Monday, June 23, 2014

Kurung

Salam readers...


Sangat tak sangka, dikala kite duk makan sedap-sedap, mahal-mahal, ada jugak manusia yang sedang kebulur tahap perut pun boleh jadi lengkung U.
Badan tinggal tulang.
Kesian betul!

Malam 2 hari lepas aku tengah duk sibuk lipat pakaian kat rumah.
Sekali dapat sms dari FZ.

"Tengok tv3 sekarang".

Aku pun bukak la tv3.
Time tu berita tengah tunjuk budak malang ni tengah mengensot keluar dari bilik tempat dia dikurung.
Sebak hati aku wehh!!

Masa tu aku tertanya-tanya siapa budak ni?
Kenapa dia jadi camtu?
Sedihnya tengok dia macam terpinga-pinga tengok orang ramai.
Dengan baju compang-camping & tak berseluar...
Sedihnye... T___T

Terus aku search internet.
Check kot-kot ada berita pasal budak ni.
Rupa-rupanya dia kelainan upaya dan dikurung oleh mak dia.

Tergamak kan seorang mak buat kat anak sendiri macam ni.
Takde perasaan ke ape?
Mentang-mentang la anak tu kurang upaya.
Dia boleh buat ape saje kat budak tu.

Baca kat forum dalam internet, diorang dah sebarkan akaun FB si ibu ni.
Aku pun pergi laa stalk FB dia.
Ok, nampak macam bukan orang susah.
Pakaian vogue the vass, bling-bling bagai, ada kereta...
Takkan la sampai tak mampu nak bagi anak makan?

Naluri seorang ibu takkan tergamak buat anak macam ni.
Semarah-marah seorang ibu pun, sekejap je.
Takkan buat anak sampai jadi kerempeng macam ni.

Aku syak si ibu ni ada masalah mental.
Mungkin dah penat nak jaga anak ni sorang diri.
Ataupun maybe tekanan tempat kerja dan hal-hal peribadi lain yang buat dia jadi macam ni.
Well, kite tak tahu ape masalah sebenar dia.
Sebab tu aku taknak jatuhkan hukum ape-ape pada si ibu.
Kite tak berada di tempat dia, jadi siapa kita nak maki hamun dia?

Biar yang berkenaan buat keputusan.
Kite takyah la nak maki hamun dalam FB ke, Twitter ke...
Sebab kite tak tahu hal disebalik tabir.
Diam-diam je sudah.

Cuma yang kite kena concern adalah condition budak OKU tu sendiri.
Doakanlah semoga dia panjang umur dan sihat.
Mungkin dia ada mengalami trauma, cuma dia tak reti nak cakap macam mana.
Mak ayah kite kurung kite tak bagi keluar rumah 1 hari pun kite dah rasa bengkak hati semacam, ini kan pulak dah berbulan-bulan atau maybe bertahun-tahun kena kurung dalam bilik kotor tu.

Tak terbayang aku cemana budak tu survive sepanjang kena kurung tu.
Aku ada dengar cerita mungkin dia makan minum najisnya sendiri.
Isshhh... tak terbayang la aku!
Sadis betul.
Tapi kuasa ALLAH kan.
Budak tu takde apa-apa penyakit pun.
Aku ni kalau makan makanan lama sikit, mulalah perut memulas ke ape.
Tapi budak tu ALLAH tak bagi dia apa-apa penyakit pun walaupun dia tinggal dalam keadaan yang kotor dan tak terurus.

Aku rasa mungkin kat luar sana masih ada kes-kes yang macam ni cuma kite je yang tak tahu. 
Wallahualam.
Aku mohon la kepada ibu bapa sekalian...
Jagalah anak-anak dengan baik.
Itukan amanah dari ALLAH untuk kita.
Kenapa kita nak sia-siakan 'hadiah' yang ALLAH berikan kepada kita?

Tak terjangkau dek akal bila dapat tahu kejadian sebegini dilakukan oleh orang Melayu kita.
Mohon insaf la wahai ibu bapa yang suka mendera anak.
Takde faedah pun buat macam ni.
Manusia tak suka, ALLAH lagi laa murka.




No comments: