Wednesday, August 13, 2014

Balik kampung raya 2014

Salam readers....

Kisah raya dah habis.
Hari ni kita patah balik cerita sebelum raya; which is hari aku bertolak balik ke kampung.

Macam biase aku amik tiket bas Sani Ekspress yang sekarang ni dah tak berapa nak ekspress sangat.
Kalau amik tiket malam, memang ekspress...
Tapi kalau amik tiket pagi atau tengahari memang haram hazabunnn si driver ni banyak kali berhenti.
Aku balik hari Khamis, 24 July.
Tiket aku amik tengahari kul 1.30.
So kalau dikire 5jam perjalanan tak campur dengan berhenti solat jamak, maknanya dalam pukul 7 camtu sampai ke K.T.

FZ yang hantar aku ke Hentian Putra.
Tapi sebelum ke sana, kitorang sempat la kuar kejap jalan-jalan masuk Sogo.
Shopping last kopekk.. hahah.
Orang takde la ramai sangat. Orang kerja lagi kan.
Memang selesa la sikit nak shopping.
Sempat aku sambar wallet Guess baru. Hahaha... kopakkk duit hoih!

Dalam kul 1, bertolak ke Hentian Putra.
Sebak mase meninggalkan kekasih hati.... ewaahhh.. poyoss sangat! Haha..
Yela, FZ kerja lagi sampai hari Sabtu.
Kesian boifren aku.

Bas bertolak pukul 1:40 camtu.
Aku plan nak berhenti kat Kemaman...
Iwan akan amik aku kat situ dan balik dengan kereta dia.
Aku sebenarnya tak selesa sangat naik bas.
Tu yang aku suruh Iwan tunggu aku kat Kemaman tu.
Aku dah kire masa... Biasenya perjalanan dari KL-Kemaman amik mase dalam 3-4 jam.
So, dalam pukul 5:00-5:30 petang camtu boleh la aku sampai Kemaman.
Sempat la aku balik makan kat kampung sebab kalau Iwan driver dari Kemaman- KT, amik mase dalam sejam setengah je.

Tapiiiiiii........ bas yang aku naik tu terkemut-kemuttt..
Berhenti banyak kali!!
Aku tengok ramai gak yang stress sebab bas berhenti banyak kali.
Mungkin ramai yang target nak berbuka kat kampung.
Tapi macam tak kesampaian je.

Time berhenti tu pulak tak ramai pun yang turun.
Kul 3, berhenti.
Kul 5, berhenti lagi...
Maaf la kalau aku silap sebab aku pun jahil.
Tapi aku rasa kalau perjalanan jauh macam KL-Trg ni, kite leh solat jamak kan?
Ke aku salah? Kalau aku salah, tolong betulkan ye.

Kalau solat jamak, boleh short kan masa untuk berhenti.
Dan cepat sikit sampai kampung.
Entah la... aku jahil sikit bab-bab agama ni.

Pukul 5 tu sebenarnya baru nak masuk tol Jerangau-Jabor!
Pastu diorang boleh berhenti pulak kat situ dalam 30-40minit.
Budak sebelah aku dah mengeluh dah.
Mungkin dia pun target nak berbuka kat rumah kot.

Aku call Iwan, aku suruh dia booking je makan kat mana-mana kedai kat Kemaman tu.
Kalau gini la caranya, silap haribulan aku berbuka dalam kereta nanti.
No...no...no...
Aku ni dah la tak sahur hari tu.
Gila lapar kot..

Sampai depan Kemaman Centre Point dah pukul 6:15.
Ok, marilah kite berbuka kat Kemaman je.
Iwan cakap dia dah order dah makanan kat Restoran Zan Is.
Bagus..bagus....bagus...

Lega bila dapat naik kereta dengan Iwan.
Selesa pon selesa...


Sampai kedai makan, tengok ada 1 segerombolan anak-anak yatim buat majlis berbuka puasa kat situ.
Aii is segan sebab ramai gile kot ustaz dan ustazah kat situ.
Plus meja aku kemain penuh makanan padahal makan berdua je.
Diorang pulak makan ramai-ramai apa adanya.
Order pun benda-benda basic je macam nasik, tomyam, pastu lauk ape ntah... aku tak berapa nampak.
Nak je aku sedekah sikit buat tambah lauk diorang tapi tak terbuat.
Serius niat tu ada..
Pernah tak korang ada pengalaman cam aku dimana korang niat nak bersedekah tapi tak buat pun. Bukan sebab berkira atau ape, cuma tetibe je rasa cam nak buat tapi segan la, malu laa dan ada perasaan tak tahu nak mulakan dari mana atau dengan sape.. Pernah tak rasa camni?
Aku banyak kali kot rasa camtu.

Ok, meh kite layan gambar makanan pulak.
Dah panjang lebar dah aku bercerita.
Penat jugak taip banyak-banyak nih.


Siakap 3 rasa.


Telur dadar yang sedap tapi too oily.


Kailan ikan masin.


Daging masak merah & tomyam seafood.
Tomyam tu pedasss gilosss...
Berpeluh-peluh aku makan tapi sedaappp!!


Agar-agar buah naga.
Aku kurenggg sikit agar-agar tapi tuan kedai bagi free kan..


Udang goreng tepung. Sedap jugak.


Laici ais aku punya.
Yang 2 gelas lagi tu semua Iwan punya.


Dia ni dah kerap sangat dah masuk blog aku nih...
Kalau korang tak cam lagi muka dia, tak tahu la nak cakap ape...


Zan Is Tomyam dan Seafood.
Aku recommend jugak korang untuk try makan kat sini sebab masakan dia pun boleh tahan sedap dan portion banyak.

Lepas berbuka, terus zassssss balik K.T.
Tak sabar dah nak melepekkk atas katil kat kampung tu.

Kul 8 kitorang bertolak..
Dalam pukul 9:10 malam kitorang dah sampai rumah kampung dengan selamatnya.
Syukur alhamdulillah!

Dah lama sangat tak jumpa kakak ipar, terus malam tu kitorang bergosip sampai masuk waktu sahur.
Hahaha...
Kemain kan buat ketupat.
Paling kelakar, abang dan adik-adik aku semua bergelimpangan tido kat ruang tamu without bantal dan selimut.
Dah makan sahur, barulah masing-masing masuk bilik.


2 comments:

Liyana said...

pernah! rasa nak sedekah sbb kesian tp segan. so acaner pahala tu dpt ke x hihi

Reena Kamarudin said...

pernah. tapi takut kene rejek hehe sebab pernah sekali la dulu dulu hulur air kat budak yang menangis nak air tapi mak dia kata "no".
yelah, maybe mak dia berjaga-jaga takut saya letak apa-apa dalam air tu. tapi saya takde muka penjahat kan? hahah