Wednesday, June 18, 2014

Holiday 2014 - Hari terakhir

Salam readers...

Tajuk sesuatu sangat kan..
Macam ni last holiday pulak. Huhuhu...

Pagi hari Rabu 4 June 2014, aku dan FZ pergi ke Jalan TAR.
Aku nak shopping shawl.
Kat Jalar TAR tu shawl boleh tahan mahal kan sekarang.
Sehelai 15 hengget.... kalu bagi kurang pun 14hengget camtu je.
Hari tu aku beli 3 helai shawl.
Dapat la rege RM35.
Itupun lepas tawar banyak kali..

Dah settle bab tudung, kitorang pergi ke Ikea.
Aku nak try makan meatball yang dikatakan sedap itu.
Pergi time opis hour dengan harapan orang tak ramai.
Tapi memang tak la kannn...
Opis hour ke, tak opis hour ke.. memang orang sentiasa ramai kot kat sini.
Parking dah la susah nak dapat.

Aku pulak jakun gile.
Tak pernah-pernah pergi makan kat Ikea ni.
Selama ni pergi Ikea just beli barang-barang rumah je.

Sekarang baru la tahu cemana cara-cara nak order makanan kat Ikea tu.
Kena beratur dulu, pastu amik troli, pastu depan sikittt amik tray pulak.
Pastu order.
Time order tu aku kelam kabut sebab taktau nak cakap ape.
Dah la order sensorang.
FZ dah duduk sebab cop meja.

Last last aku order ni je :-


Yang penne pasta tu aku suke hati je order.
Bukan ape, ingatkan tak kenyang makan meatballs dengan ayam goreng tu.


Meatballs yang sedap itu...
First time makan, ok la... sedap laaa...
Sos dia yang buat sedap tu.
Tapi takde la sampai kempunan teringin-ingin nak makan lagi.
Biase-biase je...
Tapi kenyang la makan banyak ni kongsi 2 orang.


Yang ni, ok la jugak.
Boleh la aku makan. Meatballs tu FZ makan dengan sos meatballs.


Drumstick fried chicken.
Tak sedap la bagi aku.
Ayam keras macam ayam lama je.
Aku beli sebab nampak sedap je dari kaunter.


Muka puas hati sebab dapat makan meatballs.
Aku search internet banyak jugak orang share cane nak buat meatballs ala-ala ikea ni.
Nanti nak try buat la.
Boleh makan puas-puas... :)


Tekak dia dengan tekak aku tak sama.
Aku boleh je telan ape-ape asalkan makanan tu tak mentah.
Tapi tekak dia ni memilih sikit.
Ada makanan western yang dia tak makan. Very the kgdotcom. Haha..
Sebab tu la aku order jugak penne pasta.
Kot la dibuatnya dia takleh telan meatballs tu.
Tapi elok pulak dia makan.
Banyak pulak tu.

Lepas ni bolehlah pergi makan lagi.
Itupun kalau rajin nak mencari parking dan beratur panjang-panjang. Heheh...

Eh ada lagi Part 2 nih....
Tunggguuuu!!

No comments: