa-apapun, tapi diorang dilayan macam orang besar.
Bila balik kampung, diorang disambut gembira.
Bila aku balik, anak-anak sedara je yang beriya-iya sambut aku.
Takpe, aku tak merungut walau sebenarnya aku memang terasa.

Bila aku susah, takde sape yang datang tolong.
Aku takde duit, takde sorang pun datang hulurkan bantuan.
Bila aku sakit, takde sorang pun datang melawat.
Call, tanya khabar sebulan sekali pun tak pernah.
Dah la aku ni sekejap sakit itu, sekejap sakit ini...
Agak-agak kalau aku terlantar kat hospital sakit tenat pun takde sape yang tahu.

Teringat mase zaman sekolah dulu.
Balik sekolah je mesti lapar.
Kekadang bila pergi dapur tengok ada ayam goreng atas meja.
Cepat-cepat nak cop ayam bahagian kepak.
Tapi bila aku baru nak amik, tetibe ada suara, "eh, yang tu untuk adik! Jangan amik!"
So aku mengalah. Aku amik bahagian dada yang memang aku tak suka tu.

Sama jugak bila makan malam.
Biasenya aku akan makan paling lambat sebab dahulukan ahli keluarga lain.
By the time aku nak makan je, semua tinggal sisa.
Takpelah. Aku tak kisah sebab at least aku tahu semua orang dah kenyang.
Lagipun memang aku sendiri yang makan lambat.

Aku pernah ditinggalkan beraya aidiladha sorang-sorang kat KL ni.
Sebaknya hati aku bila dengar takbir, ALLAH swt je yang tahu.
Bila diungkit, ada suara berkata "ingatkan takleh cuti panjang".
Speku camtu timbul tanpa bertanya kat aku sepatah pun.
Takpe. Benda dah lepas.

Bila ada hal yang baik, aku orang terakhir yang akan tahu.
Langsung takde sape yang willing nak bagitahu aku.
Call, even whatsapp sekalipun... takde. Padahal masing-masing ada phone.
Sedangkan bila ada hal buruk, aku la orang pertama yang diorang cari.
Even family datang KL pun, sikit pun aku tak diberitahu.
Biasenya aku akan tahu last minute.
Time tu barulah aku menggelabah untuk amik cuti.

Banyak lagi benda yang berlaku tapi tak perlulah aku ceritakan semuanya.
Nanti orang kata buka pekung didada pulak.
Cerita sikit-sikit pun nanti akan ada mulut yang menjaja.

Makin hari, makin aku sedar aku sebenarnya dipinggirkan.
Kalau ikut terasa hati ni, memang dah banyak aku terasa hati.
Apa yang aku buat selama ni langsung tak bagi impak apa-apa.
Aku tak buat salah pun, dipersalahkan.

Bayangkanlah adik aku minta tolong pujuk family untuk terima pilihan hati dia.
Aku as kakak of course nak bantu adik.
Lagipun aku pernah jumpa that girl.
Tak seburuk sehodoh seperti yang diperkatakan selama ni.

Aku try pujuk family elok-elok.
Tapi akhirnya aku dibantai balik.
Aku dikatakan menganjing. Malah aku di attack macam-macam.
Aku dikatakan sibuk hal orang sedangkan hal sendiri pun belum habis.
Aku rasa macam........ entahlah.

Aku bukannya sibuk hal orang luar.
Adik aku yang mintak tolong.
Alih-alih kenapa aku pulak yang kena?
Siapa yang bercinta? Siapa yang berdegil nakkan jugak pompuan tu sedangkan dah tahu family tak suke?
Kenapa aku?
Aku just orang tengah yang cuba nak selesaikan masalah.
Cakap elok-elok pun dikatakan menganjing.

Oh, lupa...
Adik aku tu anak kesayangan dia.
Confirm la sebarang kesalahan yang dia buat, dia takkan kena marah.
Aku ni siapa? Kalau aku takde hak untuk bersuara sebagai seorang kakak, then aku ni ape?
Memang sekadar anak yang dipinggirkan.
Mungkin kalau takde aku pun, diorang takkan rasa apa-apa.





*sekadar entri luahan perasaan.
p/s: kepada saudara mara/adikberadik yang membaca entri ini, mohon perkara ini tidak dilanjutkan kepada mana-mana pihak. habis kat sini je eh... tq.

15 comments:

emi mohamad said...

sabar ye nana...semua org akan ada pengalaman mcm ni :)

pk yg baik2 je...
Insya Allah. Dia akan bantu n paham niat kita..

diana aziz said...

Emi : Tq... benda mcm ni dh jd sejak kecik. dh kalis sbnrnye. cume lme2 prasaan terase hti tu mkin menjadi2 plak.

Reena Kamarudin said...

diana, sabar ye. sesungguhnya semua ni akan terbayar suatu hari nnti. mmglah awk x nampak hikmahnya. tapi percayalah mesti ada nanti.

diana aziz said...

Reena : In sha ALLAH. sy sentiasa menunggu waktu itu...

Marie Zain-Malik said...

Sebak lak aku baca entry kau yg ni dik (your silent reader yg dah tak berapa nak silent gitu)

Anonymous said...

Salam, sy paham apa yg dirasakan, sebab sy juga alaminya. Cuma adik beradik saya 7 orang, bab beralah jgn ceritalah sapa lagi byk antara adik beradik saya, kdg2 perasaan kecil hati selalu terjadi, mana taknya bila waktu kita memerlukan pertolongan, mesti tidak ada, smp keluarga isteri pula yg dtg membantu, alhamdulillah adik no. 2 sy byk tolong saya, cuma sy mmg byk terasa dgn mak saya, selalu condem sy, gunakan sy, ambil kesempatan pada sy, smpaikan isteri sy menangis lihat sy. Tapi sy hanya senyum, didalam hati hanya Allah yg tahu, pernah satu ketika sy beli mainan utk anak sulung sy, sbb waktu kecil mmg sy mengidam kereta control, jadi sy belikan utk anak sy sebagai hadiah. Waktu sy bawa balik hadiah tu, mak sy nmpk sy terus di naikkan suara marah sy sebab x belikam hadiah utk anak adik saya, sy ckp sy x tahu harijadi anak buah sy, jadi mak minta duit sbb nk belikan kek utk anak buah sy, dlm dompet ada rm100, saya hulurkan semuanya sbb xnk dia bising pada adik2 lain, hilang sebentar rasa seronok waktu tu. ayah juga pernah tegur sy supaya jgn berkira dgn adik beradik didepan isteri sy, walhal sy dh byk berkorban utk adik2, cuma ayah yang x tahu. Terasa betul hati waktu tu, tapi isteri pujuk supaya lupakan benda tu semua, alhamdulillah sy dpt lupakan, mak sy pula selalu ambil kesempatan atas kesenangan sy, mula2 sy dan isteri nk buka kedai jahit kami sendiri, dan mak sy just monitor sahaja, gaji kami byr. Tapi endingnya satu sen pun x dpt, bila setiap kali tanya, ada ja alasan mak sy ckp nak pakai la, cukup2 makan la.. Akhirnya sy mengalah, dan kedai tu mak saya ambil alih smp sekarang. Isteri sy mmg terasa sgt sbb modal dia yg keluarkan. Sy ambil hati isteri dan beralih ke bisness burger, kali ini modal sy sendiri, sbb isteri dh x modal. Ayah sy dpt tahu sy ada bisness burger, disuruh beri pada adik sy untuk handle atas alasan sy kerja shift, disebabkan pengalaman dari kedai jahit, sy berdegil dn nk jaga sendiri. ayah selalu balik bwk burger kedai lain depan saya, siap puji melambung burger tu sedap sgt2. Sy just senyum smbl makan dalam. Selama sy buka kedai burger sy, x pernah sekali pon ayah dtg beli, mak siap offer kat adik2 kalau nk makan burger pegi ambil dikedai sy, hati mane yg tak sakit kalau org dtg ambil burger free.. Sy meniaga, kalau sekali sekala xpe. Ini kalau selalu bankrup la bisness sy. Alhamdulillah dgn duit burger ni sy dpt beli susu anak dan bg isteri duit sedikit, duit utk mak ayah mmg sy x pernah miss. Kereta vios atas nama sy yg pada mulanya byaran bulanan kongsi dgn mak sy, mak sy dh ambil juga, alasannya senang adik2 sy nnt x payab beli kereta lain, dan sy hanya pakai kereta kacil smp sekarang, sy dan isteri mmg terasa hati sgt dgn mak saya, Perasaan ni sy pendam sendiri, sampai lah sy terbaca entry ini dan ini kali pertama sy luahkan ape yg berlaku. Sy tak minta untuk membenci mak ayah saya, sbb sy masih sygkan mereka. Bg sy ini ujian Allah swt dan sy tahu harta dunia ini hanya sementara. Cuma sy nk kongsikan cerita supaya dpt ambil sedikit iktibar dr pengalaman saya, sy seru ibubapa yang mempunyai anak lebih dari 2, tolong jgn pilih kasih, berilah kasih sayang sama rata. Kita yg mencorakkan mereka, dn igtlah kita akan tua dan mereka inilah yg akan menjaga kita nnt.

