Monday, May 12, 2014

Sayonara Min

Salam readers...

10 April lepas kami satu opis ada buat makan-makan sempena pertukaran Min ke tempat baru.
Akhir bulan 3 dia ada attend interview di unit lain dan memang rezeki dia, terus dapat tukar ke unit tu bulan lepas.
So, kitorang 1 opis buat la farewell party untuk dia.

Citer sikit tentang Min.
Dia ni lurus bendul.
Sangat lurus bendul.
Orang suruh dia buat A, dia buat A.
Orang suruh dia buat B, dia buat B.
Cuma kalau dia tak suka atau malas, dia akan buat muka depan-depan.
Tapi dia tak berani nak komplen depan-depan. Just buat muka je dia berani. Hahaha..
Dia komplen belakang-belakang.
Kadang-kadang aku suruh dia terus terang tapi selalunya dia akan cakap dia malas.
Hadoii... T___T

Perangai dia keanak-anakan sikit.
Comel sangat!
Nak makan kena berteman sebab dia ni memang pemalu teramat.
Tapi dia ni boleh diharap.
Mintak tolong apa-apa je, dia dengan rela hati akan tolong.

Dia baik.
Tapi kebaikan dia kadang-kadang buat orang amik kesempatan untuk buli dia.
Suruh beli itu ini... dia beli.
Aku tengok pun kesian.
Even dia ada jawatan, tapi orang bawahan pulak yang boleh bagi arahan kat dia.
Orang yang tengok akan rasa kelakar tapi bagi aku tak kelakar langsung.
Orang tak respek dia sebab perangai dia.
Kadang-kadang aku dan kawan-kawan pompuan opis ada bagi dia nasihat.
Suruh dia lebih tegas.
Tapi itu laaa.... susah nak berubah kalau itu memang perangai kita kan.
Kesian Min.

Yang kelakarnya, dia kuat makan.
Pantang ada makanan, mesti dia tak sabar-sabar nak makan.
Kitorang geng-geng pompuan pakat diet.
Dia pun nak join sekali.
Tapi dia tetap makan tak hingat. Hahah...
Dia pernah cakap kat aku, "Ayaarkk, Min tau Min paling gemuk tapi masih nak makan lagi.."
Hadoiii... Min..min.. kelakar betul la dia!

Takpe la Min.
Kat unit baru ni Min akan busy sangat-sangat kan.
Mesti Min jarang dapat kuar makan.
Nanti Min mesti lagi kurus dari kitorangg.
Kitorang kat sini mungkin lagi tambah gemuk dari Min sebab kitorang banyak makan akhir-akhir ni.
Hehehe...

Sempena farewell party Min, aku order makanan based on permintaan masing-masing.
Menu simple je.
Aku just tempah dari gerai bawah opis aku ni je.
Senang.
Bajet pun bos ada bagi sikit campur dengan duit collection dari budak-budak opis.

Farewell party ni pun dibuat awal sebab bos aku ada majlis kat luar on tengahari.
Kitorang start pukul 10.30 pagi.


Ni je la menu yang aku order untuk majlis tu.
Makan-makan untuk 11 orang je.


Nasi goreng cina dan daging masak merah.


Telur mata dan ayam goreng rempah pon ada.


Buah-buahan sebagai dessert.

Cukup la untuk 11 orang makan ni...
Itupun tak habis jugak.
Ada yang tapau bawak balik rumah. Hehe..


Inilah Min.


Time ni sebelum makan.
Min disoal-siasat dulu. Heheh...

Macam-macam soalan dia kena jawab.
Cemana dengan unit baru? Cemana dengan kerja? Cemana...cemana..cemana..
Sian pulak dia.


Bungukkss la Leen... kahkah...
Lawak pulak aku tengok gambar ni.
Leen saje-saje je buat-buat nangis. hahaha!


Serius gila muka bos aku... hahaha...



Acara memotong kek.




Aku sempat amik bahagian ayam yang aku suka.....
Bahagian thigh! Hehehe..
Ok, aku memang makan banyak hari tu.
Nasi menggunung... heheh... ampun perutku.


Gambar kenangan. :)


Sedihnyaa Min dah tukar ke unit lain..... sobss... sobsss... T___T



Hadiah kenangan untuk Min.
Susah payah aku pergi beli dengan Leen kat Mid Valley.
Situ je la pun shopping mall terdekat dengan opis aku.



Bye Bye Min!

Semoga berjaya di unit yang baru!

1 comment:

Mimy Hamid said...

naik 51 dah takde dah nampak min...hehehe peh 11 org makan macam ramai giler kot haha