Monday, May 26, 2014

Food review : The cafe chicken BBQ, Plaza Pantai

Salam readers...

Kengkawan opis kemain lagi duk push aku jadi blogger terkenal.
Uiksss... takmo la aku!
Bukan target aku untuk jadi blogger terkenal pon.
Cukup sekadar ada readers yang dah sedia ada, campur dengan stalker & silent reader... itupun dah cukup.
Takde la aku syok sendiri update entri banyak-banyak tapi takde reader.
Sangat forever alone disitu.

Member opis suggest aku untuk buat entri berkenaan dengan food review.
Aku ok je sebab kitorang pun sekarang asik makan kat luar dan lain-lain kedai, plus aku dan FZ pun selalu keluar makan.
Bila aku pikir balik, ok jugak tu.
Boleh kongsi pengalaman & komen mengenai restoran-restoran yang kitorang pergi.

First entry untuk food review ni, aku nak review restoran yang baru dibuka kat sebelah opis kitorang.
The Cafe BBQ Chicken.

First day opening, memang ramai sangat-sangat orang.
Orang ramai sanggup beratur panjang!
Me is tak sanggup la nak beratur panjang.
2nd day pun sama.
Orang ramai jugak.

Then, aku dan opismate plan nak pergi restoran tu on Monday (19 May 2014) dengan harapan on Monday tu kan semua orang busy.
So senang nak dapat seat.
Tapi rupa-rupanya orang ramai jugakkk... tapi dah rezeki makan kat situ, kitorang dapat meja yang kosong.

Makanan kat situ quite tempting.
Rasa macam semua aku nak makan...  gittewww..
Orang gemuk memang kuat makan kan.. hehe.
Tapi bila melihatkan harga setiap satu makanan, maka baiklah kita order satu-satu je dulu.
Next time kalau ok, then kite boleh repeat makan lagi.
Alah, kate sebelah opis je kan.

Sambil tengok makanan, sambil tu la aku snap menu-menu buat tatapan para pembaca.
Kot la nak try makan kat sini, nanti boleh tengok-tengok dulu nak makan ape.
Dan senang nak siapkan bajet.


Aneka jenis spaghetti.


Pizza pun ada.




Sides.


Yang ni memang memikat kalbu.
Terliur je nak makan.
Tapi kena tahan nafsu. Tunggu gaji masuk, baru kite beli eh.


Dessert yang sangat tempting.


Aneka jenis minuman.
Ada yang sejuk.


Ada jugak minuman panas.


Ice blended pon ada la!


Buat masa sekarang ni ada package lunch meal.


Special meal for student pon ada!


Aneka jenus sup.


Yang ni nampak cam sedap.
Next time la try.



Untuk vegetarian people, aneka jenis salad ada dijual.


Sesape yang tak suka western tapi sukakan nasi-nasi, dun worry.
Kat sini juga ada dijual nasi.
Pineapple olive rice tu nampak cam sedap.
Next time will try.

Eh, semuanya asik next time je..



Their signature dish - Jerk BBQ.
Tengok ayam nye pon dah buat aku terliur dah..


Chicken meal berserta dengan ayam dari pelbagai jenis dan berlainan sos & cara masakan.



Nak makan ayam sesaja pun boleh.
Ni boleh dikira side dish jugak la.



Aneka jenis pasta...


Great Taste, Eat Fresh!


Nampak tak ada ramai orang beratur depan kedai.




Kitorang dapat meja kat outdoor je.
Itu je meja yang kosong masa kitorang sampai.


Azleen.


Maziah.


Me.


Datang 3 orang tapi air sampai 4 gelas.
Heheh... kitorang dapat free 1 air.


Pizza margarita.
Pizza ni sesuai untuk vege sebab langsung takde daging.


Cheese tuu... cheesee tuuu.... nampak sedap je!
Pizza ni leen yang order.


Yang ni aku punya Korean BBQ.
Sedap!!!
The chicken is soooooo moist & tender!!
Rasa cam nak repeat balik je.


Yang ni maziah punya.
Hot hot drum.
Maziah kata yang ni pun sedap.


Menu kami.

Nak order lebih-lebih kang tak berani.
Takut membazir.

So far aku tengok menu kat sini semuanya ok dan sedap.
Cuma portion kecik.
Nasi tu sekadar 5-6 suap je, dah habis.
Dan the service is soooo lembabb.
Ada dua orang chinese girls yang tukang amik order asiklah menggelabah.
Berlari sana sini macam tak pro langsung buat kerja.
Suppose as a waitress, kena la cool je time amik order.

Kitorang tunggu almost 45 minutes, barulah makanan sampai.
Nasib la kami anak-anak gadis yang hot ni sangat penyabar.
Kalau tak, maunya naik atas meja sambil hentak-hentak kaki.


6 comments:

Jen Jen Areff said...

bole la nk try mkn sini, ptg after ofis buka tak awak

diana aziz said...

Jen jen : bukak... restoran tu bukak sampai malam, awk.. :)

RedLife2Love said...

wahh! review ko lagi detail kot. hahaha. tp kan ko perasan tak set nasi tu kaler x sma masa yg aku pergi. tul x??

diana aziz said...

RedLife2Love: haha..ate food review kan. yg nasi tu tetiap hri lain. sb tu dlm menu tulis "rice of the day". tp nasi yg aku mkn tu sedap gilosss..

Liyana said...

bole la try pasni... ramai sgt org time lunch hour. malas nak bersesak.. hoho

Mimy Hamid said...

NANA NK REPEAT...JOM ESOK..................