Friday, May 16, 2014

Berjalan-jalan sefamilia

Salam readers...

Akhir bulan lepas family aku ada datang KL.
Seminggu sebelum datang diorang ada call aku.
So boleh la aku amik cuti siap-siap.

Macam-macam aku plan untuk diorang.
Nak bawak pergi situ la, sini laa...
Tapi gitu laa.. aku bukannya ada kenderaan sendiri.
Payah sikit la.
Kalau ada kereta semua, cakap je nak pergi mana.
Nanti aku bawak.

Khamis malam aku sampai rumah Kak Long.
Takdan aku nak buat apa-apa, daddy dah ajak pergi Danau Kota.
Penat buat kerja kat opis siang hari tu pun tak hilang lagi..
Nangis aku hoihhh...
Tapi takpelah. Nak buat cane kan.
Untukmu daddy..

Berjalan kat Danau Kota tu sampai lembikk kaki aku ha..
2 round kot pusing. Dah la makin malam, makin ramai orang.
Rimass ok.
Lagipun sejak aku gemm gemmss ni, aku cepat rasa penat kalau berjalan lama-lama.

Jumaat seperti biase... menjejakkan kaki di Jalan Tar.
Kaki yang letih semalam belum pon hilang rasa letihnya..
Takpe, demi keluarga...

Berjam-jam jugak duk dalam sogo tu. Beli macam-macam.
Sogo kan sale.
Manusia memang ramai gile kat situ. Berhimpit-himpit.
Banyak betul duit orang Malaysia ni kan.
Asal sale je mesti kerumun ramai-ramai.


Aku dengan adik bongsu kesayangan, Shazrin.
Suke lerr tuhh gambar masuk blog. Haha...

Tahun ni dia nak STPM.
Belajar betul-betul dik.
Sekarang lulusan U pun payah nak dapat kerja.


Candid kononnye.
Padahal berlakon. Hahaha..

Dah habis shopping kat Sogo, kitorang berpecah.
Daddy dan Shazrin pergi tempat lain.
Aku, mummy, kak Long, Misha dan Alia pergi jalan-jalan kat Jalan Tar.

Kitorang ada masuk 1 kedai kat dalam arkib.
Kedai tu memang jual baju-baju murah.
Tapi kena pandai pilih la..
Mummy suka sangat beli baju dalam kedai ni.
Staff diorang semuanya pompuan Indon.

Masa aku & kak long tengah pilih-pilih baju untuk mummy, Alia dan Misha tengah bergurau.
Pastu salesgirl kat situ pergi kat Misha dan buat-buat muka garang.
Aku perati je salesgirl tu tapi malas la nak cakap ape-ape.

Tengah-tengah duk pilih baju, aku jeling tengok salesgirl tu.
Dia asik la buat muke garang kat Misha.
Haihh... bikin angin betul.
Dah anak sedara aku tu duk diam, ko takyah la buat-buat garang pulak.
Tak tahan sangat, aku sound Indon tu...

Aku : Jangan jeling-jeling anak sedara saya!
Indon : Jeling?? Mana ada!
Aku : Saya nampak!!
Indon : Saya tak jeling......!
Aku : Jangan nak lawan saya!!!

High pitch terus aku bagi dia.
Dah terang-terang aku nampak dia jenggil mata kat anak sedara aku, itupun tak nak mengaku!
Kalau dia tak melawan, takde la aku marah sangat.
Ini tak... lagi taknak ngaku.
Tu yang aku hangin tu.

Terus dia diam.
Mummy & Kak Long dengar aku sound indon tu tapi diorang diam je.
Diorang pun tahu aku cemana.
Cepat naik angin. Hehehe...

