Wednesday, May 7, 2014

Tolong laa eh...

Salam readers...

Ramai sangat yang pm aku suruh jangan private kan blog.
Semua macam frust je sebab takleh baca blog aku ni.
Kawan-kawan, aku bukan sengaja nak private kan blog ni.
Tapi aku terpaksa.
Kalau tak kerana korang, memang sampai sekarang pon aku still private kan blog aku ni.
Aku tak suka orang yang baca blog aku, cerita aku then pergi jaja kat orang lain.
Aku tak suka orang pertikaikan aku tak buat kerja disebabkan blog.
Aku tak suka dijadikan bahan umpatan atau kebencian korang akibat dari blog.

Aku jadi diri sendiri dalam penulisan aku.
Aku tak suka hipokrit.
Aku taknak jadi hipokrit.
Cuma kadang-kadang aku terpaksa sembunyikan apa yang tak patut diceritakan.
Standard la tu kan.
Takkan serba-serbi celah kain semua nak cerita.
Yang elok, kita kongsi.
Yang tak elok, kita simpan.

Aku tahu kadang-kadang reader takleh terima penulisan aku.
Gedik laa.... tak tahu malu laa... berlagak.. benda kecik pon nak citer.
Takpe.. aku terima segala komen-komen korang.
Tapi macam aku cakap tadi, aku jadi diri sendiri.
Aku taknak jadi orang lain dan sebenarnya aku tak perlu pon untuk jadi orang lain.
Im proud to be myself.
Jahatnya aku, baiknya aku, biar ALLAH swt je yang tentukan.
Hanya DIA yang tahu hati budi aku cemana.
Orang lain memang tak layak judge aku cemana sebab biasenya manusia ni terdorong untuk judge orang melalui luaran; bukan dalaman.

Ikutkan hati memang aku nak private kan blog aku ni sampai bila-bila.
Memang aku dah nekad dah.
Tapi bila semua orang pm aku minta jangan private kan, so aku mengalah.
Mengalah demi permintaan kawan-kawan.

Aku ni bukannya ape.
Just tak suka bila blog aku orang kaitkan dengan kerja.
Disebabkan blog, orang tuduh aku tak buat kerja.
Fedup gak kadang-kadang...
Aku bukannya hadap blog sepanjang masa.
Bila aku ada kerja, aku fokus buat kerja aku sampai siap.
Even kalau takde kije pon, aku takkan hadap sangat blog ni.
Cukup 1 entri satu hari, then waktu malam baru aku bukak blog lain tengok kot-kot ada orang komen ke ape.
Tu je.
Selalunya aku rajin update blog kat rumah pastu auto publish keesokkan harinya.
Memang aku biase buat camtu sebab line internet kat rumah aku tak kuat sangat sampai satu tahap nak publish pon amik masa yang lama.
Kena refresh banyak kali lak tu.

Orang luar yang deal dengan aku jarang-jarang pon boleh judge aku jugak.
"Banyak sangat ke kerja dia tu sampai busy sangat?"
Yela.. kadang-kadang kan aku merungut dalam blog, aku busy gila...
Bila orang pertikai macam tu, bengang la jugak aku.
Dah kalau aku kata aku busy tu, memang aku busy laa...
Takkan la aku nak reka cerita pulak kan.
Haihhh... tak kuasa la aku nak reka-reka cerita bagai.

Judges yang tak bertauliah macam ni la yang buat aku tensi.
Nak baca blog aku, baca.
Tapi kalau nak judge aku lebih-lebih, baik takyah baca blog aku.
Aku taknak ada reader yang suka judge orang.
Baca sekadar baca.
Jangan dijaja, jangan pertikai.

Tolong laa...
Kalau rasa diri tu efficient sangat, jangan mendabik dada.
Jangan pandang orang sebelah mata.
Mungkin orang lain lagi efektif & efficient dari anda cuma bezanya dia malas nak tunjuk...
Jangan jadikan orang lain sebagai bahan cakap-cakap anda sebab 1 hari nanti mungkin akan ada orang lain pula yang akan gunakan diri anda sebagai bahan cakap-cakap diorang.


6 comments:

chekyna said...

hi kak, im one of ur junior kat kyt...rase mcm penah nampak kt kyt dulu... tadi terindu pasal kyt, google2 jumpe blog ni...nice blog anyway... pedulikkan cakap org, kalau kite susah bkn nye orang yg bercakap tu nak dtg tolong pun.. :)

Mimy Hamid said...

tak yah la private....lapang dada la nana..pasti redha

butterfly said...

akak sebelum nie just baca jea blog diana nie tp skg baru nak komen, lantak kat depa nak ckp apa2 pon depa suka depa baca depa x suka pon depa baca gak so kita memang x bleh nak puaskan hati semua org, nie blog kita suka atilah nak tulis apa kan... slm kenal dr akak...

Unknown said...


alaaa abaikan je orang yang jaja cerita ko tu, dorang tu insecure sbb tu suke menjaja cite orang...sbb buat centu rase diri best padahal bingai .

chillax ok

Reena Kamarudin said...

takpe awak.
biaq pi la dorang tu.
pathetic drama queen memang gitu.
pikir camni je, kita jumpa time kerja je.
so kau bukan siapa-siapa.
cewah.
saya dah lama mengamalkan dasar, lantak ko la nak cakap apa, janji aku tak kacau ko.
gitu.

teruskan ber blogging.
suka baca tulisan coretan awak tu.

perghhh. panjang gila komen.

azlina aliuddin said...

Lege Nana da x privatekan. Cedih tau x dpt baca blog Nana. Kak Ina suka sgt dgn blog Nana sbb gaya sempoi n telus..I'm your biggest fan gitu..hehe