P/s Ya allah maafkan segala dosa ibu dan ayah ku, dan tempatkan lah mereka bersama-sama org yg soleh.

Anonymous said...

Sedihnya bacanya. Takpe..berdoa semoga dikuatkan diri .mungkin ni semua ujian utk hambaNya yg kuat. Biarlah tdk dihargai manusia, jgn tdk dipandang oleh Allah. nauzubillah hi min zalik. berbakti dan bersabar sajalah terhadap orang tua selagi mereka masih ada. Allah itu ada.

Anonymous said...

Bersabarlah. Allah itu ada.

Anonymous said...

Sedihnya bacanya. Takpe..berdoa semoga dikuatkan diri .mungkin ni semua ujian utk hambaNya yg kuat. Biarlah tdk dihargai manusia, jgn tdk dipandang oleh Allah. nauzubillah hi min zalik. berbakti dan bersabar sajalah terhadap orang tua selagi mereka masih ada. Allah itu ada.

Anonymous said...

Bersabarlah..mcm senasib dgn sy..slalu sgt terasa hati.apa2 hal msti sy org last yg tahu..abg kawen tp sy kene buat loan sbb dia x lulus tp byran bulan2 sy yg tggung dia buat bodoh je..mcm2 jugak sy dh buat untuk fmily tp org x pernah nak hargai.bila sy beli brg untuk fmily org x ingat tu sy yg beli tp bila kakak sy yg beli org asyik sebut je..sy x kesah semua tu sy x nak berkira dgn fmily tp sy kecik ati sgt sy ni pun ada perasaan. Diorang perlukan sy bila nak duit je..

Anonymous said...

Bersabarlah..mcm senasib dgn sy..slalu sgt terasa hati.apa2 hal msti sy org last yg tahu..abg kawen tp sy kene buat loan sbb dia x lulus tp byran bulan2 sy yg tggung dia buat bodoh je..mcm2 jugak sy dh buat untuk fmily tp org x pernah nak hargai.bila sy beli brg untuk fmily org x ingat tu sy yg beli tp bila kakak sy yg beli org asyik sebut je..sy x kesah semua tu sy x nak berkira dgn fmily tp sy kecik ati sgt sy ni pun ada perasaan. Diorang perlukan sy bila nak duit je..

Anonymous said...

bersabarla
ingat
Allah kan ada

Farrah Hasan said...

Banyakkan sabar..family awak ni mcm family sy jugak..mmg kena bykkan sabar walaupun dlm hati ni hanya Allah jer yg tau...

diana aziz said...

Ramai rupanya yang senasib dengan saya. Skrg ni saya hanya bersabar. Terima kasih kerana sudi membaca entri sy dan beri nasihat yang berguna. Tabahkan hati. In sha ALLAH ada ganjarannya nanti.. :)

Anonymous said...

Betul la tu , yg berkorban selalu dipinggirkan :') i know how it feels