Wednesday, May 14, 2014

Metrojaya warehouse sale

Salam readers...

Citer akhir bulan lepas.
Al-kisahnya ada  warehouse sale bawah opisku!!
Gile wehhh.... 
Menggelupur aku pergi check balance duit dalam akaun bank. Hahaha...
Dah namanya pompuan kan, dengar aje SALE mesti suke.
Apatah lagi WAREHOUSE SALE.

Warehouse sale ni biasenye lagi murah dari sale biase.
Terus menggelupur buat list nak beli ape. Haha..
Tapi tahu je la kan. List tu sekadar list je.
Biasenya yang takde dalam list tu yang kite beli. Hehe..

Hari pertama, aku turun dengan budak-budak opis.
Just pergi survey harga dan tengok barang apa yang boleh dibeli.
Aku dah aim dah handbag, baju somerset bay...
Cari gak handbag jenama Guess. Tapi takde pulak. 
Haihh... Saje je tau taknak bagi ai borong Guess.


Warehouse sale ni bawah opis aku je uollsss...
Aku ni naik turun lif je la duk kuar masuk Kristal Hall tu menjenguk barang-barang.

Kali kedua pergi adalah dengan Mimy.
Pergi memang sama-sama. 
Tapi bila dah masuk kat dalam, kitorang berpecah.
Cari barang-barang sendiri.

Aku sempat beli towel.
Yela, murah kot.
Harga asal RM89.90, sale tinggal RM10 je sehelai.
Daddy dapat tahu, terus bising nape tak belikan untuk dia jugak. Hahah...
Yela, towel tebal kot.
Bukan nipis-nipis macam jual kat pasar malam tu..
Ampunkan anakanda ya, ayahanda!

Dah sambar towel, pergi kat bahagian handbag pulaks...
Maiiigaddd!! Murah-murahnya handbag.
Sale 50%, 70%!!
Maunya tak gila.
Lama jugak aku duk kat bahagian handbag tu.
Pilih-pilih handbag, terberkenan pulak dengan handbag ELLE.
Takpe la takde Guess pun.
Elle pon ok gak.

Dan-dan tu jugak aku pakai.
Hehehe...
Seronok dapat handbag baru yang murah.


Inilah handbag nye....
RM150 je.
Harga asal dalam RM400+.

Kaler raspberry pink. 
Kaler dalam gambar tu bukan kaler sebenar tau.
Dalam gambar tu macam pinkish sikit.
Tapi sebenarnya kaler dia ala-ala pink-peach-oren camtu.


Handbag pon ada scarf jugak.


Terus pakai kat opis.
Handbag lama dah masuk dalam dustbag dan simpan.
Pakai handbag baru pulak walaupun tak match dengan baju.
Ade aku kesah??
Ate musim kaler block kan. Heheh...

Time balik rumah, guard-guard kat apartment aku duk panggil aku mak datin.
Haiyoohhh..... aku bukan mak datin la!
Iskkk...


2 comments:

Mimy Hamid said...

eh kaler dia lain dr sebenar...the real lagi lawa

Beautyfull_Maria said...

Lawa handbag tu..akak jenama Elle minat jgk...simple n casual...