Tuesday, July 8, 2014

Sepandai-pandai tupai melompat...

Salam readers...

Susulan dari kes housemate aku pakai gunting tu...

Wahhh, ramai benor yang nak tahu ending kisah ni kan.
Hahaha...
Yela, citer ni rare kot.
Hanya orang-orang terpilih je yang mengalami peristiwa yang teramat tragis ini....

Kan aritu aku de syak budak rumah aku guna gunting aku untuk tebas 'lalang-lalang' dia.
Korang paham la maksud aku kan...
Sebenarnya time tu aku cuba la bersangka baik.
Kot la dia memang guna untuk gunting rambut ke ape.
Kejijikkan tu takde la teruk mana kalau setakat gunting rambut.

Tapi memang nature diri aku, aku suka find the solution.
Aku suka dapatkan explain dari orang.
Aku suka dengar pengakuan dari mulut orang tu sendiri sebab aku memang tak suka nak anggap-anggap, tak suka nak rasa-rasa, tak suka nak fikir-fikir.
Kang dibuatnya orang tu tak buat ape yang aku fikir, aku pulak yang berdosa.
Tak ke sia-sia je dapat dosa free?

Hari Jumaat malam.
Petang sampai malam aku kuar dengan FZ.
Berbuka sama-sama pastu jalan-jalan KL.
Balik dalam pukul 9 lebih camtu.

Mase balik, rumah memang takde orang.
So, aku berkurung la dalam bilik.
Tv aku kan semua ada dalam bilik.
Aku ingatkan takde la orang balik ke ape.

Dekat kul 10 camtu, baru aku kuar bilik sebab nak gi dapur minum air.
Terkezuttt gak aku tengok tetibe 'si dia' dah tergolek-golek depan tv kat ruang tamu.
Bersantai nampakkk...

Jantung aku ni dah dupdapdupdah ni....
Nak discuss ke tak nak... nak discuss ke tak nak.
Ragu-ragu sebenarnya sebab hati aku cepat panas sekarang ni kalau tengok dia.
Aku masuk bilik semula.
Fikir elok-elok dulu sebelum buat keputusan.
Takleh jadik ni... memang kena discuss jugak.
Dah pikir, aku keluar balik dan pergi kat M.

Aku : M, K.na ada benda nak settle dengan awak ni....
M : Hah? Ok...ok...
Aku : Perlahankan la sikit tv tu...

(For korang punye info, aku tatau la dia ni pekak ke ape... setiap kali dia tengok tv, volume tv tu kuat macam kan nak bagi 1 blok dengar. Bergegar rumah aku.)

Aku ada rekod perbualan aku dengan dia selama 3 minit.
Aku try upload dalam entri ni tapi tak dapat pulak.
Asik error je.

Dalam discussion tu, dia asik la duk tanya gunting mana..gunting mana.
Aku cakap gunting dapur la...
Pastu boleh pulakk dia deny.
Memula dia ngaku la yang dia guna gunting tu tapi untuk potong rambut.
Aku serkap jarang lagi...
Aku cakap aku pernah nampak rambut halus camtu & rambut dia tak halus seperti rerambut yang ada di gunting.

Tapiii dia tanya lagi, "gunting mana ni?"
Aku cakap la, "gunting dapur la..."

Aku cakap aku ada bukti.
Dia boleh tanya aku apa bukti.
Aku geram, aku cakap, "Sebelum awak amik gunting tu, ada tak awak tanya sesapa pasal shaver?"

Time ni memang nampak dia terdiam.
Ko nak deny sangat kan?? Deny la sekarang!

Pastu dia terus cakap "Takpe la M ganti baru.."
Aku cakap, "K.na nak awak mengaku je..."

M : Mungkin kot sebab gunting takdak mase tu...

What the??
Ekslusif sungguh pengakuan dia tu...
Sebab mase tu gunting dia takde, dia boleh guna gunting aku??
Gunting dapur pulak tuuu!!

Dia : M tatau pun tu gunting dapuq.
Aku : Takkan la awak tak tahu! Tengok bentuk gunting pun orang akan tahu la tu gunting dapur. Gunting kertas, bentuk lain! Gunting jahit bentuk lain! Dah sah-sah K.na letak gunting tu kat dapur memang untuk masak.

Aku : Ok fine kalau memang betul awak tak tahu tu gunting dapur. Tapi tu gunting orang!!! Bukan gunting awak! Awak guna gunting orang untuk kerja jijik tu!! Kenapa? Terdesak sangat?? Dah panjang sangat dah ke?? Ada kutu??

Tapi budak ni memang suka twist citer.
Salah memang pada diri dia tapi dia nakkkk jugak korek salah orang.
Macam-macam la yang dia kata & salah satunya dia kata aku layan dia teruk.

Aku : Awak rasa bila K.na start layan awak teruk?

Dia diam.
Dah kalau betul dia ada fakta tentang ni, cakap la..
Ini tak, diam semata-mata.

Aku : K.na takde pun layan awak teruk. K.na cuma tak tegur awak je. Sejak bila?? Sejak hal mesin tu. Awak tak dengar kata! Awak expect K.na nak senyum lagi ke lepas awak buat camtu??

M : Tapi kalau K.na nampak saya duk kat ruang tamu, K.na cepat-cepat tutup pintu semua...

Aku : Tak payah la, M. Tak payah... Lepas kejadian tu, awak ingat K.na nak hadap lagi ke muka awak? Tengok muka awak pun K.na tak nak la!

Banyak lagi sebenarnya benda yang dia cakap.
Sampai 1 tahap aku dah naik bosan bila dia asik duk cakap, "Kenapa k.na camtu... kenapa k.na camni..."

Aku : Kenapa awak asik tanya, kenapa k.na camni..kenapa k.na camtu?? Kenapa awak tak tanya sendiri, kenapa awak camni...kenapa awak camtu?? Kenapa awak tak fikir tentang orang lain?? Kenapa diri awak camni?? Yang awak asik nak pointing finger kat orang ni kenapa?? Dah awak salah, just down to earth and say sorry. Then full stop!! Tak payah dah nak question kenapa orang ni camtu camni! Ni tak... awak dah salah, lagiiiii awak nak korek salah orang lain! Muhasabah la, M!!

Dan paling tak tahan bila dia start melaga-lagakan orang-orang dalam rumah.

M : Hana & Sarah rapat ke?
Aku : Dia opismate, kerja sama-sama.. mesti lah rapat.

Dia sengih.

M : K.na tak tahu Sarah ada cakap belakang...

Aku : Hei, M! Tak kisah la cakap belakang ke ape. Tapi sekarang masing-masing dah ok. Semua orang ada keburukan yang buat orang lain cakap belakang pasal dia. Bos kite ada cakap belakang pasal kite, kawan-kawan kite ada cakap belakang pasal kite, even mak ayah kite sendiri ada cakap belakang pasal kite. As long as depan elok, takde buat masalah, bagi k.na itu bukan masalah besar.

Seriously aku tak faham kenapa dia nak melaga-lagakan orang.
Macam yang aku cakap la, kalau dah salah, just down to earth, saya sorry and thats all.
Takyah lanjut-lanjutkan benda-benda lain untuk heret orang lain untuk join jadi pesalah jugak.

Masing-masing ada salah silap.
Kalau benda tu kite boleh let go, then let go.
Omputih kate, let bygone be bygone.
Tapi kalau kau dah silap and still sibuk nak point finger kat orang lain pulak, what do u expect??
Simpati orang??
Nak brain wash orang??
Nak buat orang lain gaduh sesame sendiri pulak??

Semalam budak-budak bilik dia buat meeting bilik.
Aku tak join la sebab aku kan duk bilik lain.
Roommate dia sendiri pun ada banyak sangat benda nak discuss dengan dia.
Bukan niat nak cari pasal tapi nak menyedarkan dia tentang attitude dia yang tak menyenangkan tu.

But STILL, dia duk bercakap pasal aku.
What theee!!!
Dah kau kenapa budak??
Kau buat salah, kau lagi nak tunding jari kat aku!
Depan aku, kau laga-lagakan orang-orang dalam rumah.
Depan roommate, kau buruk-burukkan aku.
Penyakit ape kau nih??

Meeting habis, Hana datang masuk bilik dan ceritakan semua.
Aku gelakkan aje dengan ketidakmatangan M ni.
Tatau dah aku nak buat cemana.
Hana kata M menangis.
Aku tak caya dengan airmata dia tu.
Mungkin betul dia sedih. Tapi bukan dia insaf.
Dia sedih sebab semua orang hentam dia.

Malam yang aku discuss dengan dia tu pun, dia ada jugak say sorry.
Siap salam cium-cium pipi lagi....
Tapi last-last ape dia buat?
Burukkan aku jugak...
So, bagi aku permohonan mintak maaf dia tu takde makna...
Maaf yang tak ikhlas.

Kite ni kalau tak buat silap, takdenye orang nak tegur.
Kite buat silap la, ada orang yang menegur.
Kalau bila ditegur asik nak sentap je, cane?
Ditegur sentap... tak ditegur, kite pulak yang sakit hati.
So, cane nak buat?

Tak tahu la aku.
Bergaduh dengan budak tak matang ni, payah sikit.
Dia salah pun, dia kata orang lain salah jugak.
Dia guna gunting aku untuk potong bulu pepek dia, last-last nama aku jugak yang diburukkannya.

Lantak kau la dik non.
Asalkan kau bahagia bila semua orang tak suka kau.

1 comment:

Reena Kamarudin said...

wow makin menarik cerita gunting ni ehehe.