Tuesday, July 1, 2014

Bodoh

Salam readers...

Tak pepasal pahala puasa aku kurang hari ni.

Aku tatau la kenapa dan mengapa wujudnya manusia-manusia begini?
Yang takde kesedaran sivik, yang takleh berfikir dengan waras sedangkan dikurniakan otak yang normal.
Adakah dia ada mental disorder?
Atau tahap kebodohan yang bertingkek-tingkek tahap nirvana?
Ataupun kebangangan tahap cipan?

Entah.
Aku memang takde jawapan.
Sebab tu aku tanya korang....... huhu.

Begini ceritanya....
Semalam aku bersembang dengan housemate aku, Hana.
Sekali dia bukak cerita....

Hana : K.na, tadi Diana cerita kat Hana pasal M.
Aku : Hah, kenapa?
Hana : K.na ingat tak masa K.na cari gunting dapur K.na tu?
Aku : Ingat laa... kenapa?

Seriously aku dah panik..
Macam tatau je ape yang bakal Hana citer...
Tapi ku tungguuuuu....

Hana : Memang M yang pakai pun.
Aku : Dia guna untuk haaaaaaaa!!

Hana : K.na ni... tunggu la Hana citer.
Aku : Hahah... ye ye. K.na tunggu.
Hana : Sarah cakap sebelum dia guna gunting tu, dia ada whatsapp Sarah tanya Sarah ada shaver extra tak? Tapi Sarah kata takde. Dia tanya Diana jugak. Pun takde. Mase dia tanya Hana, Hana pun kata takde. Padahal Hana ade je. Haha..

Aku : Haha... nasib dia tak tanya K.na sebab K.na pun ada gak sepaket k.na beli.
Hana : Hana pun ada sepaket. Hahaha..

Kitorang gelak-gelak jap.

Hana : Sarah & Diana cakap mungkin dia guna gunting K.na....

Aku : Hah??!!!
Hana : Sarah nampak gunting tu ada dalam bilik air. Pastu dia nampak ada macam rambut kat gunting tuu...
Aku : Hahh???!!

Aku pergi jumpa Sarah dan Diana.
Mase tu diorang duk tengok tv kat ruang tamu.

Aku : Korang, betul ke Hana citer tu? T___T

Diana : Iye la kot... Kitorang nampak.
Sarah : Banyak K.na rerambut kat gunting tu....

Gulppp!!!!

Memang mase tu aku mencari-cari gunting aku tu sebab aku potong cili ke, ikan ke, aku memang guna gunting tu.
Patut la mase tu takde.. rupa-rupanya tersadai dalam bilik air.


Macam ni la rupa dan kaler gunting aku tu.
Sebijik sebijan...
Tapi gambar ni aku cilok dari google.

Aku tak paham betul la mane M letak otak dia.
Bukannya dia tatau gunting tu digunakan untuk hal-hal masak.
Boleh pulak dia guna untuk cantas 'lalang-lalang' dia tuuu...

Hana suruh aku bersangka baik.
Kot la M tu guna gunting aku untuk benda lain ke...
Ok, aku try bersangka baik.
But still aku kena tanya dia jugak. Just to make sure.
Kot la dia guna untuk potong rambut ke....
Who knows kan...

But still, aku takleh terima.
Tu gunting untuk dapur kot.....
Untuk gunting makanan-makanan, sayur-mayur..... bukan untuk gunting rambut, gunting kertas, gunting bulu pepek!!
Ha, kan dah TERR sebut!
Stressss aku lahh!
Kalau dia guna gunting tu untuk gunting benang ke ape, aku boleh la consider lagi!

Well, takde yang nak dihairankan pun...
Memang 1 rumah tahu dia pengotor + selekeh + tak reti kemas sejak dia mula-mula masuk lagi.
Cara dia susun barang... pinggan mangkuk berhari-hari tak cuci.
Sampah sarap dibiarkan atas kabinet dapur..
ATAS okeh... sampah duk atas kabinet..
Bukan dalam bakul sampah atau atas lantai..

Kalau dia tapau makanan balik rumah, plastik dibiarkan berterbangan.
Cawan gelas Hana yang dia pinjam (tak bagitahu pun sebenarnya) dia tak cuci berhari-hari.
Dah la tak cuci, dibiarkan gelas-gelas tu bergolek-golek atas lantai dalam bilik diorang.

Cane rumah aku nak nampak kemas??
Acu cakap?

Kalau nak bercerita pasal dia ni, sampai esok pun tak habis...




4 comments:

Mimy Hamid said...

erk bior betul

Emynz said...

ko dah confront belum minah ni? nanti update part 2 ape jadik haha

diana aziz said...

mimy : betul.... haram jadsss betuihh kan..

diana aziz said...

emynz : belum lg laa... lastely dia slalu xde kat rumah... aku tggu mase je ni.