Wednesday, July 23, 2014

Realiti raya zaman sekarang

Salam readers...

Hari ni hari last aku bekerja.
Esok tengahari aku aku bertolak balik ke Terengganu.
Lama hoihhh tak jejak kampung sendiri.
Last aku balik kampung mase nenek meninggal akhir bulan 1 aritu.
Lepas tu terus tak balik-balik.

Mood dah teralih kepada raya.
Siapa yang tak happy sambut raya hoihh...
Baik yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda...
Semuanya excited nak sambut raya.

Beberapa hari lepas, aku ada la sembang dengan seorang member.
Member tak member la kan. 
Aku jarang jumpa dia tapi bila dah jumpa memang ada je benda nak sembang.

Dia kongsikan satu cerita which is aku pun pernah mengalaminya.
Cuma aku malas nak endahkan sangat.
Tapi sesetengah manusia memang akan terasa bila terkena.
Kite rasa benda ni kecik but jika ianya kerapa berlaku, seolah-olah there is something wrong happened.

Dah jadi budaya kite untuk saling berkunjung ke rumah jiran tetangga sanak saudara di hari raya.
Yela, kalau hari-hari biasa tu malas nak pulak nak keluar rumah pergi rumah sedara mara dakk..
Harapkan raya je la kite berkunjung antara satu sama lain.

Macam family aku, korang toksah la susah-susah nak datang rumah pada hari raya pertama & kedua.
Memang bayang kitorang pun tak nampak kat rumah tu.
Hari raya pertama & kedua tu memang kitorang 1 family all out keluar jalan-jalan.
Masuk hari ketiga dah tatau dah nak pergi mana.
Kekadang kalau kat Terengganu, start raya ketiga mulalah orang buat rumah terbuka.
Termasuk lah rumah aku sendiri.
Tapi rumah aku tu buat rumah terbuka kecil-kecilan je la..
Jemput sedara-mara dah jiran sebelah rumah je.
Mane la ada modal nak buat rumah terbuka besar-besaran.
Menu pun biase-biase je.

Eh, sebut pasal rumah terbuka, baru aku teringat.
Aku dah tahu menu ape untuk rumah terbuka tahun ni.
Itupun kalau jadi buat rumah terbuka la...
Tengok mood mommy dulu cemana.
Mommy aku tu mood swing.
Kalau mood dia ok, maka jadi la rumah terbuka.
Kalau tak ok, maknanya paham-paham sendiri la ye.

Ok, back to the story.
Member aku citer mase dia bujang dulu, bagi dia raya takde la meriah sangat.
Setakat jumpa sepupu sepapat macam tu je la.
Tapi sejak-sejak dah kahwin dan ada anak, mulalah dia excited nak beraya.
Bukan ape sangat, seronok tengok anak happy jumpa kengkawan di kalangan sedara-mara jugak.
Hari biase memang tak jumpa la kan...
Bila dah berkumpul ramai-ramai memang happening la.

Kisahnya masa dia berkunjung ke rumah mak saudara dia.
Mak saudara dia ada anak semuanya dah besar-besar.
Anak sulung kerja kampung. Yang kedua kerja kerajaan. Yang ketiga pompuan, suri rumah. Husband dia pun kerja biasa je.
Yang bongsu lepas SPM.
Mak saudara dia ni memang baik hati.
Jenis beriya-iya sambut tetamu. Hidang macam-macam makanan.
Tapi paling best mee soto.
Member aku cakap mee soto mak sedara dia buat memang terbaekkk sampaikan sedara-mara semua request nak makan mee soto setiap kali raya.

Masa member aku ni beraya kat rumah mak sedara dia ni, kebetulan ada tetamu lain jugak yang memang datang lebih awal.
Salam-salam sesame sendiri... then masing-masing cari port untuk duduk.
Sembang-sembang, tetamu pertama tadi dah nak balik.
Bila tetamu tadi tu dah balik, si anak yang keja kerajaan tu terus masuk bilik siap ajak anak bini semua.
Pastu tak keluar-keluar bilik dah.

Yang member ni pulak takde la nak terasa hati ke ape.
Cuma pelik la... sedara sebelah ayah dia, boleh pulak sepupu dia beriya-iya layan.
Tapi bila giliran dia (dia sepupu sebelah mak), terus nak berkurung dalam bilik.

Benda bukan sekali dua terjadi.
Setiap kali raya sejak beberapa tahun lepas lagi.

Yang member aku pulak makin lama makin terasa hati la...
Dah kerap jadi sangat kan...
Sepupu datang rumah, kenapa ko tak layan?
Bukannya anak member ni nakal.
Jauh sekali hadap nak duit raya.
Yela, dalam ramai-ramai adik beradik, dia la kot yang paling berjaya.
Ate keroje gomen kann..

Tapi bila sepupu ni datang rumah, takde la pulak member aku ni nak balas balik.
Kite ada adat.. Layan la tetamu dengan baik.
Mungkin ada selisih apa-apa tapi bermaaf-maafan la...
Kate raya kan.

Mendengarkan cerita dari member ni, aku pun tak heran.
Sebab pernah terjadi pun pada family aku.
Mungkin korang pun ada pengalaman yang same... ke takde?

Tapi realiti zaman sekarang.
Raya pun bukannya nak sembang sesame sendiri.
Masing-masing sibuk dengan handset, tab dan gajet masing-masing.
Yang suke selfie tu selfie la... yang suke online tu, asikk la online.
Orang bersembang pun dah tak dengar.
Pergaulan pun terbatas.
Dah tak berapa nak bergaul sangat dah dek kerana ralit dengan dunia sendiri.

Dulu mase aku kecik-kecik, kalau jumpa sepupu sepapat, riuh hoihhhh!!
Orang-orang tua semuanya duk bersembang dalam rumah.
Yang budak-budak kecik semuanya bergelimpangan berlari sana-sini kat luar rumah.
Happy sangat sampaikan melalak-lalak la tak nak balik rumah bila mak ayah ajak balik.

Sekarang ni... ape dah jadi?
Budak-budak beraya pun dalam keterpaksaan.
Beraya sebab nak kutip duit raya.
Kalau takde duit raya, frust....
Terus aim rumah tu tak best sebab tak bagi duit raya.

Mak ayah budak pun sama.
Bila kite datang rumah dia, takde la nak sambut kite sangat.
Macam terpakse layan.
Ada sedara aku tu (sorilah kalau terasa), asal kitorang nak beraya je mesti buat-buat takde kat rumah.
Padahal kereta elok je tercongok kat porch kereta.
Aku rasa takde sedara-mara aku yang pernah pergi rumah dia kot.
Tapi bila giliran dia datang rumah orang, nauzubillah.
Anak-anak dia nakal ya ampun...
Usik barang sana-sini. Gerun je aku tengok bila anak-anak dia duk main-main sebelah bunga kaca mommy.
Kalau pecah tu, ribut taufan la mommy aku aritu. Huhu...
Tapi takde pun kitorang kata apa-apa.
Takde pun kitorang tak layan diorang.
Kita tahu cemana nak layan tetamu dengan baik.

Kita hidup bersaudara, mestilah bermuafakat.
Jangan pentingkan diri sendiri.
Jangan nak tunjuk sombong tak bertempat.
Tak perlu pun nak berlagak depan saudara-mara sebab orang tak heran pun sebenarnya.

Kite beraya nak happy-happy.
Nak mengeratkan silaturrahim.
Saling bermaaf-maafan kot-kot ada la terasa hati, terguris kat mana-mana yang kite tak sengaja buat.
Bukannya nak buat muka ke ape.
Ni untung la sekarang hidup senang.
Kalau hidup susah di masa depan nanti, bukan ke keluarga dan sanak saudara jugak yang kau cari?

Tapi bagi aku setiap kali raya memang meriah.
Abaikan orang-orang yang negatif.
Biarkan diorang. Takde mendatangkan faedah pon.
Time raya ni la aku nak jumpa sedara-mara, sahabat handai yang dah lama tak jumpa.
Rindu semua orang!
Paling penting, pergi melawat kubur arwah nenek-nenek dan datuk-datuk.
Setahun 2-3 kali je aku pergi ke kubur diorang.
Bersihkan apa-apa yang patut & sedekahkan al-fatihah.
Sedihnya tahun ni aku beraya tanpa orang-orang tua yang bergelar datuk dan nenek.
Tahun lepas at least aku ada la sorang nenek.
Tahun ni ade la nenek tiri sebelah mommy tu tapi kitorang takde la rapat sangat.
Jumpe setahun sekali pun belum tentu.

Memandangkan esok aku dah mula cuti raya, maka tak blog ni mungkin takkan berupdate selama beberapa hari sebab aku rasa aku busy kot balik raya kali ni.
Banyak projek yang nak dibuat.
Ada masa barulah aku akan update blog ni.

Ucapan aku : Selamat menyambut aidilfitri.
Maaf zahir & batin.

Serta,

Kembalikanlah suasana hari raya seperti zaman kita kecik-kecil dulu.





3 comments:

Mimy Hamid said...

jumpa ganu deh...heheheh

Reena Kamarudin said...

memang ada spesis manusia macam ni.
saya pernah juga terkena.
pergi rumah sedara takde sape layan.
kita jelah makan sendiri2.
pastu bila nak balik "eh, nak balik dah ke?"

dah tu ko bajet aku nak bertapa kat rumah engko?

hahaha.

selamat hari raya awak.
kosong-kosong eh.
hati2 balik raya.
muaaahhhhh

Reena Kamarudin said...

memang ada spesis manusia macam ni.
saya pernah juga terkena.
pergi rumah sedara takde sape layan.
kita jelah makan sendiri2.
pastu bila nak balik "eh, nak balik dah ke?"

dah tu ko bajet aku nak bertapa kat rumah engko?

hahaha.

selamat hari raya awak.
kosong-kosong eh.
hati2 balik raya.
muaaahhhhh