Wednesday, June 11, 2014

Holiday 2014 (Hari ketiga) - Abang Long Fadil @ Mesra Mall & Pantai Kemasik

Salam readers...

Masuk hari ketiga berada di Kemaman. 31 May 2014.
Sebenarnya aku takde plan ape-ape pun on that day.
Tatau nak gi mane.
Tapi Iwan suggest nak pergi ke Mesra Mall tengok wayang citer Abang Long Fadil.

Aku on je...
Macam kan kat KL ni takde wayang kannn... haha

Kitorang booking ticket through online je.
Senang.
Sebabnya Iwan kata takut ramai orang time cuti camni.
Nanti kena beratur panjang.
Aku kalau bab kena beratur panjang memang aku malas sikit.
Amboiii diva sangat taknak beratur eh.

Eh, kan ada option booking online.
So, haruslah digunakan sebaiknya.. :)


Settle booking online.

Macam biase aku berkejar masa.
Aduhaiii.... penat jugak hidup dengan 2 orang lelaki ni.
Serba-serbi atas bahu aku.
Aku la tolong gosokkan baju, aku la tolong siapkan makanan, aku la yang kemas rumah, sapu lantai, aku la yang cucikan baju semua.
Rumah Iwan takde mesin basuh.
Merasa la aku cuci pakaian banyak guna tangan.
Naik lenguh tangan aku. Waaaa...!!!

Nasib ada FZ.
Dia yang tolong jemurkan pakaian kat ampaian.
Tapi itupun disuruh banyak kali.
Hoihhhh.. menguji kesabaran betullah diorang semua ni.
Nasib la aii ni rajin cuci pakaian bagai. huhu...

Pukul 10 lebih, kitorang bertolak ke Mesra Mall.
Dalam 15 minit perjalanan dah sampai.

Sebelum ni aku tengok kengkawan kat Kemaman sibuk la duk update nak pergi Mesra Mall..
Nak jugak ku tahu best benor ke Mesra Mall ni.
Bila dah sampai, ok je aku tengok.
At least ada la panggung wayang & pusat boling.
Ada la tempat-tempat beriadah untuk budak-budak muda.

Ape-ape hal kitorang pergi makan dulu.
Lupe nak amik gambar time kitorang makan tu.
Tatau la kenapa masa bercuti ni perut rasa lapo je..
Lewat makan sikit, perut berkeroncong. Haishhh!!
Nak bambam lagi ke?

Dah makan, bosan pulak menunggu.
Dah la dalam Mesra Mall tu panas gile.
Macam takde aircond langsung.
Masuk kedai tu, panas.
Masuk kedai ni panas.. 
Hoiii..mengapakah? Kenapakah? Kedekut aircond kah?
Ke aircond rosak?
Berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Kitorang masuk Popular Bookstore.
Tengok majalah-majalah dan buku.
Saje buang masa kat situ sementara nak tunggu wayang bermula.

Kul 1:10 petang, kitorang masuk ke panggung wayang.
Wahhh... boleh tahan besar eh dewan kat situ.
Aku pulak bongokss pergi ikut Iwan suruh booking seat E.
Duk tengah-tengah pulak tu.
Memang mendongak la time tengok movie...
Biasenya aku akan booking seat B atau C je.

Movie Abang Long Fadil ni sebenarnya ada kaitan dengan movie KL Gangster.
Tapi movie ni banyak sense of humor.
Teknik CGI pun banyak digunakan dalam movie ni.
Cuma 1 je. Jalan citer, cara pergaduhan bertumbuk semua banyak dicedok dari movie Kungfu Hustle.
Aku tak tahu la ada yang perasan ke tak.
Tapi aku dan Iwan memang nampak sangat persamaan tu.
FZ kata citer ni merepek. Huhu..

Dah habis citer, kitorang keluar makan lagi.
Kalau tadi kitorang breakfast.
Sekarang lunch pulak.
Makan kat food court yang sama jugak.

Pastu singgah TMC sebab nak beli jajan buat makan time nak balik KL esok.

