Friday, June 13, 2014

Holiday 2014 - Tanjung Harapan, Klang

Salam readers... 

Aku balik KL on 1 June 2014.
Kitorang bertolak pagi. Sampai KL sekitar pukul 3 petang.
Singgah McD drive-thru beli makanan.
Perut lapar lagi walaupun mase otw tadi sempat singgah R&R Temerloh makan tengahari kat situ.

FZ hantar aku balik rumah.
Ada kejadian sebenarnya masa aku balik tu sampai aku rasa panas hati dengan sorang budak rumah tapi takpe laa...
Citer hal rumah ni aku malas nak citer kali ni.
Kalau aku nak citer, nanti aku citer kat lain entri ye.

Aku rehat kejap kat rumah.
Kemas segala-mala barang-barang yang ada.
Aku tak suka tengok bilik tak kemas.
Nanti aku rasa rimas.

Lepas Isyak, FZ datang amik aku kat rumah.
Katanya nak pergi ke Uptown Danau Kota.
Dah lama jugak tak singgah sane.

FZ nak la cari baju t-shirt murah.
Tapi kat sana banyak baju yang mahal dah sekarang.
Sekarang baju RM35, RM45....
Yang RM15, RM20 design tak cantik pulak.
Kalau dah ada yang cantik, tak ada saiz pulak.
FZ kan mok-mok jugak. Hehehe..

Balik, barulah kitorang singgah makan kat De Templer, Taman Melati.
Lapar gile kottt sampai takde mood aku nak snap gambar buat food review.
Takpe, lain kali aku pergi lagi restoran tu.

Esoknya (Isnin), FZ demam.
Demam teruk pulak tuu...
Dia asik la say sorry sebab tak dapat bawak aku jenjalan.
Maka seharian laa aku duk rumah masak, tengok tv, tido.
Sian FZ. Demam sekali dengan pakej batuk teruk.

Aku ada buatkan dia bawang putih bakar tapi dia takleh makan.
Orang kata petua nak hilangkan batuk ialah bakar bawang putih dan makan.
Aku punya stail pulak untuk hilangkan batuk, aku makan ais krim vanilla.
Lagi best kan ubat batuk aku. Hehe...

Esoknya (Selasa) pun sama.
Seharian duk rumah.
Petang sikit barulah kitorang keluar pergi Klang, makan seafood!
Weehooooo!!!

Aku dah cakap, kalau tak larat tak payah pergi.
Aku tahu FZ tak sihat lagi.
Tapi dia kan degil.
Mana nak dengar cakap aku ni.
Dia berdegil jugak nak pergi makan seafood tu.
Mugo aku takde lesen. Kalau ada, biar aku je yang drive.

Mujur bertolak awal.
Itupun jalan jem kemain.
Manusia-manusia kaum C ni pulak ramai bawak kereta cam bangsat.
Cilok kereta orang sesuka hati macam tak fikir nyawa orang lain langsung.
Kalau ye pun tak sayang nyawa sendiri, fikir la nyawa orang lain!
Hah, emo lagi.
Huhu...

Jalan kat Klang tu takyah cakap la.
Memang jem je manjang.
Tapi bila dah sampai Tanjung Harapan, perasaan terus jadi lega.
Tempatnya sunyi, tak ramai orang.. takde hingar-bingar.
Yang kedengaran hanyalah desiran air laut....
Amboii, skema sangat ayat kan. haha...


Macam biase kitorang makan di Sg. Bagan Seafood Restaurant.

Aku pernah dapat email dari tuan punya restoran dan dia bagi aku discount.
Taknak bagi discount lagi ke, tauke? Hahah..


Inilah orang demam itu.
Larat drive jauh-jauh semata-mata nak makan seafood.


Gadis yang semakin bambam tapi masih tak reti-reti nak stop makan.
Raya dah dekat ni hoihhh..
Cane nak vogue the vass ni?


Me... besaunyee kakiku..
Drumstick tu buat goreng pon sodap!


Pemandangan dari restoran.
Kapal-kapal banyak berlabuh kat sini.
Kompem dalam laut nih..


Sian orang demam, nampak sangat tak larat.


Kitorang order kailan ikan masin...


Aku punye laici ais... FZ punya teh o limau panas.


Sotong goreng tepung yang sangat fresh!


Butter prawn.
Udangnya lembut dan freshhhh sangat!! Sedapppnye!!


Spicy soft shell crab.
Seriously kalau nak makan ketam kat kedai/restoran, better amik soft shell ni.
Tak membazir langsung.
Kang kalau order ketam masak biase, kite nak kena kopek kulit lagi...
Kalau malas nak kopek, isi kat dalam takleh makan.
Kalau order soft shell, bukan je isi, dengan kulit ketam sekali boleh makan.
Sedapp jugakkk!!
Waahhh, berjejes-jejes dah ailio ni keluar. Hahah..


Siakap 3 rasa.
Isi ikan, lembutnyaaaaa...
3 rase tu je tak menjadi sangat. tapi takpe.
Yang penting ikan tu masak sempurna!


Waahhh... dah macam nak jamu saploh orang je ni..
Takpe. Perut memasing kan besau.
Hihi..


Senyum lebor hah dapat makan banyak.
Siap bungkuskan ikan dengan sotong sebab tak habis makan.
Kenyang benor sampai dah takleh nak sumbat pape dah dalam perut.


Orang demam pon boleh jadi sihat lepas makan banyak.

Dah balik rumah, tengok tv, tido.

TQ abam FZ belanja makan seafood yang sangat sedap itu!

Eh, lupa nak bagitau.
Total makan tadi = RM125.00




No comments: