Monday, August 25, 2014

Berbuka di The Manhattan Fish Market

Salam readers...

Aku nak habiskan entri-entri lama yang tergendala.
Ni semua citer-citer masa bulan puasa aritu.
Lama kot terperam je gambor-gambor ni dalam pc.
Mase bulan puasa tu rasa malas je nak update.
Tertangguh la entri sampai sekarang baru nak publish.
Mihmihmih...

Aku kan duta MV.
Biase sangat dah pergi MV tu.
Sebut je nama kedai ape, zassssss sekelip mata je aku tahu kat mana lokasi kedai tu.
Hah, gittew kan.

15 July lepas, FZ bawak aku pergi berbuka kat MV.
Time tu teringin sangat nak makan kat The Manhattan Fish Market (TMFM).
Dah booking meja, kitorang terus jalan-jalan jap dalam MV tu.
Tengok deko-deko kat situ.


Aku suka tengok deko-deko yang pihak MV buat sempena perayaan.
Hari tu kan musim raya puasa.
So deko kat MV memang cantik-cantik.
Suke tengok.

Dah suka tu, marilah kite amik gambar.




Macam ada pertandingan wau je.
Cantik gambar-gambar kat wau tu.
Berseni sungguh.


Kat atas pun ada wau-wau yang digantung.
Tetibe FZ rindu pulak nak main wau.
Wau-wau dia semua tergantung kat dinding rumah aku.


Kami ~*


Wau ni pon cantik kan...

Dah jalan-jalan, tengok lambat lagi waktu berbuka.
Aku ajak FZ pergi ke MPH.
Lepak-lepak kat sane sambil baca buku.
Ada gak faedah.


Selfie jap.

Aku & FZ amik buku-buku masakan.
Seronok tengok resipi-resipi yang ada.
Ada resipi yang aku rasa senang, aku snap je gune phone.
Jimat, takyah beli buku.
Mahal. hahaha...

Dah dekat pukul 7, barulah kitorang patah balik pergi ke TMFM.
Orang ramai kot kat situ.


Jarang kan nak dapat gambar dia tengah gelak camni.
Asal amik gambar je, mesti buat-buat muka masam.
Bajet garang sangat la tu....


Cover sikit perut tu, bang oiii!
Hahaha..


Muka aku memang ceria-ceria je selalu.
Ada masalah ke, takde masalah ke memang aku akan senyum.
Cool cool je sudehh... kan?


Inilah yang kitorang makan!


Nyumsss..........

Sedap okeh sehingga menjilat jari.
Kenyang sangat makan ni.
Berbaloi-baloi...


No comments: