Friday, June 20, 2014

Holiday 2014 - Hari terakhir (3)

Salam readers...

Sambung lagi kisah holiday panjang tahun 2014 ni.
Dalam setahun memang aku akan amik cuti panjang sekali untuk lari dari opis dan masalah-masalah lain.
Cuti tanpa berfikir hal-hal kerja dan masalah peribadi memang sangat heaven!
Tak penat kepala otak jiwa raga semua.

Entri sebelum ni aku citer aku pegi makan di DipNdip, The Curve.
Dah settle makan, dah kenyang kitorang jalan-jalan lagi sekitar situ.

Agak-agak dah bosan, kitorang beransur ke Mid Valley pulak.
Amboiiii, berapa banyak shopping mall aku pergi nih?
Ko mampu??
Penat tu toksah cakap laaa... tapi seronok kan cuti-cuti camni.
Nak-nak hari ni hari last.
Memang kaw-kaw punya jenjalan laaa...

MV sekarang ni ramai betul pengunjung kan...
Ingat lagi mase mula-mula kenal FZ.
Selalu gak kitorang dating kat MV tapi orang takde la ramai sangat.
Sekarang ni...hmmm... dasat betul.
Pakcik kayo laaaa tauke MV ni.
Parking saje pun dah berapa dah untung sehari.
Perghhhhhh....

Hari yang aku pergi tu kebetulan ada pameran patung-patung transformers.
Ai is peminat transformers kan.
Haruslah amik gambor.



Bumblebee!!
Transformers kesayangan ni...



Optimus prime!

Seriously aku dah tak sabar nak tengok movie Transformers ni.
Ku nanti 26 Jun ini!


Amacam??
Agak-agak boleh jadi partner Bumblebee tak?
 Tapi pinggangku tak seramping bumblebee laa.. Hehehe....


Dia ni macam biase...
Malu-malu nak bergambar.
Yela, orang ramai kot kat sekeliling kitorang ni.

Jalan-jalan dalam MV memang jarang la membosankan aku sebab kat dalam ni ada banyak kedai yang best-best.
Tempat makan pun banyak.
Agak-agak dah malam, barulah kitorang balik.
Esok nak sambung kerja pulak.
Fuhhh lemau kot nak pergi kerja balik.
Rasa seronok pulak cuti lelama ni. Hehe..

No comments: