Thursday, August 21, 2014

Cerita bulan puasa

Salam readers....

Oh hooooo hoooiiiiiiiiiiiiii.... (tiru Datuk M. Daud Kilau)

Cerita dari zaman purba baru nak di publish ye Diana!
Bagus betul. Hahaha..
Takpe la awok-awok... at least tetap ada cerita kan.

18 July 2014, aku apply AL dengan bos aku sebabnya family aku nak datang KL.
Yuuuhhuuuu!!
Diorang sampai awal dah. Tapi tu la aku kan kerja.
Takleh la cuti lama-lama.

Khamis malam aku balik rumah Kak Long.
Tapi sebelum tu FZ ajak kitorang berbuka sama-sama dulu kat Restoran Mahbub.
Aku rasa aku tak cerita lagi kot yang ni.
Takpe, next entri nanti eh.

Dalam 8 lebih camtu, aku sampai rumah Kak Long.
Rehat-rehat pastu diorang sibuk pulak ajak aku pergi Danau Kota.
Patah kaki hoihhh!!!!
Tapi takpelah... bukan selalu pon kan.

Balik dari Danau Kota dah lewat malam.
Mandi-mandi, tengok tv kejap, pastu tido.

Next day, Iwan ajak pergi Times Square pulak.
Aku dengar Times Square je terus lemah badan...
Terbayang-bayang dah serabut dengan budak-budak takde hala tuju.
Paling serabut bila tengok budak-budak Melayu rosak kat situ.
Yang pompuan perangai macam bohsia. Yang lelaki perangai macam bohjan.
Serius menyampah...

Eh eh.. emo pulak dia.
Mihmihmih...

Daddy, mummy dan Kak Long pergi ke Jalan Tar.
Aku, Iwan dan Alia pergi ke Times Square.
Macam biase aku pergi naik teksi.
Takmo la naik train. Penat..


Kat area rumah Kak Long ni senang je nak dapat teksi.
Pastu driver teksi kat sini tak memilih pon tempat mane nak pergi.
Cakap je nak pergi mane, nanti dia hantar.
Kalau driver teksi kat area Kerinchi, semua poyo-poyo..
Yang dekat-dekat taknak hantar.
Nak yang jauh-jauh.
 Ade tu pulak taknak hantar yang jauh, nak yang dekat-dekat je.
Nyampasss!
Sebab tu aku lagi suka naik teksi 1 Malaysia.
Mana-mana diorang kena hantar.
Sampai ke negeri lain pon.
Kalau dia taknak, nanti boleh report.
Dan paling penting teksi 1 Malaysia ni memang selesa.
Ape yang tak selesa nyee... besar kot. Kereta Exora okeh.

Ok, dah sampai Times Square kena la merayap-rayap sampai tingkat atas.
Tingkat atas barang lagi murah.
Tingkat yang bawah-bawah ni banyak baju mahal je.

Masa zaman aku kurus dulu seronok la datang sini sebab ada saiz baju.
Berkenan je, beli.. berkenan je, beli.
Sekarang aku dah bambam... saiz baju adalah yilek!
Nasib la kan... sape suruh makan banyak?

Iwan sibuk sangat nak pergi Romp.
Dia suka seluar jeans kat sana.
Eh sekarang ni Romp dah ada saiz untuk orang besar eh?
Sampai saiz 38.
2-3 tahun lepas aku pergi Romp kat MV dia kata sampai saiz 32 je.
Ke kat TS ni je yang ada saiz sampai 38?
Ke aku salah dengar?
Eh..!


Dah ada lelaki sorang, aku suruh dia je la yang bawak barang.
Gataiii sangat nak datang sini kan.
Aku memang flat gile dah kaki ni.
Yela, nak angkat kaki 5 kilo ni pun dah tak larat. Cano tuh?


Amik gambar jap kat sini sebagai bukti kat FZ yang aku kuar dengan adik dan anak sedara.
Bila ajak join, taknak!
Pastu meroyan sebab aku kuar dengan orang lain.
Siap tuduh-tuduh aku bawak orang lain jugak.
Ala, dengan adik dan anak sedara je pon.
Mana ada bawak orang lain.
Aku nyampah kalau orang tuduh tak kena tempat ni.
Ahhhh... nyampasssss!!
Orang gile je suka tuduh bukan-bukan nih!

Eh, emo lagik! Sigh....


Iwan dan Alia.


Alia sekarang dah besar.
Kalau aku dan Iwan plan nak pergi mana-mana, dia mesti akan ikut.
Takdenye dia nak ikut mama dia pergi shopping sebab dah terbiasa sangat ikut mama dia tu.
Lagipun mama dia tu asik-asik pergi Jalan Tar-Masjid India.
Idok le rase nak bawak mummy daddy tu pergi tempat lain.
Tapi nak buat cemana, mummy pun suka pergi Jalan Tar tu.
Tempat shopping kegemaran mummy tuuu!


Iwan tu sibokk je nak sabotaj gambar aku.
Senyap-senyap je dia inter frame kat belakang.
Grrr!!


Yang minah ni pun memang suka jugak selfie guna henset aku.


Suka datang area ni sebab pijak lantai yang ada color tu.
Jakun sungguh!


Tangga kat belakang tu bila kite pijak je, dia bunyi piano.
Sengaja je tunggu semua orang turun dulu, pastu baru kitorang turun.
Semata-mata nak dengar bunyi piano tu kann...
Very the kgdotcom ok. Anak sape la ni? Hahah..


Time ni aku dah letih sangat dah.
Tercari-cari mana tempat yang boleh duduk.
Berjalan dengan orang kurus ni memang payah sikit.
Aku yang bambam ni termengah-mengah kejar diorang.
Grrr...


Eh, mamat poyo mane nih?
Pasan ensem la tuh...

Dah shopping semua, Iwan kata dia nak belanja tengok wayang.
Citer The Planet of the Apes.
Aku punyalah penat sampai 15minit pertama movie tu, aku boleh tertidur.
Aku ingatkan cerita ni tak best.
Rupa-rupanya best gile.
Rasa nak tengok buat kali kedua je tapi FZ pulak takde mase.
Nak pergi tengok sorang-sorang memang tak la kan..


Masa ni kitorang tenagh duduk-duduk sementara tunggu waktu tayangan.
Penat gilossssss...
Dapat duduk sekejap ni rasa best pulak.
Boleh hilangkan lenguh kaki ni.

Balik rumah dah petang masa tu.
Rehat-rehat... tengok mummy masak.
Sehinggalah berbuka.....
Memang heaven habis makanan berbuka hari tu.
TQ mummy sebab masakkan menu berbuka yang best-best!


Ketam masak cili api, udang masak sambal merah, ikan kerapu bakar, sotong goreng kunyit, ayam kicap...
Fuhhh.. lengkap.
Tu yang best bile berbuka dengan family tu.
Menu memang terbaekk!
Kalau makan kat kedai ni, mau nye bayar ratus-ratus.
Makan kat rumah, jimat.
Makan banyak-banyak pon boleh!



No comments: