Tuesday, June 17, 2014

6 tahun sudah...

 Salam readers...

Sekejap je masa berlalu.
Pejam celik pejam celik dah 6 tahun aku bekerja di Menara TM ni sebagai setiausaha.
Dan 6 tahun jugak la berada di unit yang sama.

Aku masuk TM pada 2 June 2008.
Hari pertama report duty memang agak menggerunkan.
Macam-macam ada dalam fikiran.

Sepanjang  6 tahun ni, dah 3 orang bos yang aku jaga.
Masing-masing punya karektor berbeza.
Yang baik, yang garang, yang sporting, yang ala bapak-bapak, yang ala gangster, yang tegas, yang tak amik kisah....
Tu semua pengalaman aku sepanjang menjadi secretary.
Bukan senang ohh jadi secretary ni.

Tapi aku bukanlah jadi secretary betul pun.
Jawatan je secretary.
Tapi macam-macam aku buat.
Kadang-kadang aku jadi admin staff, kadang-kadang aku jadi tea lady, kadang-kadang jadi cleaner, jadi bibik pun selalu jugak... kadang-kadang aku jadi technician... kirenya semua jawatan aku buat laa...
Efektif sangat kannn...

Apepun aku bersyukur sangat dapat kerja ni.
Di saat ramai kawan-kawan seangkatan yang masih struggle nak dapatkan kerja, aku dengan mudahnya dapat kerja di TM ni.
Alhamdulillah...


Masa belajar dulu, selalu je aku tengok bangunan TM ni.
Dalam hati selalu cakap, "kan best dapat kije opis besar camni.."

Rezeki Tuhan, tak siapa pun tahu.
Akhirnya rezeki aku jugak membina kerjaya kat sini.
Syukur...syukur...syukur...


Pemandangan opis aku di waktu malam.
Indah sangat kan....

Opssss nak bagitahu ni.
Semua gambar dalam entri ini ku cedok bulat-bulat dari incik google ye.


Ini pemandangan di lobby opis.
Memang besar. 
Lif kat kanan tu la lif untuk naik ke opis aku.
Lif tu untuk pergi ke tingkat 50 hingga 55 aje ya.
Aku duk tingkat 51. Tinggi gilosss...

Ada orang tanya, "tak gayat ke duk tinggi-tinggi?"
Laaaa... nak gayat apenye?
Bukannye aku tergantung ke ape..
Terasa cam duk kat tingkat bawah je.
Lagipun unit aku kecik je.
Jarang aku keluar dari opis tu. Duk terperap je hari-hari.


Hujung lobby ada San Francsico cafe.
Kalau ada duit lebih sikit, aku makan la kat sini.
Takkan nak makan hari-hari kat sini kan?
Tauke balak pon bangkrup. Huhu...


Kat belakang bangunan ada ATM.
Kat sini la tempat aku selalu pi cucuk duit.
Ni gambar lama kot.
Sebab sekarang ni kat belakang ni ada kiosk jual jamu dan casing henset.

Seronok la kerja kat sini.
Lama-lama kerja, aku dah mula kenal dengan orang-orang luar unit aku.
Jumpa bertegur sapa.
Kerja kat sini boleh buat network.
Staff kat bangunan ni dianggarkan 5-6k.
Ramai kan...

Nak cari makan pun senang.
Kedai makan berlambak. Food court ada...
Public transport pun senang nak dapat.
LRT pun dekat.
Kalau hari Jumaat tu nak pergi bandar kejap, memang sempat sangat.

Bersyukur sangat sebab dipermudahkan dari segala segi sepanjang aku duk sini.
Terima kasih Ya ALLAH...


6 comments:

Reena Kamarudin said...

tu impian saya nak keje di tengah bandar macam awak hahaha. yg senang naik LRT je. terpikir gak nak tukar ke KL.

diana aziz said...

Jom tukar... nanti blh ari Jumaat kite detim kat Jalan Tar. haha

Mimy Hamid said...

rezeki ...mimi pun macam nana...dulu co lama selalu deal ngan TM...pastu tak sangka aku yang keje TM hehe

azlina aliuddin said...

alhamdulilah..syukur diberi rezeki dpt keje kt sini kan.

Reena Kamarudin said...

yang ada banyak opis kerajaan kat Jalan Duta kan. dah la x tau kat celah mana hahah

Reena Kamarudin said...

yang ada banyak opis kerajaan kat Jalan Duta kan. dah la x tau kat celah mana hahah