Monday, August 11, 2014

Cerita Raya 2014- Bbq Time!!

Salam readers...

Masuk hari raya keempat, aku dah malas dah nak pergi beraya ke mana-mana.
Serius.... Plus aku pun dah mula rasa tak sihat.
Yela, asik makan nasi dagang je.
Nasi dagang tu kan dibuat dengan santan.
Santan ni kalau makan banyak-banyak boleh melemahkan badan tau.
Pls take note pada mana-mana yang ada baby atau anak-anak kecik supaya kurangkan atau elakkan terus bagi anak-anak makan pulut atau ape-ape yang bersantan ye.
Takde la sebab yang sahih tapi aku dengar dari cakap orang-orang tua.
Kadang-kadang cakap orang tua ni boleh pakai jugak.

Tapi memang betul badan aku rasa lemah semacam je...

Siang raya ke 4 tu aku just duk rumah.
Orang lain sibuk la kuar beraya dan pergi open house.
Aku dah takde mood dah nak beraya.
Kemain baju raya tahun ni aku buat sampai 5-6pasang.
Tapi raya ke4 je mood beraya ko dah kelaut kannn...

Sebab kesiankan aku kot-kot tak makan tengahari, mummy masakkan nasi siap-siap.
Tinggal aku nak masak kuah ape je..
Aku senang je.... masak sardin je sudehhh.
Mummy bising la sebab aku nak masak sardin sebab doktor kan larang aku dari makan sardin.
Ahhh, aku fedulikkk hape.
Malas aihhh nak berpantang-pantang.
Makan ape adanya sudehh.

Rupe-rupenya hari tu Iwan pun ada kat rumah.
Dah masak sardin, Iwan pun join makan sekali.
Dah kenyang, tido.
Tu je la kerja aku sepanjang hari tu.
Eh, ate badan tak sihat kan.
Mestilah kena banyak rehat.
*statement orang malas sebenarnye ni.....:D

Dan sepanjang hari tu jugak la aku langsung tak tengok henset.
Bising FZ.
Yela, dia mesej semua aku langsung tak layan.
Malas sebenarnya.
Aku nak rehat serehat-rehatnya...

Lepas Isyak, baru kuar rumah pergi open house kazen aku.
Diorang buat bbq.
Ha, yang ni aku bersemangat sikit.

Masa sampai tu anak-anak kazen aku sibuk tengah bakar lamb, chicken, sosej...
Aku pun join diorang sekali...
Tapi join tengok je la... haha!


Engku Syazwi...
Dia ni dulu bambam sangat... lagi tembam dari aku.
Tapi sekarang makk aihhh, kurus cekeding.

Rahsia dia, dia berpuasa selama 16 jam setiap hari.
Maksudnya kalau last dia makan kul 7 malam, maknanye dia boleh makan pukul 11 pagi keesokkan harinya.
Pastu dia kata dia tak makan fast food langsung.
Minum air putih je... say no to air manis-manis.

Senang je kan cara dia berdiet.
Tapi tu la, aku nak buat jugak tapi susahnye ya ampunnn...
Fast food tu yang aku takleh tinggal tu...
FZ pulak sengaja je sabotaj.
Lately asik bawak aku pergi makan fast food je...


Daging kambing biri-biri yang sedap ituuu...
Lupe plak nak tanya resipi marinate..



Sepupu sepapat lelaki makan dulu..
Yang pompuan sibuk bergosip kat dalam rumah.
Hihi..


Makaroni bakar.


Puding kastard... yang ni aku tak rasa sebab aku ni kurenggg sikit bab-bab puding.


Salad


Seafood aglio olio dan spaghetti...


Bolognese sauce..


Sambal nasi lemak ikan tongkol.


Sambal nasi lemak ikan bilis...

Orang melayu kite kannn...
Mana-mana pergi pun tetap akan cari masakan melayu jugakk...
Aku pun sempat makan sepinggan nasi lemak ikan bilis...
Sedappp ohhh..
Pedas berdesing sampai berpeluh-peluh aku.


Fries...


Banyak jugak daddy makan malam tu...
Habis dia makan. Dah lupe la tu pantang makan tuuu...


Selfie lagiiii.... grrrrr....
Shazrin dan Faris (anak kazen aku).


Emma, Baby Afiq, aku dan Faris.
Emma ni kazen aku. Umur sebaya dengan aku jugak.
Cuma Emma tua 10 bulan dari aku.
Dah ada 2 orang anak dah.. kejap je..
Aku jugak yang membujang sampai sekarang..


Takpelah, bujang-bujang pun aku happy je...

Kawin tapi menyakitkan hati dan tak bahagia, buat ape jugak kan?

Ke cane??

2 comments:

Mimy Hamid said...

kahwin dulu na...ada manis ada jatuh bangun..yg manis dia bila ada anak disisi...takpe laki buat hal pun lantak ko la...pengikat kita is anak....


peh bb1 makan sodappppppppppppppppp

diana aziz said...

Ada jodoh, nana kahwin. :)

Tu la, semua makanan sedap, mimy.. paling sedap nasi lemak. hehehe... melayu of course la suke masakan melayu .. :)