Monday, July 21, 2014

Cerita berbuka di Yusof Tomyam, Lucky Garden Bangsar

Salam readers...

13 Julai baru-baru ni, FZ ajak aku berbuka di luar.
Aku pun asik masak je kann...
Malas masak, beli je makanan kat bazar.
Tapi bosan jugak beli makanan kat luar.
Ape-ape hal pun air tangan sendiri jugak yang sedap walaupun ape yang kite masak tu simple.

Teringin pulak nak makan siakap 3 rasa, FZ bawak aku pergi ke kedai Yusof Tomyam.
Kat sini aku tak tahu la nak cakap cemana.
Makanan kat sini semuanya sedap-sedap.
Nak-nak tomyam dia... Terbaekk!!
Punyalah aku terbiasa makan kat sini sampaikan tauke kedai ni pun dah cam aku.
Siap bagi diskaun lagi setiap kali makan kat sini.

Lepas asar, kitorang pergi booking.
Order sekali makanan untuk berbuka nanti.
Bayar kendian.

Sementara menunggu waktu berbuka, FZ bawak aku pergi jalan-jalan dulu sekitar KL.
Tengok ape yang ada kat KL ni.
Lalu kat Chow Kit, amboiihhh meriah betul dengan warga asing.
Kompius kejap, aku ni kat Malaysia ke kat Indonesia nih??

Jalan boleh tahan jem.
Yela, akhir-akhir Ramadhan ni mulalah orang ramai keluar shopping beli baju raya.
Ramai jugak umat manusia kat Jalan TAR.
FZ dah bunyi-bunyi dah dia taknak pergi ke Jalan TAR.
Tapi biase la kannn...
Girlfriend merengek sikitt je, terus la boifren kalah.
Petang tu jugak singgah Jalan TAR.
Hahahahaha!!

Nak kata panas, takde la panas sangat.
Tapi FZ punye peluh keluar macam kan dia berlari empat kilometer.
Lelaki kan... mane suka pergi tempat-tempat orang ramai camni.
Takde aircond plak tu.

Sempat la aku beli tudung 2 helai.
Sehelai untuk aku, sehelai lagi untuk kazen aku Emma.
Dia ada kirim tudung kat aku.
Nak kaler pastel. Time-time macam ni memang bertuah sangat la dapat kaler tudung yang kite nak.
Memang payah la sebab semua orang dah beli awal-awal.
Tu tak masuk lagi dengan orang yang beli borong terus.

Dekat pukul 6.30 petang, barulah kitorang beransur ke Yusof Tomyam semula.
Kat sini memang kena book awal-awal sebab meja memang fully booked.
Nasib la kan... Siapa cepat, dia dapat.

Kisahnya, dan-dan azan maghrib berkumandang, kedai arak depan Yusof Tomyam ni pasang sekuat-kuatnya lagi hindustan.
Kedai arak tu India punya la kot...
Dengar je "Allahu Akbar Allahu Akbar", terus bergema lagu hindustan dari kedai cadbury tu.
Aku dah menyirap dah...
Tapi memandangkan orang Melayu Islam lain yang ada dalam kedai tu buat derk je, aku pun buat derk jugak la..
Ikut hati nakkk je aku serang kedai tu.
Tapi kalau jadi apa-apa, takdenye orang Melayu kite ni nak datang tolong.
Kompem!
Ni realiti masyarakat kite sekarang ni.
Berlembut dan tak amik endah.
Tapi bile dalam internet, masing-masing berebut nak jadi keyboard warrior.
Orang main-mainkan je agama kite.
Tapi kite takde amik apa-apa tindakan pun.
Tokey kedai pun duk geleng kepala je.
Mungkin benda ni berlaku dah lama tapi takde sape yang buat report kan.
Lagipun kalau buat report polis, polis boleh buat ape?

Selama ni aku banyak kali dah call polis Pantai.
Buat report itu ini.
Maklum la duduk di tengah-tengah kampung camni, banyak benda-benda yang berlaku.
Macam hari tu, pernah ada majlis ape ntah kat flat sebelah.
Dari Isyak sampai pukul 1pagi diorang duk berkaraoke... Lagu dangdut ko!
Sakitnya hati.......
Yelah, diorang tak fikir ke orang nak tido ke ape..
Kalau rumah berdekatan ada anak kecik, tak ke kesian?
So aku call Balai Polis Pantai...
Kali pertama call, diorang cakap diorang akan amik tindakan.
Tapi haremmmm!
Takde apa-apa tindakan langsung.
Bayang polis pun aku tak nampak.
Bagus betul!


Ok, dah termelalut dah membebel pulak.
Opsss... hihi..

Jom kite layan gambar pulakss...


Amboihh.. putih mulus suci murni kulit abam FZ kite efek dari camera 360.
Hahaha...


Tapi tengok bila dia snap gambar aku...
Dia ni nak amik gambar aku ke gambar bumbung?
Tak center langsung.


Yang macam ni kan lagi elok...
Balance je atas bawah...
FZ ni jenis susah sikit nak pick up kalau orang ajar ape-ape.
Kadang-kadang naik geram gak aku.
Banyak kali dah ajar, tapi langsung tak masuk kepala.
Tapi nak buat cane kan.
Boifren sendiri jugak. Hmmm....


Siakap 3 rasa.


Udang goreng tepung.


Teh o ais limau FZ punya & sirap bandung aku punya.


Tomyam seafood.... pekat lemak pedas manis masam...
Perghhhh!! Memang terbaekk..


Kailan ikan masin.
Yang ni aku boleh makan cenggitu je.


Telur dadar.


Ni semua untuk makan berdua..
Alhamdulillah tiada pembaziran yang berlaku.

Syukur pada rezeki yang diberikan ALLAH swt.



No comments: