Thursday, May 22, 2014

Heboh semedang boleh masak nasi ayam.. hehe

Salam readers...

Uikss... dah lama dah tak berupdate kan.
Iollsss malasss sangat nak menaip uollss..
Banyak benda nak kongsi tapi dek virus malas tu datang, terus hilang mood nak bercerita.

Aku dengan bangganya nak umumkan.......

Aku dah pandai masak nasi ayam!!
Yuuhuuuuuu!!

Gile jebeng sangat kan!
Orang lain dah lama dah pandai masak nasi ayam.
Aku ni baru terhegeh-hegeh nak belajar. Haha.
Tapi siapa tak bangga wehhh.
Kali pertama masak, terus menjadi.
Sodaappp wa cakap lu!
FZ sampai tak puas makan nasi ayam aku.
Hehehe...


Salad tu sekadar hiasan je la...
Aku tak makan pon.
Tahu je la kan, aku ni bukan pemakan sayur.

Nasi ayam ni resipi mummy aku.
Memang selama ni pun kalau buat rumah terbuka hari raya, kitorang hidang nasi ayam ni.
Ramai yang request.

Resipi ni semuanya menggunakan based stok ayam.
Maksudnya, guna air rebusan ayam untuk semua makanan.
Masak nasi of course la guna stok ayam.
Sos cili pun guna stok ayam.
Kicap tu pun ada guna stok ayam.
Ate nasi ayam kan....
Ada je aku search internet diorang buat kicap biase & cili biase.
Tak sedap resipi camtu.

Resipi senang je.

Perap ayam dengan halia & bawang putih.
Pastu rebus ayam sampai separa masak.
Ketepikan ayam.

Cuci beras sampai bersih.
Tumiskan bawang merah dan halia yang ditumbuk halus menggunakan marjerin dalam periuk elektrik.
Pastu masukkan air rebusan ayam mengikut kadar beras. Masukkan sedikit garam.
Kalau beras jenis keras, so masukkan la air rebusan tu banyak sikit.
Begitulah sebaliknya.
Then masukkan beras. Tutup periuk.
Biarkan sehingga nasi masak.

Sementara tunggu nasi masak, patah-patahkan cili hidup ke dalam blender. Masukkan sikit halia & bawang putih yang ditumbuk.
Letak sedikit air rebusan ayam.
Blend kan sampai hancur.
Keluarkan dan masukkan kedalam mangkuk.
Letak gula, garam, ajinomoto & perah sikit limau nipis. Siap dah sos cili.

Salutkan ayam yang dah direbus tadi dengan kicap pekat.
Biarkan seketika.
Kemudian goreng dalam minyak panas sampai masak.
Then, settle bab ayam.

Ambil lebihan kicap yang disalut kat ayam tadi.
Letak sikit air rebusan ayam dan letak dalam periuk kecik.
Masak dengan api kecik sampai mendidih.
Angkat dan siap.

Jangan lupa sup ayam.
Panaskan lebihan air rebusan ayam.
Masukkan garam, gula dan ajinomoto.
Masukkan juga lobak jeruk dan taugeh.
Biarkan sup mendidih dan siap dihidangkan.
Settle.

Kacanggg je kan.
Takde la remeh sangat.
Yang penting air rebusan tu kena buat lebih sebab serba-serbi kena guna air rebusan tu.
Kalau tak cukup kang 1 hal pulak.

Alhamdulillah 1st time aku buat, menjadi.
Sedap.
Bertambah-tambah FZ makan.
Siap request suruh aku masak lagi lepas ni. Heheh...
Banggo eden kejap. Ngeee...

Heboh semedang boleh masak nasi ayam.
Orang lain dah berzaman dah reti masak.
Takpe... bagi aku ni dikira 1 kejayaan.
Next time nak masak masakan lain pulak yang lagi mencabar.
Nasi beriyani mungkin.. hmmm...



2 comments:

Reena Kamarudin said...

saya tak reti acanner?
hehehe.
boleh cubalah ni.

diana aziz said...

Reena : Awk try la... senang je tu. masak kat family. kompem dapat pujian melambung2. hehe