Thursday, June 5, 2014

AR Effect

Salam readers...

Last month punye citer.
Aku abru ada mood nak update belog kesayangan ni.
Banyak benda nak citer tapi nanti aku update satu-satu eh.

Tengah bulan lepas FZ bawak aku dan Alya pergi makan kat Sogo.
Aku teringin nak makan kat food court Sogo tu je.
Rasa mengidam sangat nak makan tauhu bakar, cendol.. dap nyeee...

Tapi oleh sebab bawak cinonet Alya tu, maka nya agak tak selesa untuk bawak dia makan kat food court.
Susah kot.
Nanti dia buat perangai, susah pulak nak marah depan orang ramai. Hehe...

So FZ bawak kitorang makan kat The Manhattan Fish Market yang lower ground shopping mall yang femes itu.

Nak dijadikan cerita, cinonet tu ada la buat perangai sebab aku tak belikan dia barbie.
Yela, barbie dah berlambak-lambak kat rumah yang mak ayah dia belikan.
Macam dah takde mainan lain dah nak dibeli.

Budak-budak kann..
Bila tak dapat apa yang dia nak, mula laa dia buat perangai.

FZ amik henset aku dan godek-godek.
Dia terjumpa application AR Effect.
Henset tu pun aku belum sempat lagi nak godek lebih-lebih.
Manalah aku tahu ada camera camtu.

Tengah-tenagh aku duk order makanan, aku tengok FZ dan cinonet tu ketawa terkekek-kekek.
Ape hal laaa dua orang ni?
Tengok je henset, diorang ketawa.
Aku perasan je henset tu menghala kat aku.


Korang tengok ape dia buat kat aku?
Pfftttt!!!


Selfie... hahaha...


Tetibe ada dinosour.


Haihhh!!


Seronok betul dia ni pekenakan orang.
Last-last diri sendiri yang kena.
Hahaha..




Asal gambor aku je, diorang buat binatang kannn....
pfftttt!!!


Masquerade laa sangat!


Hoihhh, dak tecit gigi jarang ni...


Dah sampai masa menggedik la tu.


Dah lama tak jumpa cinonet ni, makin kurus pulak aku tengok dia ni.


Me... obvious nampak cam mak-mak sangat pakai tudung camni.
Dah la pipi tu bambam macam kena pam.

AR effect ni tatau la boleh download dari android ke tak sebab application tu memang dah ada dalam henset aku.
Kelakar jugak kekadang bila amik gambar dengan apps tu.
Macam-macam yang kita boleh buat.
Fairytale, masquerade, dive, dinosour.... macam-macam lagi la..
Kekadang benda-benda macam ni boleh menggembirakan budak-budak.
Tengah-tengah diorang duk bosan, kite snap gambar diorang guna apps ni.
Kompem lepas tu diorang terkekek-kekek gelak bila tengok gambar sendiri.


2 comments:

Mimy Hamid said...

ala baru nak tau apps apa

Reena Kamarudin said...

hahahahah kelakar