Friday, August 15, 2014

Berbuka puasa sefamilia

Salam readers...

Tahun ni memang aku ada niat nak belanja satu family berbuka kat luar.
Bagi mummy rehat satu hari takyah masuk dapur.
Kebetulan pulak aku memang balik kampung awal.
Kak Long pun balik awal jugak.
Memang sedang elok sangat la kalau nak belanja makan ramai-ramai.

Hari Jumaat aku keluar shopping dengan Abang Yu satu family.
Saje shopping sebelum raya.
Lagipun nak jalan-jalan tengok bandar Ganu.
Lame dah tak jalan-jalan camtu bile balik kampung.

Dah alang-alang kuar sekali, aku tanya la Abang Yu kat mana tempat best untuk berbuka.
Tengahari tu jugak kitorang pergi survey kat D'Muara.
Restoran D'Muara ni femes la jugak kat Ganu. Plus dekat sesangat dengan rumah aku.
Tapi sayanggg, time tu dah habis dah pakej untuk berbuka.
Kedai memang tutup terus.
Takpe, anggap je takde rezeki.

Pastu Kak Ejam suggest makan kat Matahari Oriental Cuisine, bersebelahan dengan Giant KT.
Terus kitorang zassssss pergi ke restoran tu.
Tapi restoran tutup tengahari. Kena call untuk buat booking.
Call tuan punya restoran, dia kata meja fully booked untuk hari tu.
Aku cakap la kalau dapat hari ni, esok pun boleh.
Tuan kedai cakap nanti dia call balik.

Petang tu, aku keluar pulak dengan Kak Long satu family dan daddy.
Kitorang pergi ke Bazar Ramadhan Shah Bandar.
Saje je la pergi sana... nak cari kuih-kuih tradisional.

Tengah duk usha-usha kuih, tokey restoran tadi call aku.
Dia cakap ada meja untuk aku untuk keesokkan hari.
Alhamdulillah.
Dia cakap sepatutnya dia amik deposit tapi dia trust aku.
Mungkin sebab aku bersungguh-sungguh sangat kot. Hahaha...
Then, settle.

Sebenarnya aku tak bagitahu sesape pon yang aku nak belanja makan.
Bila dah confirm dapat tempat, barulah aku bagitahu semua orang.

Sabtu petang, kitorang satu family pergi ke Matahari Oriental Cuisine.


Orang yang belanja... :)


Ibu mertua & menantu...
Kak Ejam dah jadi menantu kesayangan dah sekarang ni.. :)


The girls..


Iwan dan Shazrin.

Gambar Kak Long, Abang Zam dan daddy takde.
Kemana ntah diorang pergi time ni.


Pakej berbuka puasa bagi tahun 2014.


Kalau hari biase, ada steamboat.
Tak tahu la sedap ke tak.. aku tak pernah rasa lagi.
Maybe next time la rasa kot...


Nak makan set lunch/ dinner pon boleh jugak...


Hari tu aku amik pakej untuk 10 orang.
Tapi kena tambah extra nasik, air dan lauk.
Family aku saje pon dah 13 orang.
Aritu aku tambah ikan sweet sour. Sedap gak sweet sour dia.
Lagi 1 ikan aku order siakap 3 rase; tak sedap sangat sebab ada belacan.
Yang lain ada udang butter, ayam goreng lemon, daging black pepper, tomyam seafood....

Time berbuka masing-masing bertambah-tambah nasiknya..
Tu pun lauk takleh nak tambah dah.
Kalau lauk boleh tambah, memang aku tambah lagi sebab menengokkan semua orang berselera sangat makan.
Yang boleh tambah pon tomyam je.
Nasik tambah 3 bekas...
Air oren tambah 2 kali; pastu yang last aku tambah ais kosong.
Wahh.. memang penuh la perut memasing.

Dah habis makan, lepak-lepak jap..
Pastu baru balik rumah.

Malam tu aku dengan Abang Zam sakit perut.
Bukan ada makanan tak elok ke ape.
Tapi sebab perut kitorang jenis tak berapa tahan pedas...
Masa berbuka tu aku hirup tomyam banyak sangat..
Tomyam dia tu pedasssssss gileeeee....
Berdesing la mulut masing-masing masa makan tomyam tu.
Siakap 3 rasa pun pedas jugak.

Orang lain elok je takde sakit perut ke ape.
Aku dengan Abang Zam je.
Tu pun Abang Zam lagi teruk sakit perutnya.
Aku at least berry sekali je, terus hilang.
Abang Zam berry banyak kali pun, tak hilang-hilang jugak.
Hahahah...


So, itu je la cerita berbuka puasa sefamilia aku.

Aku ni kalau ada duit memang tak sayang nak belanja family.
Keutamaan aku adalah family.
Kalau aku senang, aku nak family aku pun senang.
Kalau sekalipun aku susah, aku akan cuba jugak buat family aku senang.

Zaman sekarang ramai anak-anak yang berkira dengan family.
Untuk girlfriend, boyfriend, suami, isteri, anak-anak langsung tak berkira.
Diorang mintak je ape-ape, semua dituruti.
Tapi kalau adik-beradik mintak tolong, duit bulan-bulan mak ayah, seringgit pun susah nak hulur.
Kalau bagi pun, mesti dengan tak ikhlas...
Mulut muncung macam donald duck...
Aku tak nak jadi macam tu.
In sha ALLAH aku akan cuba menyenangkan family aku sampai akhir nafas aku.



No comments: