Friday, June 6, 2014

Sebelum berangkat berjimba holiday, moh kite ber 'food review' - Ayam Penyet Nusantara

Salam readers...

Hah, amik ko tajuk panjang jengor....
Tahu tak ape tu 'jengor'?
Mesti korang tatau kan. Hahaha...
Tu loghat Ganu kitteww. Kirenye panjang jengor tu maksudnya panjang berjela laa..

Kali ni food review kite adalah di Ayam Penyet Nusantara, Taman Melati, Wangsa Maju.
Lokasi kedai ni bersebelahan dengan Oldtown White Coffee dan sederet dengan Restoran Satay Haji Samuri, Taman Melati.


Aku pergi ke sini pun sebab nak makan tengahari sebelum bertolak ke satu destinasi untuk bercuti.
Last week dari 29 Mei 2014 hingga 4 June 2014, aku bercuti.
Saje je nak melarikan diri dari semak samun masalah opis dan rumah kat KL ni.
Pasal bercuti ni nanti aku buat entri lain ye.
Ini kali pertama aku makan ayam penyet.
Dulu pernah la pergi Wong Solo tapi aku makan benda lain.


Dia ni tak cukup tido.
Dah tahu nak berjalan jauh, lagi tido lewat..


Tuan belog. =)




Deko kedai ni adalah biasa-biasa saje tapi selesa.
Susunan meja dan kerusi yang tak padat sangat.
Restoran pun nampak bersih dan teratur.
Paling penting staff adalah orang Melayu.
Kat KL ni banyak restoran yang ambil staff di kalangan pekerja asing.
Nak order lebih-lebih pun nanti tak paham.
Kalau dengan sesama Melayu ni, nak tanya apa-apa pun senang.

Jom kite tengok menu apa yang ada kat restoran ni :-






Kalau tengok harga makanan, kirenye takde mahal benor.
Harga standard kat restoran.
Kire cam mampu lagi la nak makan kat sini.


Hari tu aku & FZ order air sirap dan sirap bandung.


Ayam penyet bahagian dada.
Isi memang juicy sangat... tak kering..


Ikan talapia berlado.
Pedas berdesinggg tapi sangat sedap!!
Adusss... terliur pulak aku.
Lagi pedass lagi sedap kott..
Cuma 1 je la. Ikan tu over-cooked laa...
Kering.
Ke memang cengggitu masakan Indon?
Aku lagi prefer kalau ikan tu lembab-lembab sikit.



Pastu kitorang tambah gulai lemak cili api pucuk ubi.
Gulai lemak ni bagi aku biasa-biasa je.
Tawar sikit. Jauh lagi sedap kalau aku yang masak. Huhu...

Eh, ate food review kan.
Aku kena la jujur.
Yang sedap, aku akan cakap sedap.
Kalau tak sedap, aku akan cakap tak sedap.
Mana boleh tipu-tipu.
Tak baik.
Dosa, nanti Tuhan marah pastu potong lidah. Huhu...

In terms of service, staff kat sini ok.
Tak over ramah & takde la sampai sombong.
Makanan sampai agak lambat la..
Tapi berbaloi menunggu sebab makanan sampai dalam keadaan yang panas.
Kan sedap makan lauk dan nasi panas-panas.
Sampaikan FZ mintak nasi tambah. Hehe...

Total semua sekali adalah RM28++.
Kire ok la tu kan untuk makan berdua.

So, aku recommend restoran ni kat korang untuk menjamu selera.
Aku pun kalau ada masa, boleh la repeat balik makan kat sini.



1 comment:

Mimy Hamid said...

eh dekat ni..yg area tepi jalan tu ke..ada old town semua tu