Tuesday, June 10, 2014

Holiday 2014 (Hari kedua) - Gambang Water Park & East Coast Mall, Kuantan

Salam readers...

Masuk hari kedua berjimba holiday di Kemaman.
Motif utama holiday ni adalah sebab nak pergi ke Gambang Water Park.
Tiket masuk water park ni jauh lagi murah dari Sunway Lagoon.
Tapi of course Sunway tu lagi besar dan banyak choices permainan.
Tak kisahlah kan.
Yang penting dua-dua tempat tu boleh enjoy.

Kitorang bangun seawal subuh.
Lagipun aku memang tido tak lena.
Panas kan.
Aku rasa El-Nino dah sampai dah kat pantai timur laa.
Aku pasang kipas siling dengan kipas bawah pun, still rasa panas lagi.
Tido memang tak pakai selimut pun.

Ape-ape hal pagi tu aku yang mandi dulu.
Lelaki ni bersiap cepat je. Kite ni nak bersolek dulu la, kemas barang la.. kena siapkan minuman panas dulu laa...
FZ tu tahu je la.. pagi-pagi kena hidangkan dia minuman panas dulu.
Last-last aku yang kepanasan sebab berkejar.
Diorang yang mandi last pun, dah siap.
Aku yang mandi dulu pun tak siap-siap lagi. Huhu..

Dah bersiap semua, dalam pukul 7.30 pagi kitorang bertolak ke Gambang.
Tapi kitorang singgah kat Kuala Kemaman dulu untuk breakfast.
Perut masing-masing dah berkeroncong.


Iwan makan nasi minyak ayam goreng.
Jangan tatau....
Kat pantai timur, memang cenggini la menu sarapan pagi.
Semuanya makanan berat-berat.
Nasi minyak, nasi dagang, pulut kuning, nasi kerabu, nasi lemak..
Menu ringan pun roti canai dan roti bakar je.


Aku dan FZ makan nasi lemak.
Tak sedap langsung! 
Aku kan peminat tegar nasi lemak.
Last-last tak habis pun aku makan. 
Nasib baik makan sikit pun dah rasa kenyang.
Ate tak sabo nak pergi mandi-manda.
Sebab tu perut lapo pun jadi kenyang. Huhu..


Iwan.
Nyesal aku tak ikut dia makan nasi minyak.


FZ. Dia ni rehat tak cukup.
Tapi tetap gagahkan diri jugak.
Nak enjoy katanya.


Teh tarik penyelamat sarapan aku.

Boleh tahan mahal jugak breakfast kat Kemaman ni eh.
Lebih kurang KL je aku rasa.
Makan nasi minyak, nasi lemak, teh o ais, nescafe tarik dan teh tarik pun dah RM26.
Perghhh...

Dah settle makan semua, kitorang sambung perjalanan ke Gambang.
Dari Kemaman nak ke Gambang Water Park amik masa lebih kurang 40minit hingga 1 jam perjalanan je.
Untung sampai awal sebab orang tak ramai lagi.
Sampai-sampai je terus beratur kat kaunter tiket.


Murah kan..
Kat dalam ni guna sistem e-value.
Kat kaunter nanti korang letak je duit banyak-banyak dalam e-value wristband.
Masuk dalam dah takyah bawak cash dah.
Nak beli ape-ape, scan kat wristband je.
Nanti dia tolak duit kite kat situ.


Hari tu aku topup RM250.00.
Tak habis guna pun. Nanti diorang pulangkan balik duit yang kite tak pakai tuu.
Tak rugi apa-apa pun kalau topup banyak-banyak.


Kat dalam ni ada banyak choice makanan.
Kalau nak murah, amik la pakej kat atas ni.
Tapi aku tak amik pun pakej tu.
Aku pergi makan kat food court je.
Lagi banyak pilihan.


Tengah-tengah duk beratur kat kaunter tiket tu, tetibe jurukaunter tampal notis di atas.
Patut la lama gile aku tunggu.
Ada la dalam 30minit aku berdiri kat kaunter tu.



Kalau sesape bawak anak-anak kecik atau datang dengan keluarga yang besar, aku suggest korang sewa laa cabana ni.
Boleh la duduk-duduk, makan-makan, bersantai-santai kat sini.
Yela, mandi-mandi ni pun penat jugak sebenarnya.
Dah penat, boleh la berehat kat cabana sekejap.
Hari tu aku sewa gak cabana ni.

Dah lepas kaunter tiket, terus kitorang masuk dalam.... 
Yuhhuuuu... tak sabarnye nak mandi.
Macam tak mandi setahun kann dia punya jakun. Haha..


Dah masuk dalam, cari kaunter sewaan pulak.
Kaunter ni untuk kite sewa apa-apa la macam pelampung, locker..
Hari tu aku sewa 1 pelampung single, 1 pelampung double.
Locker pun aku sewa gak 1.
Sumbat semua barang-barang dalam tu.

Locker nye kecik je tau.
Kalau korang bawak 2-3 beg, better amik 2 bijik locker.

Dah dapat pelampung semua, berlari la semua pergi Coco Beach..
Mandi sambil lawan ombakk!


Time ni aku berhenti rehat jap.
Penat kot.
Lagipun dah tengahari. Matahari terpacak atas kepala.
Panas kot... Nanti rentung pulak kulit aku yang memang tak rentung ni.


Amboiii... istirehat sangat dia.


Pengkhianat! Suka nau usik aku.

Masa mandi tu, kemain lagi dia usik aku.
Aku duduk sensorang atas pelampung, tetibe dia datang senyap-senyap dari belakang terbalikkan pelampung aku.
Kurang asam!!!


Ramai gile orang time ni....


Ko tengok ni!! Diikatnya kaki aku dengan benda alah ni...


Kije si mamat ni laa!
Ade-ade je dia ni kan nak pekenakan aku. Haihh!!





Bajet cam pandai berenang sangat.. padahal bila dah sampai tempat dalam, mula laa menggelupur.
Hahaha...



Korang nampak tak FZ dan Iwan kat mana?


FZ dah mula nak kacau Iwan. Hahaha....


Last-last dua-dua terbalik!
Semua orang duk peratikan diorang. Hahaha...


Naik pelampung balik.


Tengok-tengok...
Iwan pulak nak balas dendam. 
Adoyaiiii budak dua orang nih!


Iwan terjun dulu...


Last-last FZ dan pelampung terbalik. Hahaha...


Aku gelak je dari jauh.
Bongoksss tul laa... haha...


Cenggitu la diorang..
Dah terbalik, pastu naik balik pelampung tu.


FZ tak larat nak naik pelampung dah.
Hahaha... lawak sangat gambar nih.


Tengok-tengok...
Tak habis-habis lagi diorang ni bergurau.



Jatuh lagi! Kahkahkah...

Dah bosan mandi kat coco beach, kitorang pergi main slide pulak.
Tapi time ni aku dah simpan dah henset dalam locker.
So takde gambar.

Paling best main slides racing which is paling panjang di Malaysia.
Slide tu tinggi gile... Mungkin 3tingkat bangunan kot.
Nak turun, kena meniarap siap ada terbang-terbang lagi.
Menjerit aku!
FZ main sekali, dia dah serik.
Dia kan gayat.
Aku main kali pertama sampai pucat lesi muka.
Kali kedua main dah ok dah. Seronok ohhh!

Pastu main Crystal Slide, Galaxy Slide...
Ala slide yang tube tuu.... Yang ada corner maut kat dalam tube tu.
Enjoy habis... Yang ni FZ tak gayat sebab duk dalam tube je kan...
Pastu main adult leisure pool...
Duduk-duduk atas pelampung sambil kena tolak dengan ombak..
Kat sini pun kitorang nak usik Iwan, last-last pelampung kitorang yang terbalik.
Hahaha...


Dah habis mandi-manda, semua dah penat, marilah makan-makan pulak.
Kitorang makan kat food court je.
Ok la harga dia.
Kire untuk sorang makan tu peruntukkan RM10/orang.

Dah makan, kitorang pergi bilas badan pulak kat washroom.
Aku ni particular sikit bab-bab washroom ni.
Aku geli sikit kalau washroom kotor.
Tapi mujur la washroom kat sini bersih dan banyak.
Aku tak perlu nak tunggu lama untuk dapat bilik mandi.


Amik gambar kenangan dulu.







Gambar 1.


Gambar 2.

Gambar 1 dan 2 ni aku beli dari kaunter gambar kat GWP ni.
Sekeping RM34.
2 keping RM58.
Mahal kan... tapi aku beli jugak untuk kenangan...



Goodbye Gambang Water Park!
In sha ALLAH ada masa , ada duit, aku akan sampai lagi ke sini.

Nak penerangan lanjut mengenai GWP ni, sila [klik sini].
Untuk tengok flyers mengenai GWP, sila [klik sini].

Dah keluar dari Gambang, kitorang menuju ke Kuantan pulak.
Iwan bawak kitorang pergi ke East Coast Mall.

Ada la shopping sikit-sikit.



Gambar poyo haruslah ada...

Barang-barang kat Kuantan ni banyak jugak yang murah-murah walaupun dalam mall.
Hari tu aku takde mood sangat nak shopping.
Mungkin sebab penat kot.
Aku just ikut FZ dan Iwan je beli barang-barang.
Cerewet jugak bila lelaki shopping kann... haha.

Dah rasa lapar, kitorang makan kat Restoran Ayam Penyet.



Diorang ni macam tak reti penat kannn...


Tengok muka aku pun dah nampak sangat muke lemau penat.




Tiga-tiga makan ayam penyet.
Ok la makanan kat sini...
Yang lelaki semua tambah nasi. Lapo sangat agaknya.

Dah penat jenjalan, terus balik.
Lagipun dah lewat dah.
On the way balik, aku dah terbongkang terbaring kat seat belakang.
Sampai rumah, mabuk darat sampai tahap nak muntah.
Hahaha...
Dah mengalahkan budak-budak dah aku ni...

Malam tu memasing tido awal.
Penat sangat kann....



4 comments:

Mimy Hamid said...

mcm best je...mcm syok je...dalam list plan la

Liyana said...

bestnye.... 1 day nanti nak g sini lak :D

diana aziz said...

mimy : yes... kena masuk dlm list plan. murah dan best. ada anak kecik pun senang nk kawal. :)

diana aziz said...

liyana : pergi la awk. mmg best... :)