Monday, June 16, 2014

Selamat hari bapa, daddy!

Salam readers...

Semalam adalah hari bapa.
Hari untuk menghargai bapa-bapa, ayah-ayah, abah-abah, dan semua yang bergelar bapa laa..

Semalam aku call daddy.
Nak wish Hari Bapa ni la..
Pastu aku tanya dia nak hadiah ape.
Lagipun tak lama lagi birthday dia pulak.

Daddy cakap, "Cukup la kasih sayang dari anak-anak".

Wohooo!! Daddy ni macam tak rase kasih sayang dari anak-anak je...
Daddy ni saje je tau buat nana sebak. T___T


Kalau daddy nak tahu, Nana sayangggggg sangat kat daddy.
Sayang lebih dari mana-mana lelaki kat luar sana tu even boyfriend nana sendiri.
Daddy la lelaki pertama yang nana kenal.

Ingat tak masa nana kecik-kecik dulu, Nana selalu 'gurau kasar' dengan daddy.
Tapi daddy tak pernah marah pun. Hehehe...

Ingat masa Nana mula-mula pandai tulis ABC.
Punyalah berlambak paper dan buku kosong kat rumah tu, bumper kereta daddy jugak yang Nana toreh buat huruf A sebesar-besar alam guna besi bulu ayam.
Lama betul huruf A melekat kat situ sampailah beberapa tahun lepas tu barulah Daddy cat balik kereta daddy.
Sikit pun daddy tak marah.

Pastu ape yang daddy larang, itulah yang Nana suka sangat buat.
Nana tak suka orang main wallet daddy.
Tapi nana gatal tangan pergi bukak wallet amik lesen kereta daddy.
Main-main pastu tetibe... praakkkk!!
Lesen tu patah dua!
Menggeletar badan.
Malam tu terus buat-buat tido awal.
Bangun pagi esok daddy takde kata apa-apa pun.

Nana tahu Nana nakal. Degil. Kuat melawan. Suka memberontak.
Sekarang ni makin tua makin kuat merajuk lak.
Sentap je manjang..
Tapi daddy tetap sabar.
Layan je karenah buruk Nana ni.

Sekarang daddy dah tua.
Tapi masih lagi kerja sebab nak tanggung family.
Ikutkan hati Nana taknak daddy bekerja lagi.
Biar daddy duk rumah ataupun lepak-lepak je kawan-kawan.
Tapi nak buat macam mana.
Nana nak makan pun, sekadar mampu je.
Kalau laaa Nana ni kaya, haaa start nak berangan dah ni.
Tapi betul... kalaulah Nana ni kaya.
Nana akan pamper keluarga kita.
Semua orang takyah kerja teruk-teruk.
Semua bil-bil rumah tu Nana tanggung.
Makanan, minuman, pakaian, semua Nana akan belikan.
Biar semua orang hidup senang.

Takpelah daddy.
Mungkin rezeki keluarga kita akan melimpah ruah di masa akan datang.
In sha ALLAH.

Terima kasih daddy sebab menjadi ayah yang baik dan penyayang di dalam keluarga kita.
Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah daddy lakukan untuk keluarga kita.
Nana sayanggg daddy.
Sayanggg sangat sampai bila-bila. =)

No comments: