Thursday, July 17, 2014

Berbuka puasa @ The Chicken Rice Shop Mid Valley

Salam readers...

8 Julai 2014 baru-baru ni aku outing berbuka puasa dengan housemates...

Dah lama kan tak dengar cerita aku outing dengan diorang.
Yela, masing-masing kan busy dengan hal masing-masing.
Lagipun mula-mulanya masing-masing tak berapa nak baik.

Aku just rapat dengan Kak Siti dan Hana je dalam rumah tu.
Macam ada 2 puak pulak dalam rumah.
Tapi selepas kejadian 'penebasan lalang' tu, terus kitorang jadi baik.
Ada hikmah jugak la di sebalik kejadian tragis itu.

Dalam rumah aku ni kompius sikit sebab ada 2 orang nama Diana.
Aku, Nuradiana.
Yang sorang lagi Nurul Diana.
Hahahaha...
Sebab tu aku bahasakan diri aku kat rumah tu as Kak Na.
Senang.... takde la nanti bebudak tu panggil Diana, dua-dua menyahut.
Hihihi...

Lepas balik kerja, aku balik rumah dulu.
Dalam ramai-ramai, aku la yang paling awal sampai rumah.
Ate jarak dari rumah dengan opis tu sekangkang kera je kannn...
Housemate lain terus ke MidValley dari opis.
Aku pulak bersantai-santai dulu kat rumah, mandi, tukar pakaian semua...
Amboiii... santai sangat.

Dekat pukul 6petang, baru la aku turun dari rumah pergi naik bas.
Actually ni pengalaman pertama aku naik bas sorang-sorang!
Gila jakun kot!!
Menggelabah cari bas 361 sampai boleh terlanggar kerusi kat stesen tu...
Sakit kepala lutut aku nih!
Malu toksah cakap la...
Rasa macam orang baru keluar dari gua. Hihihi...

Aku sempat tanya sorang adik tu, "Dik, ni bas ke Mid Valley ke?"

Adik : Ye kak...
Aku : Tambang berapa dik?
Adik : RM1 je kak.... kali pertama ke kak?
Aku : A'ahh....

Orang kata, takut bertanya, sesat jalan...
Daripada aku sesat jalan, baik aku tanya orang...
Gittewww kekdahnya!

Naik bas, kena berdiri pulak sebab takde tempat duduk.
Amboii... romantis sangat sebab berdiri sebelah abam driver.
Whatsapp Kak Siti bagitahu aku dah on the way.

Sebelum ni memang aku pernah naik bas tapi at least berdua.
Ni first time kot naik sorang-sorang.
Dengan jalan jem nyee...
Ketaq lutut gak wehh.. Hahaha..
Ok, tak klaka.

Dah sampai MV, contact bebudak ni lagi.
Diorang duk dalam Aeon Jusco.
Shopping hadiah birthday kengkawan.
Aku ok je bab-bab shopping ni walaupun bukan aku yang beli.

Dah dekat waktu berbuka, barulah kitorang pergi ke The Chicken Rice Shop (TCRS).
Aku suka makan kat sini sebab murah.
Ayam roasted dia pun sedap.
Tapi paling sedap pai tee dia. Hoihhhh... favvy aku tuh!


Inilah Nurul Diana.
Panggil Diana jugak....


Ni pulak Kak Siti....
Super senior dalam rumah kitorang...


Sarah...
Dia ni pulak super junior dalam rumah kitorang.
Dia masuk awal tahun aritu.


Hana...
Minah ni memang rapat dengan aku.
Tetiap malam mesti dia datang lepak dalam bilik aku tengok tv sesama, gosip sesama...
Kekadang TER mengumpat sesama... haha... TER ye.. TER.
Kalau ada TER tu maksudnya tak sengaja... kahkahkah...
Ok, tak klaka lagi. T___T


Minah ni aku malas nak cerita.
Sebabnya dialah yang paling cun, lawa, vogue the vassssss dalam rumah tu.
Jangan jeles dengan dia sebab she's dun even care. 
Haha hakkkk tuihhhh!!!


Ni la menu yang kitorang makan.
Penuh meja kitorang ni haaa...
Lepas makan, masing-masing diam. Kenyang sangat katanya sampai dah tak larat dah nak bercakap.

Time balik, kitorang naik bas lagi.
Dalam bas tu, kisahnya aku duduk kerusi double.
Sebelah aku kosong sebab yang lain duk kerusi lain.
Tetibe ada mamat indon masuk, nak duduk sebelah aku.
Punyalah cuak aku!
Wehhh, aku taknak duduk sebelah indon laa.
Budak-budak rumah siot je gelakkan aku sebab diorang tengok muka cuak aku tadi.
Dah la diorang tahu aku jakun naik bas. Hahaha!
Yela, mane tak cuak.
Indon kot... Laki pulak tuu..
Mamat tu pun satu. Berlambak-lambak kerusi kosong dalam bas tu, sebelah aku jugak yang dia aim nak duduk.
Bongokss tul la.
Last-last aku duk tengah-tengah kerusi double tu.
Aman.... Besar ruang aku.
Hahaha...

Macam-macam hal la kannn...
Tapi bila ingat balik, cam kelakar pun ada.
Menggelabah jugak aku rupanya.




3 comments:

Mimy Hamid said...

chicken rice shop sedap pie tee dia bestttttttt..mimi kena ikut payel la mana dia nak buka ...huhu

diana aziz said...

Hahah.. Mimy, ada anak mmg cenggitu. semua ikut dia. pai tee CRS mmg sgt sedap!!

diana aziz said...
This comment has been removed by the author.