Keluar dari kedai tu, kitorang pergi pulak ke kedai Al-Amin.
Aku suke dengan kedai ni sebab jubah-jubah dia cantik & murah.
Punyalah aku tak tahan penat, aku call FZ.
Suruh dia amik aku dan anak-anak sedara bawak pergi tempat lain.
Memang kaki aku dah tak tahan sangat.
Kalau berjalan dengan mummy & Kak Long memang dah tak larat.
Diorang kalau berjalan memang tak ingat nak berhenti.
Maunya patah jugak kaki aku.

FZ amik kitorang bawak pergi ke Times Square.
Bawak budak-budak tu jenjalan kat situ pulak.
Jalan dengan FZ ni senang sikit sebab boleh berhenti banyak kali.
Makan pun banyak.
Heheh...

Seronok betul budak-budak tu aku bawak ni pergi main mainan token.
Macam orang baru terlepas dari kandang pulak.
Hahah...
Yela, kalau ikut mak ayah diorang, manelah diorang nak pergi tempat-tempat mainan macam ni.

Lepas maghrib baru balik.
Itupun sebab aku takde kunci rumah.
Kalau ada kunci memang dah lama dah aku balik.
Penat gilosss....

Pagi Sabtu, rehat kejap kat rumah.
Kul 10 pagi bertolak pergi KLCC.
Aku nak bawak family aku pergi Aquaria.
Lagipun kesian kat Shazrin tak pernah pergi sana.

Aku sponsor semua.
Tiket, makan... public transport.
Tiket untuk dewasa RM35.
Tapi mummy & daddy kan dikira warga emas.
So harga tiket diorang sama macam kanak-kanak, RM28.
Tapi kena tunjuk IC la..
Kalau takde IC, kena charge macam biasa.

Korang layan je la gambar-gambar yang berterabur kat bawah ni ye..
Penat dah nak menaip.
Hehehe...


Mummy & Daddy saya!


Me yang makin gemss gemsss.... hehe..




Feeding time.
Memerang kot namanya ni.
Kesian dia kena pusing-pusing, kena berenang-renang dulu sebelum dapat upah makanan.
Hahaa... comel jek.



Waaaa..... cicakkk!!!
I hetchu cicak!!
Geli geleman pulak aku tengok cicak ni!


Masak 3 rasa pun sodap jugak nih. Hihihi...


Kat sini memang kawasan dia gelap sikit.


Daddy dan Misha.
Misha ni cucu kesayangan daddy tau.


Eh, ada lagi gambar ni.
Hehehe... Kan aku dah cakap tadi.
Gambar berterabur.


Masuk underwater.
Tengok jaws..
Gile besar jaws ni.
Kire kalau dia makan aku, lekat kat celah gigi dia je la..



Ada jugak butterflies.


Ni masa kat underwater jugak.






Mummy nampak je aku nak amik gambar, terus dia pergi duk depan sekali.
Camwhore jugak rupanya mummy aku ni.
Hahaha..


Balik singgah foodcourt.
Shazrin sibuk sangat mintak nak makan waffle aiskrim ni.


Sebelum gi foodcourt tu, aku singgah sekejap beli garret.
Aku suruh Misha bawak balik kampung.
Bagi orang lain yang tak datang KL merasa garret ni jugak.


Shazrin & daddy.
Muka daddy pun nampak cam penat je.
Tapi dia still nak kuar jenjalan jugak lepas balik dari Aquaria.
Aku pulak ajak mummy & anak-anak sedara balik rumah.
Penat hoihhh!!








4 comments:

Mimy Hamid said...

BETUL BETUL JALAN FAMILY NI..

azlina aliuddin said...

Bestnyer jejalan. Bile baca entry Nana nie, dapat idea bernas mane nk bwk anak2 kak ina jejalan cuti sekolah nie.hehe

diana aziz said...

Mimy Hamid : Mmg betul2 mimy. Sampai hari ni penat tu tak hilang. takde mase nak rehat... :(

diana aziz said...

Kak Azlina Aliuddin : Mmg best akak walaupun penat. aah la, cuti sekolah dh dekat kann... :)