Wednesday, July 9, 2014

Sempat aje

Salam readers...

Ya ampunnnnnn... aku bizi sebizi bizinya..!
Hoihhh... kepenatan dah aku hadap kerja 1 hari.
Dah la aku tak cukup tido.
Dengan opis sejuknyaa...
Serius rasa macam duk melepak dalam peti ais bahagian sejuk beku.

Bayangkan laa nak menaip pun, tangan terketar-ketar.
Sebab tu la aku jarang update blog sejak-sejak puasa ni.
Tak selesa la nak menaip.
Huhu...

Dah 3 hari berturut-turut aku hadap statistik.
Ohhh maiiiii.... memang lagiii buat mata aku mengantuk.
So far ada 1 lagi data aku kena masukkan.
Pening tu memang la pening tapi bila dah siapkan kerja... kepuasan tu tak tahu la nak cakap.

Ni dah nak masuk waktu balik rumah.
Opis aku bagi balik awal kul 4.30.
Yahooooo!!
Balik pulak FZ yang datang pick up tetiap hari.
Memang goyang kaki je la kan..

Sebizi-bizi aku pun, akan sempat jugak amik mase 5 minit untuk bukak google usha menu-menu untuk berbuka.
Perlu sangat-sangat untuk menggugel ye kawan-kawan.
Aku bosan hari-hari biase duk makan makanan gerai.
So, bila dah bulan puasa ni, balik pulak awal, memang right time la untuk makan masakan sendiri pulak.

Menu mestilah berubah-ubah setiap hari kan.
Aku pun taknak la masak benda same je.
Macam hari ni aku dah ada menu untuk berbuka!
Yeaaaa!!


Goreng ikan bawal.


Telur masam manis.

Dan mungkin aku buat sikit ikan bilis cili hijau tu.
Makan pulak dengan nasi panas-panas..
Hoihhhh.. terliur dah ni.

Tak sabar nak transform jadi masterchef.
Hehehe...

Korang berbuka apa hari ni?
Ke menu tunjuk-tunjuk je? :D

Apepun, SELAMAT BERBUKA PUASA uollsss!

1 comment:

Jen Jen Areff said...

terbaik la awak. masak sendiri lg puas hati. simple tp sedap. sy pun masak simple2