Monday, June 9, 2014

Holiday 2014 (hari pertama) - Kemaman

Salam readers...

Dari awal tahun aku duk mencari idea kat mana nak pergi holiday pertengahan tahun.
Yela, tetiap tahun mesti aku akan keluar jenjalan di luar KL.
Orang cam aku ni, holiday sekali setahun pun dah kire ok dah.
Nak holiday banyak kali pun, cuti mana la cukup.
Duit pun tak banyak macam orang lain.

Aku ada la plan nak pergi PD la... Melaka laa... Penang laa...
Tapi last-last aku bagitahu FZ, kite pergi Gambang Water Park je.
Tapi takyah stay kat sana sebab mahal kan. Nanti kena amik 2 bilik pulak.
Kan dah membazir tu.
So, aku plan kite pergi ke Kemaman stay kat rumah adik aku, Iwan.
Lagipun Iwan sekarang ni duk seorang je serumah.
Memang elok sangat la tu.

Lepas makan kat Ayam Penyet Nusantara, kitorang terus bertolak ke Kemaman.
Mase tu lebih kurang pukul 1:30 petang.
Sepanjang perjalanan, jalan adalah sangat best sebab tak jem langsung.
Aku pun tak mabuk darat. Mungkin sebab naik kereta kan.
Kalau naik bas, aku selalunya mabuk.
Nak tak nak memang kena paksa tido.
Tapi hari tu aku takde nak tido pon. Duk layan sembang dengan FZ je la sepanjang perjalanan tu.

Sampai Kemaman barulah jem sikit sebab time orang balik dari kerja.
Call Iwan suruh pick up kitorang kat tepi jalan.
Aku tak pernah pergi rumah dia. So tatau jalan mana yang kena masuk.

Tak lama menunggu, Iwan bawak kitorang balik rumah dia.
Rumah dia selesa jugak la. Rumah teres.
Duk sorang kan.. memang la selesa.
Boleh deko-deko rumah sendiri. Tak serabut dengan barang orang lain.
Dia request aku buat entry pasal rumah dia.
Hmmmmmmmmmmm...........

FZ kan tak cukup tido.
Dah sampai rumah Iwan, angkut barang semua, mula laa dia nak terlentok.
Itupun dia malu-malu dengan Iwan.

Kitorang rehat-rehat jap.
Mandi semua... bersiap. Lepas maghrib kitorang kuar pergi makan.
Aku lupe nama restoran ni.
Tapi area Bandar Baru Chendor, restoran masakan Thai.


Tengok muka pun dah tau dah muka penat.


Me!


Iwan.


Air-air yang kitorang order.
Dahaga kot.


Iwan dan FZ yang malu-malu nak bersembang.
Dah lama tak jumpa kan.
Iwan pulak bongok pegi sembang dengan FZ dalam loghat Ganu.
Mane la FZ tu nak paham.
Ye-ye kan aje laa... hahah..


Malam tu kitorang makan siakap 3 rasa.
But still takleh lawan kesedapan siakap 3 rasa kat Yusof Tomyam, Bangsar.


Order tomyam seafood, telur dadar, kailan ikan masin, daging masak merah...

Total semua RM70.

Kire ok la tu kan...

Dah habis makan, Iwan bawak kitorang ke Pekan Budaya.
Saje jalan-jalan buang masa kat situ tengok pameran dari pelbagai agensi kerajaan.
Pastu kebetulan berdekatan situ ada pasar malam.
FZ ada la beli selipar.
Aku pulak terliur tengok makanan-makanan yang dijual kat situ.
Nasib perut dah kenyang.
Kalau tak, kompem aku borong semua.

Memandangkan masa tu awal lagi, so aku belikan keropok lekor.
Kot la balik rumah nanti kang lapor balik.

Dah sampai rumah, kitorang bertiga rehat-rehat sambil makan keropok lekor.
Nyampasss tengok tv dengan orang laki ni.
Mesti diorang tengok sukan. Ishhhh...
Macam dah takde channel lain.
Pfftttt!!!

Dalam pukul 12 camtu, barulah kitorang tido.
Tapi aku tak selesa sangat sebenarnya sebab kat Kemaman sekarang ni musim panas.
Dah pasang 2 kipas pun still rasa panas lagi.
Aku kan tak boleh tido panas-panas.
Nanti badan berpeluh-peluh dan tido tak lena.
Mula la aku tido ganas sampai tahap pusing 180darjah. Hahaha...

Siap tengah pagi buta tu FZ kejutkan aku sebab dia tengok aku tido ganas benor.
Bantal kemana, tilam kemana...
Padahal aku dan FZ tido kat ruang tamu je.
Aku duk dinding belah sini, FZ duk dinding belah sana.
Tapi tetibe aku boleh tergolek dekat dengan FZ.
Hahaha.. amacam? Ganas tak aku tido?
Cane nak berlaki ni kalau tido cenggini gayanya..
Silap-silap aku tak sedar terajang laki sampai jatuh dari katil. Huahaha...

------------------------------------------------------------------------------

Ok, nak kire bajet lak.

Kalau dikira perbelanjaan kitorang hari tu (dari perjalanan KL - Kemaman termasuk tol & minyak) :-

Minyak RM60 (sebab naik kelisa je)
Tol Gombak RM5.
Tol Bentong RM3.
Tol Jabor - RM21
Makan - RM98 (makan tengahari & makan malam)

Total damage sepanjang hari tu = RM 187.00.



No comments: