Thursday, June 12, 2014

Rumah Iwan - Rumah tumpangan sementara 4 hari 3 malam di Kemaman

Salam readers...

Entri ni di request oleh Iwan sendiri.
Sibuk sangat suruh aku buat entri berkenaan dengan rumah dia yang kemas itu.
Elehhh, duk sorang boleh la kemas-kemas.
Acu duk ramai-ramai, mesti rumah jadi macam tongkang pecah...
Hahah.. *statement orang dengki*

Berminggu-minggu aku plan dengan Iwan nak gi Gambang Water Park tu.
Tetiap malam mesti kitorang ber whatsapp untuk discuss tentang planning tu.
Kalau boleh segala program berjalan lancar.
Takmo ada apa-apa sekatan.

Dalam whatsapp, banyak kali Iwan bagitahu rumah dia kemas.
Aku macam, "hmmmmm... ye ye kan aje la..."
Bila aku cakap camtu, dia makin beriya-iya mempertahankan yang rumah dia kemas.
Dia tahu kalau rumah dia tak kemas, kompem aku kutuk kaw-kaw punya.
Lagipun dia jugak tahu aku ni particular sikit bab-bab bilik air.
Aku geli sikit nak mandi kalau bilik air kotor.
Sebab tu bilik air rumah kali seminggu sekali mesti aku cuci.
Kalau malas sangat pun 2 minggu sekali.
Geli aihhh nak pijak lantai berlumut. ishhh...

Mase hari pertama sampai rumah Iwan, dah angkut beg semua, barulah aku boleh tinjau-tinjau rumah Iwan.
Rumahnya tak besar tak kecik.
Dapur dia memang selesa.  Besar.
Kire kalau buat kenduri-kendara muat la sedara-mara nak duduk bersimpuh gotong-royong potong bawang tu.

Duduk rumah teres, tinggal pulak sensorang memang heaven la kan.
Kite boleh deko rumah kite sesuka hati.
Kalau aku pun dapat sewa sebuah rumah camni dah kire bersyukur sangat dah.
Takde la nak semak pening kepala dengan karenah sesetengah housemate yang pengotor dan tak reti mengemas.
Tapi tahu je la kan... kat KL kalau nak menyewa sebuah rumah at least 1k mesti ada dalam tangan setiap bulan.
Kalau ada yang ratus-ratus pun, tu jauh dari bandar dan jarang sekali ada public transport.

Gambar-gambar ni Iwan sendiri yang amik...
Tak kuasa aku nak amik gambar rumah dia. Hahah..


Ni gambar bilik kedua.
Duk sensorang kan.. bujang lak tu.. mane ada barang sangat.
Bilik ni cuma ada tilam spare 1 dengan almari pakai besar 2 bijik (takde dalam gambar).
Ni kire bilik solat dia la ni.


Ni bilik Iwan.
Tilam king tu adalah pemberian bantuan kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Rumah Iwan penah dinaiki air setinggi 4 kaki.
Kire dalam la tu kan...
Bilik dia pun takde barang sangat.
Just ada tilam dengan rak letak barang-barang je.


TV ni diletakkan kat ruang tamu.
TV ni pun pemberian kerajaan jugak.

Hoii, Iwan!
Aku perasan gambar belah kanan atas rak tv tu gambar lain!
Padahal kat situ ada gambar ko dengan awek ko kan!
Oohooo hoiiii..... tipu eh.
Hahah... sengaja je aku kantoikan ko. haha


Ni dapur dia.
Memang luas... Dalam gambar ni nampak kecik la pulakss..
Dapurnye ada tapi gas pulak takde.
Iwan ni bukan jenis memasak pun kat rumah.
Asik makan kat luar je.


Dapur lagi..
Meja tuan rumah still ada kat situ.
Barang-barang pun tak banyak.
Teh dan gula je la yang ada.



Bilik air!
Kecik sangat tapi muat-muat la untuk mandi sorang-sorang.
Nasib bersih...
Kalau kotor, aku rela mandi kat halaman rumah tuu..


Ada ruang untuk sidai tuala kat bahagian dapur.
Nampak la kemas sikit..


Gambar ruang tamu lagi...
Gambar ni aku yang amik.
Hehehe...


Tengok tv dengan lelaki ni memang menyakitkan hati.
Asik-asik sukan, action... sukan, action... hmmm... boringg betul!


Gambar ni lepas aku dah kemaskan rumah dia before aku balik KL.
Rumah kecik, barang tak banyak, memang la nampak kemas..
Tapi tu la, banyak habuk..
Aku sapu lantai je, sampai bersin-bersin aku dibuatnya.
Habuk banyak gile..
Kalau duk rumah camni, tiap-tiap hari kena sapu rumah.


Pintu masuk rumah.

Kirenya selesa jugak la rumah dia ni.
Parent aku pun tak pernah lagi datang sini.

Tuan rumah pun cam baik je...
Jiran-jiran pun jenis MYOB.

Tapi ada jugak kejadian misteri kat rumah ni.
FZ citer, masa dia mandi waktu maghrib dia dengar ada orang duk ketuk-ketuk dinding.
Bila dia tanya aku dengan Iwan, memang kitorang nafikan laa sebab masa tu aku sibuk kemas barang.
Iwan pulak baring kat ruang tamu tengok tv.

Lepas tu asal nak guna bilik air je, mesti aku suruh FZ temankan.
Siap suruh FZ menyanyi lagi kat luar bilik air tu sebab nak pastikan dia ada dekat dengan bilik air.
Hahaa...
Tapi tu la... Malam kedua aku tido kat situ memang aku dengar bunyi pelesit dekattt sangat dengan aku.
Kuat gile.
Sampai naik seram la..
Tapi buat dunno je la kan.

By the way, tenkiu Iwan sebab tumpangkan kak Ngah dan Abam FZ tinggal free kat rumah tu 4 hari 3 malam.
Sanggup cepat-cepat daftar astro sebab takut aku bosan.
Memang aku bosan pun sebab aku takleh tengok citer kegemaran aku! Blueekkk!

Pastu sanggup beli peti ais baru sebab tahu aku ni suka minum air gas.
Dan jugak sanggup sediakan macam-macam barang lain supaya aku selesa duk kat rumah tu.
Terima kasih banyak-banyak.


3 comments:

emi mohamad said...

guane bunyi tu nana?debor rase baca.

Anonymous said...

dia ngiga

Anonymous said...

dia ngiga