Wednesday, April 16, 2014

Line celcom

Salam readers...

Ni pagi-pagi Rabu aku nak kongsi citer.
Citer yang tak berapa nak best tapi ending dia memang terbaekk..
Haha..

Last Friday, awal pagi aku call Celcom.
Call dengan niat nak sembur diorang.
Aku jahat?? Hangpa jangan duk speku aku sebelum dengaq crita aku naa..

Sejak bulan December tahun lepas, line broadband kat area rumah aku memang cam hampagasss...
Line asik 'E' je...
Nak bukak facebook memang tak lepas la kann...
Maka, apabila aku balik rumah, galaxy tab yang aku pakai tu akan tersadai camtu je.
Orang whatsapp ke, mesej ke atau ape-ape aje yang melibatkan internet time aku kat rumah, memang aku takleh reply melainkan kalau aku keluar.

Masa bulan Dec tu, lebih 10 kali kot aku call celcom careline.
Katanya memang ada technical problem.
Aku diberitahu new year nanti baru ok.

Then, aku sabar.
Tunggu sampai new year.

01/01/2014 akhirnya tiba.
Tapi line broadband still macam berukband.
Siputband pun iye jugak.
Lembab nak mapsss sampai tahap nak main game pon tak lepas.
Korang bayangkan laa!

Sampai pertengahan bulan Januari, aku call celcom careline.
Rasa cam dah lama sangat je bersabar.
Time tu aku dimaklumkan line akan elok pada 1 March 2014.
Sebulan lebih lagi??
Hoihhh, panass hati nih!
Tapi takpe.... aku sabar lagi.
Orang kata pengakhiran sabar itu indah kann...

Tibalah 01 March 2014.
Bangun tido dengan harapan boleh tersenyum dengan line broadband yang elok.
Tapi harapan tinggal harapan.
Line still macam siput sedut.
Ya ALLAH, dugaan apakah ini??

Aku tak kisah sangat kalau takleh nak ber facebook, berinternet...
Tapi aku kisah kalau takleh nak beremail dan ber whatsapp.
Sebabnya opis aku ni kadang2 berhubung melalui email dan whatsapp.
Setiap hari mesti ada whatsapp yang masuk.
Kalau line tak elok, how aku nak dapat mesej-mesej penting dari diorang.

Then, beberapa kali dalam bulan March aku call celcom careline.
Seperti yang dijangka, aku telah dimaklumkan 01 April 2014, In sha ALLAH line akan ok sebab pada ketika itu celcom sedang mengalami masalah teknikal.
Katanya, jika 1 April line still tak elok, aku boleh call celcom careline lagi untuk buat aduan.

Ok, fineeeee!!
Aku dah malas dah nak maki hamun, marah, bengang...
Kekuatan aku untuk bersabar.
Kadang-kadang aku dapat whatsapp penting dari bos, tapi keesokkan harinya baru aku dapat baca.
Takpe, aku masih berpegang teguh pada prinsip 'sabar itu indah'.

Masuk la bulan April.
Aku dah malas dah nak berharap sangat sebab dah tau dah line still tak elok.
Tapi manusia kann...
Sesabar mana pun dia, lama-lama meletup juga.

Maka, last week (11 April 2014), aku call celcom careline buat sekalian kalinya.
Awal pagi aku call.
Kebetulan pulak agen perempuan yang angkat.
Nasib ko la dik jawab call dari hakak yang sedang bertukar jadi hulk ni.

Memula aku cakap elok.
Tapi by the time that budak cakap dia tak boleh janji bila line akan ok, aku dah naik sawan.
Lama dah kot aku bersabar. Berbulan lamanya.
Sampai bile lagi aku kena bersabar??
Apa yang rosaknya? Apa yang susah sangat nak baiki sampai berbulan lamanya orang akt area aku tu suffer untuk dapatkan line broadband yang ok??

Aku berdegil nak bercakap directly to their Team Leader.
Seriously aku dah tak tahan.
Sabar ada had.

Mungkin disebabkan kedegilan aku, team leader dia willing nak bercakap dengan aku.

TL : Ya, cik Diana. Saya difahamkan cik ada masalah dengan line broadband.
Aku : Ya.... since Dec 2013!
TL : Eh, dah lama tu cik!
Aku : Ya, memang dah lama!

Bla..bla..bla...bla.....
Lama jugak aku bercakap dengan tema leader bernama Razif, kalau tak silap aku la...
Nasib dia cakap elok dengan aku.
Kalau dia kerek, confirm aku melenting kaw-kaw punya.

Aku request untuk dapatkan rebate.
Tapi mustahil la nak dapat kannn...

Tengahari tu jugak aku dapat call bertubi-tubi dari celcom.
Explain cemana nak dapatkan line yang bagus.
Bukannya apa, sebenarnya celcom tengah tukar site ke ape ntah kat area aku tu.
Aku difahamkan line akan betul-betul elok paling lewat hujung tahun ni.
Pftttt!!!

Petang balik rumah, terus aku try bukak facebook.
Boleh uollsss....!!
Line high speed lagi!
Sampai ke hari ni pun line kat rumah aku tu elok.
Tapi kalau download lagu ke ape, memang lembss la sikit.
Tak kisah.
Yang penting boleh berinternet.

Boleh pulak line tu elok kannn...
Kalau tak, memang cam harammm laa...

Sekarang ni aku dah belajar satu benda.
Kalau melibatkan hak kite, we have to fight for it. Kalau bergaduh pun, bergaduh la.
Boleh la bagi muka sekali dua.
Tapi kalau lama-lama, kita kena pertahankan jugak hak kita.

Betul aku cakap.
Masa aku mengamuk tu, aku ada ugut nak bawak hal ni ke pihak atasan celcom.
Tapi mujur lepas tu line dah elok kann..
Kalau tak, memang dah sampai dah email aku kat pihak atasan tuu.

Yela, setiap bulan aku tak miss bayar bil.
Terlebih awal pulak tu.
Tak pernah pun bayar lambat atau tak bayar langsung.
Tak pernah ada history bil tertunggak.
Tapi kalau gini la servisnya, memang aku ada hak la nak marah.
Hargailah sikit loyal customer.
Aku dah lama kot guna celcom.
Even family aku pun semua pakai line celcom. Kecuali daddy yang guna maxis.
Dah berapa banyak dah aku melabur kat celcom tu.

Nak tunggu customer mengamuk dulu, baru nak amik tindakan ke?
Bagus betul servis macam tu.

Apapun, aku puas hati.
At least aku dah dapat ape yang aku nak.
Agaknya kalau aku tak mengamuk aritu, line aku still tak elok kot.

1 comment:

Mimy Hamid said...

ramai kt org komen gak line celsom teruk beberapa hari ni