Monday, June 30, 2014

Ramadhan

Salam readers...

Cemana puasa pertama korang semalam?
Kantoi tak?? huahahaha...
Haramnirajim sungguh tetibe tanya soalan camtu kan? hahah...

Hari ni dah masuk puasa yang kedua.
So far aku on lagi.
Yela, pompuan punya problem ni mana boleh jangka kan...
Aku punya date sepatutnya semalam.
Nasib baik 'ia' tak menjelma. Hehehe...
Korang paham ke tak ni hah??
Aku sembang pasal period ni. Huhu...

Tahun ni aku berazam nak jimat-jimat sikit time berbuka.
Taknak belanja lebih-lebih macam tahun-tahun lepas.
Iskkk... dulu kemain berbuka meriah betul.
Macam-macam kuih ada.
Macam-macam lauk ada.
Tamak sungguh!
Sudahnya membazir. Mesti ada makanan yang tak habis makan.

Semalam pun aku berbuka kat rumah je.
Aku masak ayam masak kicap dengan telur mata je.
Pastu FZ ajak gi bazar Pantai Dalam, aku sempat la beli daging masak kicap dengan air asam boi.
Nasib semuanya sedap.

Masa gi bazar semalam, aku perasan ada 1 gerai kat situ jual samosa je.
Tapi regenyeee, ya ampun!!
Mahal gilossss!!
Bayangkan la harga 4 bijik samosa RM5.
Dah kau kenapa jual mahal-mahal sangat??
Aku tengok takde pulak yang beli samosa kat gerai dia tu.
Tapi tatau la kot-kot dia memang dah ada regular customer ke ape.
Sebab tu berani letak harga cenggitu.
Tapi kannn... cekik darah laa..
Agak la kuih sampai RM5.
Baik aku beli nasi campur RM5. Kenyang pun kenyang.

Al-kisahnya pagi tadi aku tak bangun sahur.
Dah la semalam makan masa berbuka je.
Matikkk la mak!
Kompem tengahari nanti kelaparan.
Tapi takpe... selagi takde halangan (period), selagi tu la aku akan puasa.
Dun worry bebeh!
Iman ku kuat. haha.... dan-dan ngaku iman kuat kan.

Apepun, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada kepada semua pembaca blog aku tak kire la pembaca setia ke, tak setia ke, stalker ke ape...


1 comment:

Mimy Hamid said...

#mimymasak heheheh...megat nak mimi masak...so aku isteri akurrrrrr