Thursday, April 17, 2014

Secret Recipe, Pekan Lama PJ

Salam readers..

Awal bulan aritu kan catuan air sedang meruncing.
Kat rumah, aku dah ada 1 tong air besar.


Tong air aku sama besar dengan tong kaler biru tu.
Tapi aku punya kaler merah.
Biru tak santekk.. haha...
Tong tu aku beli kat Pekan Lama PJ dengan harga RM28.
Kira murah la sebab aku tengok kat kedai lain sume letak harga RM38- RM40.

Tapi macam tak cukup je simpan air 1 tong tu untuk digunakan 2 hari.
Kalau untuk mandi, memang cukup la.
Tapi aku kann jenis berry berry je selalu.
Time berry mana boleh jimat air.
Harus cuci bersih-bersih maaaa.....

Maka, 01 April baru-baru ni FZ bawak aku pergi Pekan Lama PJ untuk beli tong air lagi.
At least ada 2 tong air lega la sikit aku kalau nak berry banyak kali pon.

Nanti pasal tong air ni aku citer kendian ye.

Dah beli tong air, FZ bawak aku makan kat Secret Recipe area situ jugak.
Memandangkan time tu adalah berdekatan dengan birthday dia, maka aku dengan ikhlas hati belanja dia makan.


Bacin!


Ya ALLAH, my dagu!!!


Bajet comel lerr tuhh posing cenggitu..


Yang ni memang comel kann...... baik korang cakap comel sekarang!! 
Hahaha... T___T


Secret Recipe.


The best dessert in Secret Recipe.
Chocolate brownies with ice cream.
Ada melting choco kat dalam. Nyumssss!!!


Tengok camni pun dah lecur air liuq aku.... huhuh..


Ni menu aku.
Spicy fish & chips.
Tak habis pun sebab tetibe je perut rasa kenyang.
Tapau bawak balik rumah, panaskan balik dan makan lagi. :)


Chicken parmagiana FZ punya.
Yang ni pun dia tak habis.
Muak katanya. 
Masa dia order tu aku dah agak dah mesti dia tak habis sebab dia bukannya suka makan ayam cenggitu je.
Last balik rumah, aku jugak yang kena perabih kan.

Haihh... cane la aku tak gemuk....
Ni yang nak salahkan FZ nih....
Huhu...




1 comment:

Mimy Hamid said...

mimi x de masalah air..heheh so tong mmg tak standby