Dah bosan meronda-ronda dalam Mesra Mall, kitorang pergi ke Pantai Kemasik pulak.
Mase on the way ke Mesra Mall, kitorang ada nampak pantai ni.
FZ cakap balik dari tengok wayang nak singgah sekejap kat pantai.
Tapi dia ni memang tak menyempat tau!
Tengah-tengah panas pun sibuk nak pergi pantai.
Memang aku hangin je dengan dia.
Dia ingat pantai tu sejuk??


Nampak tak tahap kepanasan kat pantai tu cemana?
Aku geram-geram, aku duk jauh dari dia.
Merajuk la kononnye.
Yela, aku menyampah kot dengan orang yang jenis tak menyempat ni.
Tak reti nak sabo.


Tengah-tengah panas camni pun dah ada orang memancing.
Lama jugak aku peratikan diorang ni memancing.
Memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi la... sebab aku tengok sepanjang diorang mancing tu takde sekor ikan pun yang diorang dapat tangkap.


Last-last dia datang pujuk.
Aku ni senang je nak dipujuk tapi sangat mudah merajuk jugak.
Aku ni bukannya apa.
Aku jenis penyabar. So, aku memang menyampah meluat dengan orang-orang yang tak reti sabar.
Wat lek wat peace sudah laa...
Nak cepat-cepat pun, nak pergi mana?
Sabar tu kan separuh dari iman.
Kalau tak sabar maknanye takde iman la tu kann...
Haihh...

Ha, kan dah teremo pulak haku ni.

Holiday pun emo-emo.
Ha, cane tu?


Bergambar kenangan kat Pantai Kemasik.
Kat sini ada je food court jual makanan minuman petang.
Aku cari-cari gak kot-kot ada jual ikan goreng tepung ke, sotong goreng tepung ke...
Tapi takde... T____T.

Takpelah.. nanti balik Ganu aku nak gi serbu Pantai Teluk Ketapang tu.
Dah gemuk nanti jangan nak nyesal ye, Diana!



Bajet ensem ke ape?
Tinggi jugak Iwan rupanya.
FZ nampak sementot je...



Last-last dia ni pasrah.
Berpeluh-peluh badan.
Tahu pun panas ye, bang...
Tu la.. tak menyempat lagi kan.


Cantik kan pantai kat sini...
Biru je airnya..




Ya ALLAH, bambamnye pipi aku..
Dah macam kena pam dah.
Bahana makan banyak kan. Huhu...


Amik gambar kat kereta Iwan dulu sebelum balik.

Kitorang sempat singgah beli keropok, sotong kering kat area Bandar Chendor tu.
Iwan pulak sempat bawak kitorang pergi tengok rumah lama dia.
Murah-murah kan sewa rumah kat Kemaman ni.
Rumah teres pun baru sekitar RM400.
Aku yang duk KL ni sewa bilik je pun RM450 dah.. uhuk..uhuk...
Rase cam nak pindah Kemaman la pulak pasni. haha.

Agak-agak dah maghrib, baru la kitorang balik rumah.
Bawak-bawak la berehat pulak.
Dah beberapa hari ni asik berjalan je.
Ponat gak aihh..
Duit pun dah banyak habis ni..
Nasib la kongsi-kongsi kan...
FZ belanja itu, aku belanja ini.
Kalau tak kongsi, nanti balik KL ada yang melopong tengok duit dalam akaun dah habis.

Nanti sambung pulak holiday hari ke.4 ye..... 
Tungguuu...

Eh, bajet ada orang nak baca ke entri ko ni, Diana?

6 comments:

azlina aliuddin said...

Bestnyer gi Holiday!

Mimy Hamid said...

kemaman rumah murah bair betul nana..bukan kemaman tu area hot ke

Reena Kamarudin said...

mestilah ada yang tunggu entri seterusnya hahah.
jeles ni boleh jenjalan.

diana aziz said...

Azlina : holiday dlm malaysia je k.ina.. nk g oversea tak mampu lg.. huhu

diana aziz said...

Mimy : boleh tahan la murah. rumah teres pun baru 300-500 sebulan harga... mcm KL ni rumah sebijik kalau x 1k mmg xsah..

diana aziz said...

reena : hahah.. toceyy2.. jom la kite holiday sesame lak. memula msti janggal kan. tp lama2 mesti masuk kepala. hehe