Monday, April 7, 2014

Sambut birthday dia!

Salam readers...

Banyak citer tertangguh ni.
Takpe...takpe.. kite citer satu-satu ya.
Tinggalkan dulu citer lain, kali ni aku nak citer tentang birthday FZ.

FZ teringin nak karok.
Kitorang pulak memang dah lama tak karok.
Kami pergi ke E-box Endah Parade.

Aku plan nak nyanyikan lagu happy birthday tapi dia pulak yang malu sendiri.
Hadoiii...
Video karok aku try masukkan dalam fb. Tatau la lepas ke tak.
Tau je la line celcom cam haprak sikit sekarang ni.
Apepun, dua-dua menyumbang suara yang sumbang. hehe..


Me on that day.


Birthday boy!
Aku panggil dia 'Bacin'. Hehehe....


Simple outfit of the day.
Sejak-sejak badan makin naik ni aku dah tatau dah nak pakai baju cemana.
Semua baju yang kiut miut aku dah takleh pakai.
Haissshhh...!

Lama gak nyanyi.. Dari kul 12 sampai 7 petang kot.
RM15 je satu kepala plus dengan makanan dan minuman.
Murah kannn...
Sebab tu aku suka pergi sini. Hehehe...

Tapi idok le kami nyanyi sampai pukul 7 tu.
Kang terkeluar pulak halkum aku ni.
Kami nyanyi sampai pukul 4 je..
Pastu pergi ke Aeon Big dalam Endah Parade tu jugak sebab aku nak tambah 1 lagi tong air.
Maklum laaa catuan air kan bersambung lagi.
Tak tahan dah aku setiap kali nak berry je, mesti kena tunggu sampai opis dulu.
Dibuatnya nak berry time weken tu, takkan la aku nak jejak kat opis jugak kan..

Malangnye, Aeon Big takde stok tong air.
Frust ohh.
FZ kata takpe... kita pergi ke MV pulak.

Pergi Aeon Big MV pun sama.
Takde jugak tong air tu.
Ai is redha.
Takpelah kalau takde tong air tu. Next time la pergi pekan lama PJ sane.
Kat sana banyak kedai-kedai cina jual barang-barang rumah ni.

Then kitorang pergi ke The Manhattan Fish Market.
Celeb birthday boy kat situ.
Aku hangin sebenarnya sebab plan asal aku nak bawak FZ pergi makan kat Tony Romas.
Yela, sekali sekala kan.
Bukan selalu pergi makan kat situ.
Tapi FZ taknak. Dia kata membazir.
Makan mahal-mahal pastu nanti jadi taikk jugakk...
Haisshhh mamat ni!
Geram pulak haku...
Tapi takpe... hari ni birthday dia.
So, ikutkan aje la kemahuan dia nak makan kat TMFM ni.



Soup of the day - salmon soup.
Ingatkan hanyir ke ape...
Sedappp.... ada isi salmon lagik.


Bacin saya... hehe..


Yang ni tak bacin. 


Sebelum ke TMFM, kitorang ada singgah kat Komugi.
Tanya staff kat situ, katanya kek dan roti-roti kat situ halal.
Ok, kita yakin tanpa was-was.
Roti kat situ semuanya nampak menyelerakan.
Rasa cam nak beli semua je.
Pompuan kan memang boros. Hehehe...


FZ beli chocolate slice cake kat Komugi tu.
Boleh la tahan. Cuma tawar sikit. 
FZ cakap sedap sebab dia tak suka manis-manis sangat.


Bukak je kek, terus nak ngapp...


Gummy bear mocktail dan ice lemon tea.


Aku la yang habiskan soup tu...
Pastu kenyang sampai ke sudah.


Kitorang pilih Manhattan Flaming seafood platter.
So, before the platter sampai kat kitorang, diorg kena bakar dulu the cheese yang ada atas prawn.
Itu yang sedapp tuuu... 


Inilah Manhattan flaming seafood platter.
Macam-macam ada.


Ada garlic rice, prawn cheese, calamari...


Dory fillets, mussels... chips pon ada.
Nyum nyumm...
Makan berdua je tapi memang super kenyang!


Eh, tetibe terselit gambar chocolate mousse tart ni.
Sedappppp! Beli kat komugi jugak.

Then, FZ hantar aku balik rumah.
Ada peristiwa yang berlaku selepas dia hantar aku balik rumah.
Nanti aku citer dalam entri lain eh....


No comments: