Thursday, July 17, 2014

Tantrum Kiki

Salam raeders...

Wahhh... glemer mak ngah sekarang ye.
Dah puas tantrum depan Uncle Sim, stesen radio berpusu-pusu nak panggil hengko ye.
Ewahhh...ewahhhh...
Polis call, tak jawab.
Stesen radio jemput datang konti, awal-awal pagi dah tercongok dah kat situ.

Aku memang salah seorang yang bengang dan marah dengan pembuli jalan raya yang bernama Kiki.
Hoihhh.. hangin kot aku tengok video tu.
Kalaulah aku berada di tempat uncle tu, kompem-kompem dah lama aku hempuk je dia bagi dia sedar sikit yang dia sedang kurang ajar dengan orang yang sebaya atau lagi tua dari ayah dia sendiri.


Pailang sungguh ni.
Padahal baru je pakai kereta Peugeot.
Belum lagi kereta BMW ke ape..
Padahal kereta Uncle Sim tu 'cium' sikittttttttt je bontot kereta CDM25 tu.
Setakat polish tu, calar boleh hilang laa.
Tapi amarahnya tu macam 1 kereta yang kemek.
Siap pegang steering lock lagi.

Kesian Uncle Sim.
Banyak kali sebut "I don't have any intention.." tapi minah ni tetap la takleh kawal tantrum dia.
Amboiiii... hang ni gengster ke ape mase kat sekolah dulu??

Tak pepasal aku jadi stalker FB dia.
Beribu-ribu komentar yang dia dapat dan kebanyakkannya caci maki.
Siapa yang tak marah oiii...
Nampak sangat kurang ajar nyee...

Ni kalau dia still bujang, bakal mak mertua kompem tak berkenan ni.
Kalau dia kahwin, kompem family masing-masing malu punya anak/menantu yang glemer dengan kebiadapan.
Silap-silap benda ni dia kena bawak sampai bila-bila.
Yela... tak pernah-pernah ada kes pompuan mengamuk macam ni.
Mengamuk tu satu hal la.... berlagak pulak tu. Dah la racist.
Haihhh laaaa...

Sorry to say, I don't think her apology is sincere from her deep heart.
Nampak dari FB dia yang dia still menjawab.
Print screen komen-komen orang.
For what??
Nak tunjukkan orang lain pun ada buat salah?
Aku nak cakap, Kiki ni memang ego.
Well, tengok muka pun dah tahu dia cemana.
Tengok cara dia senyum tu... nampak angkuh sungguh.

Pandai buat, pandai-pandailah tanggung.
Aku rasa kalau video tu tak tersebar, dia takkan mintak maaf pun kat uncle tu.
Ni disebabkan nama dah rosak, so nak tak nak memang kena mintak maaf dengan harapan semuanya akan jadi normal balik.
Memang tak laaa kan.

Sekarang ni, dek kerana kesombongan dan keangkuhan diri, hidup dah tak tenang, ketakutan.
Mana tak takutnye.... kat FB tu dah berlambak-lambak orang share gambar rumah dia.
Orang luar ni pun satu.
Macam dah takde kije lain.
Pergi rumah orang, snap gambar...
Dah macam perompak pun ada.
Gerun pulak aku rase.

Membaca komen-komen dari pengomen kat FB kiki pun, dah buat aku gelak.
Ada 1 komen dari seorang kakak, 

"Maaf cakap, muka adik ni mmg tak lawa. Tapi jagalah perangai. Ini dua-dua dah la tak lawa. Apa lagi yang tinggal?"

Aku rase aku sependapat dengan kakak ni.
Aku lupa nak print screen komen kakak ni.
Try cari dah tak jumpa dia komen kat post mana.
Hahaha...

Bukan nak mengeji ciptaan Tuhan, tapi hakikat kott...
Jagalah perangai tu sikit.
Yang nak mengamuk-ngamuk, tantrum depan orang ramai tu kenapa??
Benda kecik je pun.
Bukannya kemek sangat... bukannya ada cermin pecah ke ape...
Calar sikit je.

Alasan kenapa mengamuk adalah kereta tu ada nilai sentimental.
Haihhh laaa... semua benda yang kite ada memang ada nilai sentimental.
Come on laa...
Tak perlu pun keluarkan steering lock bagai.
Bulan puasa kot.
Bawak la bersabar.
Dah la kau bertudung.
Buat perangai taikk macam ni, tak pepasal imej orang-orang bertudung yang lain tercalar sama.

Ni dah glemer camni, suka la kann...
Bajet retiss la lepas ni.

Kalau aku la... tak beraya dah aku tahun ni.
Baik tido selubung dalam selimut dari nak hadap muka family yang sekarang ni kompem tengah malu dengan kebiadapan ahli keluarga diorang.





No comments: