Tuesday, April 29, 2014

Handphone ku rosak!!

Salam readers...

Ari Jumaat 2 minggu lepas, aku bentang tilam kat dalam bilik.
Katil ada je tapi malam tu aku malas nak tido atas katil.
Rasa nak tido kat bawah.
Aku pulak ada tilam spare yang nipis tu. Bawak turun bantal semua sebab nak tido kat bawah.

Bukan ape...
Tido kat bawah tu sejuk sikit sebab kena direct angin kipas.
Kalau tido atas katil, aku kena tempias angin sepoi-sepoi bahasa gituu...

Sebelum tido, aku charge tab.
Phone lupa plak nak charge.

Pagi hari Sabtu, aku bangun tido awal.
Dalam pukul 7:40 camtu.
Check henset. Sekali tak hidup daaaa.......

Cepat-cepat pergi charge. Tengok takleh on jugak.
Gila panik oihhh...
Takmo la rosak-rosak camni..
Duit takdok nak ganti henset ni.... waaaaaaaa!!!!

Whatsapp FZ. Nasib laa line whatsapp aku kat tab.
Bagitahu henset rosak. Kang dia mesej-mesej kang, aku tak balas dia bising pulak.
Then, sambung godek-godek henset walaupun ku tahu tamatlah sudah riwayat henset ku.

Serius aku rasa ralat.
Ralat sangattt...
Sebab tak puas guna henset ni.
Gambar cantik, sound best. Memory besar.
Tak banyak masalah pun cume akhir-akhir sebelum rosak henset ni kerap hang.
Sekejap-sekejap dia mati sendiri.
Last-last sekarang mati terus... waaa...!!

Sedih sangat bila henset kesayangan dah takde.
Aku beli henset ni dengan duit sendiri tau. Mase tu harga dalam RM1500 camtu laa...
Beli kat sony centre mid valley tuu. Memang original betul la.

Buat masa sekarang, aku guna henset Nokia N70 yang masih elok dan terjaga dalam simpanan aku.
Henset nokia ni still in a good condition walaupun dah lama aku guna.
Rasanya aku pakai nokia ni sejak tahun 2008-2009 camtu..
Till now henset ni still ok.
Aku ni bab-bab jaga barang-barang gadget ni memang cermat.
Memang tahan lama..
Tapi tak tahu la mana silapnya dengan experia X10 ni.
Cepat pulak matinya... haihh...

Aku dah bawak pergi kedai dengan harapan boleh dibaiki.
Sekali orang kedai tu cakap better beli henset baru sebab henset ni dah rosak.
Kalau baiki pun makan RM200 gak.
Itupun mungkin akan rosak lagi walaupun dah dibaiki... 
Tskkk... T___T

Aku rasa la sekarang ni musim henset rosak laa...
Ari tu jumpa kak Long dia cakap henset dia rosak gak.
Jumpa mimy, dia kata henset dia takleh connect dengan charger.
Haihhh....


Inilah henset kesayanganku yang telah tamat riwayatnya....
Gambar ni aku cilok dalam google tapi henset aku cenggini la rupanya.
Tak jejas apepun. Semua masih elok.
Casing pun still nampak cam baru.


Sebagai ganti, aku guna henset ni. Nokia n70.
Still elok jugak cuma casing je ada jejas sikit kat tepi.
Standard la kan henset lama..

Now aku tengah tunggu duit bonus masuk.
Nak beli henset baru.
Tapi tu laaa... kompius la nak beli henset ape.
Note 3 ke sony Z1?

Tapi kemungkinan besar aku amik Z1 kot.
Samsung aku dengar banyak masalah gak berkaitan dengan charger.
Dah ramai kawan-kawan aku alami benda yang sama.
Even tengok dalam internet pon rating Z1 lagi tinggi dari note 3.

Tengok la nanti cemana.
Kena buat istikharah jugak la kot nak beli henset ni.. Huhu...




1 comment:

Mimy Hamid said...

hp sony tu kalau nak jual mimi nak beli eh..hehehe