Thursday, April 3, 2014

Naik kereta kuda dan anak angkat

 Salam readers...

22 March lepas punya citer.
Lama gile baru nak update ehh.. heheh...

FZ bawak aku dan Alya pergi Tasik Titiwangsa.
Ingatkan nak berjalan-jalan sekitar taman tapi panas pulak.
Pagi-pagi pun matahari dah terik.
Musim panas kan sekarang ni.
Bilalah nak hujan berpanjangan. Aku dah penat dah nak tunggu catuan air berakhir.
Bukan merungut tapi susah ohh takde air walaupun hanya selang 2 hari.
Nak berry berry pon kena tahan sampai opis dulu.
Seksa ohh..

FZ ajak kitorang naik kereta kuda.
Aku takde la teruja mana nak naik kereta kuda tu sebab kereta kuda tu just round kat dalam kandang tu je.
Takpe laa... semata-mata nak menghepi kan cinonet Alya, maka layankan aje.

Nasib orang tak ramai.
Sampai je kat pagar, kereta kuda tengah menunggu.
Terus kitorang boleh naik.


Boleh tahan panas cuaca hari tu.
Dah naik berlengas badan aku.


FZ duk menyembang dengan pakcik yang bawak kuda.
Baik pulak pakcik ni.
Terlebih ramah katanya.
Aku cakap FZ pun kerja DBKL jugak, terus kitorang dapat 1 extra round.
Biasenya kalau orang biasa naik, dapat1 round je.
Hehehe...


Kudanya kecik aje.
Mesti pancit bawak manusia gajah kat belakang ni. heheh...

Then, FZ cadang nak bawak kitorang jenjalan kat sekitar KL tapi sana sini jalan jem.
KL sekarang ni dah tak kire mase....
Weekdays ke weekend ke, mesti jem.

Dah tatau nak pergi kemana, FZ bawak la kitorang ke MV.
Lega senang dapat parking.
Kitorang terus pergi ke Aeon Big.
Kat situ ada pusat permainan kanak-kanak.
Register dan kitorang rehat kat situ.


Ada peristiwa sebenarnya dalam pusat permainan ni.

Aku duduk dengan FZ while Alya duk sibuk kesana sini main permainan.
Then, aku nampak Alya masuk dalam kereta kecik dan tolak dengan kaki kereta tu.
Tetibe ada budak lelaki Cina datang mengacau dia.
Melalak la Alya dalam kereta tu.

Budak lelaki tu pesen aktif gila.
Ditonyoh-tonyohnya kepala Alya walaupun aku dah marah.
Uihh, menyirap jugak darah aku tengok budak tu.
Pastu budak tu tak puas hati, dia pi panjat kereta yang Alya naik.
Alya pulak taknak mengalah still nak duduk jugak dalam kereta tu.

Pastu budak kaunter register datang dukung budak tu bawak pergi jauh-jauh dari Alya.
Alya pun sambung main lagi sambil aku dan FZ pantau dia.

Alih-alih budak lelaki tu datang lagi.
Dia acah nak pukul Alya but aku dah marah dia.
Geram aku....
Aku tercari-cari gak mana parent budak nakal ni.
Nak je aku sound suruh jaga anak tu.
Tapi takde pulak parent budak ni.

Tak cukup kacau Alya, dia pi kacau budak lain jugak.
Pastu setinggi-tinggi pagar pusat permainan tu dia panjat dan keluar.
Pastu masuk balik dengan panjat pagar jugak...

Memang aktif sangat budak ni.
Kekadang nak tergelak pun ada tengok budak tu.
Tak makan saman.

Aku ade la main masak-masak dengan Alya.
Pastu budak tu datang peluk aku.
Aku dah pelikk.... kenapa peluk aku ni??
Pastu dia tarik-tarik tangan aku ajak temankan dia main-main.
Alya dah terpinga-pinga dah. Hahah... kelaka bila ingat muka Alya time ni.

Aku bawak budak ni main jauh-jauh dari Alya pastu aku tinggalkan dia kat situ.
Lantak pi la kann...
Bukan anak aku.
Parent dia ntah mana-mana ntah.

Tengah aku duk perati Alya sambil berdiri, budak tu datang lagi peluk kaki kaki aku sambil tarik-tarik tangan aku.
Hadoiii... nape budak ni?
Aku ni dah macam mak dia la pulakk...

FZ dari jauh dah gelak-gelak...
Dia kata budak tu anak angkat aku. Siot jek!

Aku ni layankan aje la budak Cina tu.
Kesian jugak kat dia. Dah la tak pandai cakap lagi.
Aku tanya nama ape, mana parent... dalam bahasa melayu dan inggeris, dia langsung takleh jawab.
Nak cakap cina, aku tak reti pulak.
Setakat ni hou ma tu aku tau la...

Pastu dia dah macam nak nangis.
Dia duk sebut, ma... ma...
Aku paham la dia dah cari mak dia.
Aku bawak dia kat kaunter register & suruh budak tu call mak dia.

Dalam 5 minit camtu, baru la mak dia datang.
Nampak cam menggelabah je.
Baru aku tahu dia dengan laki dia sibuk shopping dalam Aeon Big dan tinggalkan anak dia kat situ tanpa pengawasan.

Aku geram-geram je tengok mak budak tu.
Terus aku sound, "please don't leave your kid like this!! He keep disturbing my daughter!!"
Mak dia just jawab, "ok...ok..."

Menyirap aku.
Ini mak bodoh namanya...
Mana ada mak ayah tinggalkan anak main sorang-sorang macam tu.
Anak kecik pulak tuu...
Kalau dah bersekolah tu takpe la jugak.

Nak je aku sound bangang...
Tapi berlainan kaum kann... Nanti kata aku racist pulak.
Tapi ni la contoh mak bangang.
Bodoh nak mamppsss.... eh, teremo pulakss.. huhu...


Aku amik gambar ni just nak amik gambar Alya.
Tapi bile aku godek-godek, rupanya terselit gambar budak nakal tu.


Kasik zoom sikit.....
Comel tapi aktif ya ampunnn...
Dia duk sibuk nak mengacau budak lain pulak...

Satu hari nanti kalau budak ni hilang ke ape, mak ayah dia takyah la nak menangis terlolong mintak tolong orang carikan.
Kalau dah bangang tu, jangan la melampau-lampau sangat bangangnya.
Dah tahu anak still kecik dan tak pandai cakap, pantau la.
Ini tak, ditinggalkan anak sorang-sorang.
Bodoh!

3 comments:

Nur Damia Qistina said...


kat area mane weh? aritu aku g mv tak jumpe pun? jom pegiiii hahaha sesukati

Emynz said...


weh aku terkomen gune ID adik aku, tak perasan hahah cilakak

diana aziz said...

Emynz: ko ni lawak la wehh.. hahaha.... kat luar aeon big meghala ke harvey norman. mesti ko jmpe punye... murah kot RM4 utk 20 minit..